'Bukkk!'
Danish menendang perut Bella yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Berkerut kening Bella menahan kesakitan. Dia mula memandang sekelilingnya dan menyedari bahawa dia kini berada di markas Danish.
"Nyenyak kau tidur kan? Kau ingat ni bilik tidur kau ke?"
Tanya Danish dengan suara yang menahan marah. Anak buahnya berjaya menculik Bella semasa Bella berada di tempat parking kereta di lapangan terbang.
"Kau nak apa dengan aku hah?!"
Tanya Bella dengan sedikit tinggi namun masih lagi terketar-ketar suaranya menahan ketakutan. Sepatutnya sekarang dia sudah selamat sampai di luar negara.
"Kau tahu mana Syed Naufal simpan bini aku?"
Ayat yang terpacul keluar dari mulut Danish cukup membuatkan Bella begitu terkejut. Danish melangkah ke arahnya dan tangannya mula mencengkam pipi Bella.
"Apa kaitan Syed Naufal dengan aku pula? Aku tak kenal lah jantan tu. Bini kau? Manalah aku tahu."
Jawab Bella dengan begitu berani. Danish yang mendengar ayat yang keluar dari mulut Bella terus menarik rambut Bella dengan kuat.
"Kau tak tahu ke kau pura-pura tak tahu? Kau tahu tak yang bini aku dalam bahaya sekarang ni and aku pun tahu yang kau orang suruhan Syed Naufal."
Bella hanya menjulingkan bebola matanya ke atas. Dia meludah air liurnya ke atas muka Danish. Kesemua anak buahnya terkejut melihat tindakan Bella yang menempah maut.
"Berani kau cari pasal dengan aku kan perempuan!"
Kata Danish lalu tangannya terus mencapai sebilah pisau yang berada di sebelahnya. Muka Bella yang putih mulus itu ditoreh sedikit demi sedikit.
"Sakitlah gila!"
Meraung Bella apabila makin lama makin dalam Danish menoreh pipinya. Airmatanya laju membasahi pipinya. Danish terus mengesat air liur Bella di mukanya dan bibir Bella dihiris sedikit.
"Tu balasan untuk kau."
Danish terus melangkah keluar dari situ meninggalkan Bella yang sudah berlumuran darah.
"Jantan tak guna!"
Tempik Bella dengan kuat. Danish yang mendengarnya terus memberhentikan langkahnya.
"Selesaikan dia."
Arahnya ke arah anak buahnya yang berada di situ. Kakinya terus melangkah menuju ke arah keretanya dan tempikan Bella mula kedengaran di telinganya.
👑👑👑
"Kau masih belum dapatkan sepenuhnya ke lokasi Anggun?"
Tanya Danish apabila melihat Mike yang begitu tekun mencari maklumat.
"Aku tak pasti yang sekarang ni mereka masih ada dekat banglo tu atau pun dah blah dari situ"
Jawab Mike apabila mengetahui bahawa banglo tersebut sudah tidak ada orang yang mengawal di sekelilingnya.
Danish mengerutkan dahinya yang sudah mula terasa pening kepala. Sungguh dia risaukan keadaan Anggun yang bila-bila masa sahaja boleh bersalin.
"Kita dah tak banyak masa. Aku yakin yang Anggun bila-bila masa je ni boleh terberanak."
Dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi dan matanya mula dipejam membayangkan raut wajah Anggun yang dalam kesusahan.
"Aku tahu dekat mana Anggun."
Ke semua yang berada di situ terus memandang ke arah pintu pejabat di mana Adriana berdiri sambil memegang sehelai kertas yang bergulung.
"Kau buat apa dekat sini? Macam mana kau boleh masuk pejabat aku ni?"
Tanya Danish. Setahunya tiada sesiapa yang boleh berjumpa dengannya di pejabat melainkan ada urusan yang penting sahaja melalui temujanji yang sudah dibuat.
Adriana yang mendengar soalan Danish terus tersenyum lebar tanpa menjawab soalan tersebut. Dia terus melangkah ke arah mereka dan meletakkan sehelai kertas di atas meja tersebut.
"Hensem namatey!"
Ayat tersebut terus terpacul keluar dari mulut Adriana apabila melihat Mike yang mengambil kertas tersebut. Mike yang mendengar ayat tersebut terus tertunduk malu dan dia memalingkan wajahnya ke arah lain.
"Mana kau dapat semua ni?"
Tanya Danish apabila melihat kertas tersebut merupakan peta tentang kedudukan Anggun dan Syed Naufal.
"Mana aku dapat semua ni tak penting tapi apa yang penting sekarang ni aku pasti bini kau dan Syed Naufal berada di pulau tersebut."
Dia menunjukkan bulat merah di dalam peta tersebut. Danish dan Mike mula memandang sesama antara satu sama lain.
"Kau rasa perlu ke aku percayakan kau?"
Tanya Danish apabila melihat Adriana yang sudah tersenyum sedikit sinis. Adriana mula bangun dan matanya mula memandang tepat-tepat ke dalam mata Danish.
"Up to you nak percaya atau taknak percaya tapi ni je aku mampu tolong korang semua."
Kata Adriana lalu terus melangkah menuju ke arah pintu. Belum sempat dia melangkah keluar, namanya sudah dipanggil oleh Danish.
"Kau rasa jantan tu akan cederakan bini aku atau tak?"
"Aku yakin buat masa sekarang ni yang bini kau masih lagi selamat. Tapi aku juga yakin yang Syed Naufal ada hati dekat bini kau tu."
Ayat yang keluar dari mulut Adriana cukup membuatkan Danish marah. Dia masih lagi memandang ke arah Adriana yang berdiri di hadapan pintu.
"Tapi aku nak kau cepat selamatkan dia sebelum dia bersalin kalau kau nak anak kau selamat. Apa yang aku tahu, dia akan jadikan Anggun milik dia selesai sahaja Anggun bersalin."
"Kau cakap apa ni?"
Tanya Danish dalam keadaan yang sedikit marah. Takut? Sungguh dia takut kehilangan dua insan yang dia paling sayang.
"Aku yakin dengan apa yang aku cakap and aku juga yakin yang dia akan buat apa sahaja asalkan dia dapat apa yang dia mahukan.."
Sambung Adriana lagi lalu terus berjalan keluar dari situ. Danish terus menghentak mejanya dengan kuat sekali. Dia terus meraup wajahnya dan rambutnya yang sedikit kusut diraup ke belakang.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...