Broken Heart
Gara-gara FaceApp, saya patah hati.
***Saya yang baru balik dari kerja, kerana penat saya pun duduk menyandar dahulu di dinding bilik saya untuk berehat seketika.
Sementara berehat, saya pun mengeluarkan telipon dari poket seluar.
Ting! Ting! Bunyi notification dari Facebook saya. Saya pun apa lagi terus tengok lah.
"Aik! Boleh tahan banyak peminat mahu invited Facebook saya oh," saya becakap sendiri sama telipon saya.
"Uinah bebeh bah ni semua, ni kali lah meriah Facebook saya ni," saya cakap.Sedar tidak sedar mahu 2 jam saya layan tu Facebook ar. Sampai si mama bising-bising di luar panggil nama saya pun, tidak sudah saya hirau ni. Yalah, layan bebeh kan.
"Lando! Kau tidak ingat mahu pigi mandi kah tu? Kau ingat jam berapa sudah ni!" Jerit si mama.
"Kejap lagi saya pigi mandi lah," jawab saya balik.
"Mahu berapa jam sudah kau sana dalam bilik tu! Keluar kau pigi mandi, jangan sampai mama bawa air dalam baldi kasih siram kau sana ar! Begitu lah gaya kau kalau sudah terpegang telipon bah, apa pun tidak sudah kau hirau," jawab mama lagi.
"Iya bah, iya. Saya pigi mandi lah bah ni."Telipon saya simpan di dalam almari kayu saya. Takut nanti saya keluar pigi mandi, terus si mama pigi ambil kasih tapuk. Almaklum lah anak bungsu si mama bah ni, pantang betul si mama nampak kalau saya pegang telipon terus.
Saya ambil tuala mandi terus keluar dari dalam bilik. Tidak kesadaran bah jam 11.30pm sudah pula ni. Patut lah si mama bising, hahaha.
Cepat-cepat saya pigi mandi lepas tu saya pigi makan. Siap sahaja, terus saya masuk dalam bilik. Sebelum saya tidur, sempat lagi saya main telipon, tengok-tengok bebeh di Facebook.
Ting! Masuk notification tanda ada orang inbox saya. Saya pun apa lagi, terus lah buka tu mesej.
"Hi...." Mesej dari salah satu friend list baru saya. Nama dia Selly.
"Hi juga," jawab saya.
"Ganggu kah ni? Kau tidur sudah?" Tanya dia lagi.
"Belum lah, kalau saya tidur sudah, mustahil saya balas mesej kau ni," jawab saya.
"Oh iya kan. Hihihi, sorry ar," jawab Selly.
"Tidak apa-apa bah tu," jawab saya.
"Saya mesej kau ni tidak kana marah kah?" Tanya Selly.
"Siapa juga mahu marah?" Jawab saya.
"Yalah, mana tahu sumandak kau marah kah, atau lebih dari sumandak kah," jawab Selly.
"Hahahah, lucu bah kau ni. Saya mana ada sumandak, saya single alone bah ni," jawab saya jujur. Tapi ada pok kunuk ni dalam hati saya. Yalah kan, idaman setiap lelaki single macam saya ni.
"Andu bah, jadi ada harapan lah ni?" Jawab Selly.
"Harapan apa lah tu kunuk?" Pura-pura kunuk saya tanya lagi.
"Ah tiada lah. Jom lah kita tidur, ngantuk sudah saya ni," jawab Selly.
"Oh bah yalah. Saya pun ngantuk juga sudah ni. Good night, Selly," jawab saya.
"Night too dear," jawab Selly.Terus dup dap dup dap jantung saya. Aik betul-betul kah ni perempuan ni? Tidak kan lah bah dia suka saya ni? Saya bermonolog dalam hati.
Tanpa sedar saya pun terlelap terus. Besok dia awal lagi saya sudah terbangun dari tidur lena saya. Lain macam tu semangat saya oh awal pagi. Sampai saya pigi mandi pun kana cakap gila sudah sebab senyum-senyum ni.
"Lando kau gila sudah kah? Kana sampuk hantu kau semalam?" Tanya mama.
"Orang senyum-senyum sahaja pun kana cakap gila. Apalah mama ni," jawab saya.
"Selalu mana kau macam ni senyum-senyum di awal pagi. Kah.... Kau ada sumandak sudah ni?" Jawab mama sambil senyum miring ar.