Tahun 1 , Kelas 1
"Manaka, kau dah fikir nak masuk kelab apa? Aku tak tahu nak masuk apa?" soal Yuuki iaitu deskmate ku yang baru sahaja berkenalan tidak sampai sebulan itu.
"Kelab? Baru sekarang nak fikir pasal kelab. Sepatutnya ketika hari pertama sekolah lagi kau dah fikir dan sudah daftar diri." Balas ku bersahaja.
"Huh? Kau tak perlu nak tipu aku. Aku nampaklah kertas kau, kau belum isi atau daftar mana-mana kelab kan. Hari ni sepatutnya dah kena confirmkan kau nak masuk kelab mana. Aku cadangkan kau ikut aku join kelab besbol." Ajak Yuuki.
"Tak nak." Balas ku laju.
"Kau berdua bincang apa? Nampak macam penting." Soal Toko yang menyampuk perbualan kami secara mengejut.
"Pasal nak masuk kelab apa." Celah Hoshi yang tempat duduknya di hadapan ku.
Apasal ramai sangat nak menyampuk perbualan aku dengan Yuuki ni, menyibuk betullah. Aku dahlah mengantuk sebab marathon anime Boku no Hero Academia semalam.
Sejujurnya, aku tak berminat nak masuk mana-mana kelab di sekolah ni.
"Jom masuk kelab bola keranjang." Ajak Toko.
"Tak nak, kelab besbol" balas Yuuki.
"Basketball!"
"Baseball!"
"Basketball!"
Dah mula perang mulut antara Yuuki dan Toko. Mereka berdua ni kalau seharian tak gaduh memang tak sah. Aku yang mula sakit hati lihat mereka berdua segera menyumbat earphone di telinga tetapi tangan ku ditahan Hoshi. Eh, sejak bila pula dia muncul ni.
"Apa?" soal ku geram.
"Kau dengan Nazuna kawan baik dari sekolah rendahkan... Kau tahu tak dia masuk kelab apa?" soalnya dengan sedikit berbisik.
Kau ni kenapa pula malu-malu kucing ni, Hoshi. Aku bagi tampar kan baru tahu.
"I don't know, ask herself." Balas ku lalu menolak tangannya dari tangan ku. Huarghh ! Mengantuknya aku hari ni.
"Kenapa kau suka sangat beri aku fake hope, kejamlah kau ni Manaka." Kata Hoshi lalu membuat muka.
Fake hope apanya? Aku beri kau hope kot, supaya kau beranikan diri pergi tanya dia. Ini tak, asyik duduk di balik bayang-bayang jer sampai bila pun dia takkan perasan kau ni wujud kat dunia ni. Kalau suka, cakap jerlah yang kau suka dia. Geram betul aku dengan dia ni.
*****
>After School<
Aku pandang jam tangan beberapa kali.
'Haih? Mana Nazu ni pergi? Aku pergi tandas sekejap sahaja kot. Apasal tiba-tiba menghilang tanpa tinggalkan sebarang mesej. Takkanlah dia dah balik? Tapi Nazu takut balik seorang diri.'Aku cuba call Nazu tetapi dia sedikit pun tak angkat panggilan aku. Jangan-jangan dia kena culik? Tak mungkin, tak mungkin. Mana ada manusia sanggup culik dia, kalau ada orang nak culik dia, aku rasa syorkan orang tu check banyak kali tentang latar belakang dia.
Aku mula melangkah untuk mencari Nazu. Aku cuba mencarinya di taman bunga.
BUMP!
![](https://img.wattpad.com/cover/233209690-288-k892742.jpg)
YOU ARE READING
MANAGER!! ▷Inarizaki Highschool◁
Fanfiction(MALAY VER.) [INARIZAKI HIGHSCHOOL] "Miu-chan, Bola mana?!" "Miu, kau lambat! Pusing gelanggang 10 kali." "Mi-kun!!! Air!" "Manaka!!! " 'MANAGER!!!' mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan tahun 1 bernama Manaka Miu yang menjadi manager kepa...