Bella dan Mailey berlari dengan pantas menuju ke pagar sekolah dengan beg sekolah di bahu
Huk!huk!
3 ekor anjing liar menyalak di belakang mereka dengan air liur yang meleleh.
Habis lah ! Hari ni hari pertama masuk sekolah menengah dalam derjah 8 dah lambat.
Selama 14 tahun hidup , Bella tak pernah kena kejar dengan anjing , tu yang gabra semacam.
" Cepat weyh!! " jerit Mailey sambil menarik tangan Bella.
Habis baju basah dengan peluh! Nasib baik pakai seluar lapis, kalau tak.....
" Ni semua kau punya pasal ! Asal kau baling anjing tu dengan botol kau ?!!" jerit Bella dengan nafas yang sekat sekat.
" Aku saja je! Aku fikir dia jinak !" kata Mailey.
Hari ni dia terpaksa jalan kaki dari rumah ke sekolah kerana papa nya terpaksa jalan lebih awal kerana ada meeting dengan client terpenting.
Dia pun tak kisah, lagipula rumahnya dan sekolah nya tak lah jauh sangat.
Mailey pulak jirannya so... Dia orang pun bercadang untuk jalan kaki dari pada naik basikal.
Tapi setengah jalan mereka berjumpa dengan 3 ekor anjing yang tengah makan tepi tong sampah rumah warga kampung.
Mailey pulak, membaling botolnya ke arah anjing tersebut.
" Sampai je sekolah kita berpecah" kata Bella
" Asal pulak?" jerit Mailey
Tapi Bella diam.
Bella dan Mailey masuk kawasan sekolah dan terus berlari dan mencari tempat bersembunyi.
Bella lari ke kanan , Mailey lari kiri. Habis lah..
Bella terus berlari dan tanpa sedar ada orang kat depan dia.
BUUKK!!
Bella terus tersungkur ke atas lantai.
" Aduh! Tiang mana lagi aku langgar ni?!" Kata Bella sambil menggosok kepalanya.
Bella berdiri sambil membetulkan kain nya.
Tak sedar ada makhluk Allah di depannya sedang merenungnya dengan tajam." Ada ke tiang tengah tengah jalan?" kata Lelaki yang di depan Bella.
Bella yang tengah merapikan kainnya terus mendongak. Mak aii tinggi nya orang ni.
Dag dig dug....bedebar debar terus jantung Bella." Sorry lah.. Saya kena kejar anjing tadi " kata Bella dengan tune yang lembut...
Lelaki tadi terus terkedu , terpaku , terpegun , terkaku, tergoda segala macam ter lah.
' Aik . Minah saleh boleh cakap melayu?'
Awal awal dia fikir minah saleh, rupa rupa nya boleh cakap melayu. Nasib baik di tak sumpah tadi,
" Kau orang melayu ke?" tanya Lelaki dengan muka serius.
Bella memandang lelaki tinggi lampai di depannya. Bagi nya lelaki ni tinggi lah jugak. Tinggi nya hanya setakat dada lelaki tu je.
Muka pulak kacak. Badan pulak tough. Memang perfect lah.
" Ha'ah saya ada mix" kata Bella sambil senyum nipis.
YOU ARE READING
BELLA
RomanceTangan yang hendak membuka pintu terhenti saat mata ku terpandang susuk tubuh lelaki yang sedang memegang camera duduk atas motor bekuasa tinggi. Muka pulak tak nampak sebab lelaki tu pakai rider mask . ' lelaki tadi ' Aku terus mengecil kan mata...