00 - start

21 7 0
                                    

Biasanya keluarga Encik Fateh akan berkumpul di ruang tamu rumah apabila ada sesuatu yang dibincangkan

"Malam besok ni kita balik rumah Tokwan eh. Jadi mama nak semua orang packing baju siap-siap nanti karang tergopoh" sengaja Puan Airin memperingatkan kepada kedua anak bujang dan dara. Bukan boleh percaya nanti bila dalam kereta ada sahaja benda yang lupa diambil mereka berdua. Aih macam-macam.

"Ala mama kalau Iffa tak balik kampung macam tahun lepas boleh tak" pujuk Iffa Qaira. Bukan apa tapi bila dekat rumah tokwan sebelah ibunya itu Iffa menjadi sunyi kerana tidak mempunyai sepupu perempuan yang boleh bawa geng . Lainlah abangnya Irfan yang ada sepupu lelaki yang boleh ajak borak.

"Apa ala-ala ingat bagus duduk rumah sesorang"

"Tap-"

"Ye tau ajak kawan duduk sekali, tapi Iffa fikir tak perasaan Tokwan dengan Nekwan sayang ? Diorang rindu dengan Iffa tahu" Puan Airin mengelus lembut kepala anaknya. Dia tahu Iffa mesti bosan tiada rakan. Dengan rangkaian internet yang perlahan. Aih dia faham dengan kehendak anak bongsunya ini.

"Mama Iffa taknak, dah la takde sepupu perempuan yang ada pun umur baru 7 ke bawah. Mana boleh bawak geng. Nanti tak fasal-fasal Iffa yang kena jaga diorang time mama ngan adik-beradik mama semua tu bergosip" omel Iffa perlahan.

Puan Airin gelak sakan mendengar omelan anak daranya yang satu itu. Memang betul Iffa menjadi pengasuh tidak bertauliah kepada sedaranya.

"Mama! Boleh gelak pulak" Iffa kerutkan muka apabila Puan Airin sambung lagi dia punya gelak. Ini tidak kelakar okay.

Encik Fateh dan Ifran Qaisy yang dari mendengar perbualan ibu dan anak itu dari tadi juga menghamburkan tawanya. Terhibur dengan perangai Iffa yang satu itu.

"Iffa kita balik sesama ye kali ini" Encik Fateh turut menyampuk. Iffa tunduk menikus. Parah. Apabila papanya menyampuk semestinya Iffa akan turuti. Iffa agak gentar dengan Encik Fateh.

lagi Irfan ketawakan Iffa. Rasakan padan muka. Botak kepala la kau.

"Abang! Tak baiknya. Mentang-mentangla ada member dekat sana eee sakitnya hati" Iffa dengan geramnya mengambil bantal kecil lalu memukul bertubi-tubi badan Irfan yang berada disebelahnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 08, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

our storyWhere stories live. Discover now