" ah awak duduk dekat sofa ni dulu ye? Saya pergi ambil air" dah 3 hari sejak Yoongi keluar wad, tapi kesihatan dia tidak lagi betul betul pulih, y/n tidak bagi Yoongi melakukan apa apa kerja langsung, Yoongi hanya berehat sahaja, dia tidak mahu susahkan suaminya
" ahh nae" remote tv dicapai dan tv dibuka
Tinggg
" sayang, ada orang tekan loceng, saya pergi buka ye" laung Yoongi dari ruang tamu kepada y/n yang berada didapur
" ahh no no, duduk je biar saya yang pergi ambil kejapp" laju y/n berlari dari dapur terus menuju ke pintu rumah
Y/n membuka pintu rumah, tetapi tiada sesiapa, hanya bungkusan yang ditinggalkan
Y/n terus mengangkat bungkusan itu dan membawanya kepada Yoongi
" siapa bagi ni sayang?" Yoongi membelek belek kotak tersebut
" taktahu lah hurmm" y/n mengambil dan terus membukanya
Bertapa terkejutnya mereka berdua apabila membuka kotak tersebut, sekeping gambar mereka berdua ketika di paris diconteng dengan pen merah bersama kata kata yang tidak sedap dibaca dan ugutan
Tangan y/n terus lemah dan gambar itu terus terlepas dari pegangannya
Yoongi segera mencapai gambar itu dan kotak tersebut, terus dibawa keluar rumah dan membuang kedalam tong sampah besar
Y/n masih lagi kaku, dan tak mampu mengatakan apa apa, terkejut dengan apa yang dilihat
Yoongi segera memeluk y/n
" jangan risau ok sayang, semua akan baik baik saja, saya akan lindungi awak, lindungi keluarga kita" rambut y/n diusap perlahan
" s-saya takut awak, ada orang cuba nak runtuhkan rumahtangga kita" air mata y/n mula gugur
" shhh shh jangan takut sayang , takde apa boleh menghalang kebahagian kita, saya janji dengan awak saya akan lindungi awak" Yoongi kene kuat walaupun dia juga sebenarnya sangat risau apa akan berlaku nanti, tapi dia lah kekuatan y/n jadi dia tak boleh lemah
🌙🌙🌙
Lepas hari kejadian itu, kami ambil keputusan untuk menghiraukan sahaja perkara tersebut
Selesai membeli belah di pasar raya y/n dan Yoongi berjalan menuju ke parking
seronok gelak tawa mereka berjalan, sampai sahaja dikereta, satu lagi kertas putih yang diconteng pen merah dengan ugutan maut pula
Yoongi segera mencapai kertas itu dan mereka melihat sekeliling, kaki y/n dah semakin lemah, dia terlampau takut, satu tapak dia melangkah ke belakang
Tanpa disedari satu kereta dipandu laju kearah y/n,
Y/n sempat mengelak ketepi dan jatuh terduduk dengan kuat sekali
Yoongi tergamam dan segera berlari memeriksa y/n, kereta itu laju dipandu keluar dari parking
" sayang sayang awak ok tak ni?" Yoongi mula cemas
" ah p-perutt saya sakit" membulat mata Yoongi melihat darah yang keluar meleleh dari seluar y/n
" s-sayang, darah" segera Yoongi mengangkat y/n masuk kedalam kereta dan membawanya ke hospital
🌙🌙🌙🌙
" macam mana dengan isteri saya doktor?" melihat tubuh kecil y/n terbaring diatas katil membuatkan Yoongi tak senang duduk, tambah lagi darah tadi
YOU ARE READING
[C✔️]TRASH -MYG
Fanfiction"Sampah??!!!" Sebab sampah je aku kene ikut mamat kejam ni dahlah pendek, savage , baran tak tentu hala Pertemuan yang berpunca daripada sampah membawa aku kepada kebahagian Tetapi bahagia mana je yang tiada peritnya ? Ini kisah hidup aku bersama se...