MUSHAF PANGLIMA

688 80 34
                                    

Abad ke-21
Kuala Lumpur, Malaysia

" Malaysia is among the countries that have made comprehensive preparations in the face of this digital revolution. According to National Data Center and Innovation Center, Implementation Coordination Unit (ICU) in the Prime Minister's Department, the initiative was implemented according to certain priorities before the IR 4.0 wave hit the Asian nat--".

Hayyad mematikan televisyen. Riak wajahnya datar. Tidak berminat untuk menikmati isi berita tersebut. Apatahlagi berkenaan Revolusi Industri yang sedang hangat dijadikan topik di hadapan muka surat akhbar.

Hayyad tidak berminat untuk masuk campur kendatipun memasang telinga tentang khabar-khabar tersebut.

Itu bukan bidangnya.

Kemodenan dan kemajuan yang dikejar oleh manusia kini menyesakkan dirinya. Sangat menyesakkan dirinya yang sedang berdiri di tengah-tengah bandaraya metropolitan ini. Hayyad tidaklah memperlekehkan pihak kerajaan dalam usaha memajukan Negara Malaysia dari pelbagai segi, malah dia bangga dengan pemikiran pihak kerajaan yang semakin maju ke hadapan demi kepentingan rakyat.
Agaknya lah.

Cuma sedikit kecewa. Jika dibandingkan berita revolusi mahupun evolusi dengan sejarah, pasti perubahan yang akan menimbulkan riak teruja di kalangan sesetengah rakyat. Namun, bila dibicarakan soal sejarah dan warisan nenek moyang, hanya segelintir sahaja yang ternanti-nanti akan hal itu.

Seperti Hayyad.

Dahagakan lautan sejarah.
Ingin mendalami dan menghayati setiap inci kehidupan nenek moyang mereka dahulu. Bagaimana mereka melakukan sara hidup sehingga mampu tercetusnya dunia yang penuh dengan kesenangan ini. Yang dinikmati oleh generasi kini tanpa mencari tahu sejarah tanah sendiri.

Hayyad bangun daripada duduk. Melangkah ke arah balkoni bilik hotel yang didiaminya. Matanya tunak memandang visual bandaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan bangunan pencakar langit.

Sementara, otaknya terfikir sesuatu. Kaki melangkah masuk semula ke dalam bilik hotel. Menuju ke arah sofa berdekatan. Bungkusan segi empat bersaiz A5 diambil lalu dibawa bersama-sama ke balkoni.

Hayyad duduk sila.

Kemudian membuka bungkusan tersebut.

Salinan mushaf yang dibeli dari Sheikh Abu Hassan sewaktu berkunjung ke Makkah Museum seminggu yang lalu. Pada awalnya, pihak muzium tidak membenarkan salinan yang asal dibawa keluar dari muzium, namun atas dasar baik hati, Sheikh Abu Hassan menawar diri untuk menyalinnya semula di atas kanvas. Malah dimasukkan lagi ke dalam bingkai gambar.

Hayyad menatap bait-bait kata yang ditulis dalam khat thuluth jali. Ia adalah salah satu rangkap syair yang dikarang oleh seorang panglima wanita yang berasal dari selatan Arab Saudi.

Dikatakan, panglima itu hidup pada penghujung kurun ke-14 dan berkhidmat kepada Kerajaan Wahdah yang tidak sahih kewujudannya. Mushaf beliau ditemukan pada tahun 1300 Hijrah di Jabal Maqla, Tabuk yang terletak ni barat laut Arab Saudi.
Identiti beliau mahupun Kerajaan Wahdah tidak dapat disahkan namun bait syair yang dikarang oleh panglima tersebut berjaya meragut rasa kagum dari penduduk tanah arab.

Perlahan-lahan, Hayyad membaca bait syair tersebut dengan penuh rasa teruja.

لقد سافرت بعيدًا ،
أعتقد أن المطر سام ،
حان الوقت لأرتاح ،
لتلبية إله الحب.
كان جسدي يأكله التربة حتى تترك العظام ،
لكن خدماتي سيواصل العيش في هذه الأرض ،

في سبيل لله ،
تواصل نضال العبد ضد عدو الإسلام.

Sudah jauh aku berkelana,
Hujan racun sudah aku rasa ,
Tiba masanya aku beristirahah,
Bertemu tuhan sang cinta.

Jasad hamba akan dimakan tanah hingga bersisa tulang-belulang,
Tetapi budi hamba akan terus bersemadi di tanah ini,
Demi allah,
Teruskanlah perjuangan hamba, dalam menentang musuh islam.

Hayyad tersenyum nipis.

Jelas sekali panglima ini adalah manusia yang kuat pegangan pada agama Allah, yakni Islam. Yang menyerlah keberaniannya sebagai seorang mujahidah. Siapapun panglima ini, dia berjaya menjentik rasa kagum pada tangkai hati Hayyad.

Mushaf itu dipandang.
Jika benar panglima ini pernah ada, moga beliau tenang di alam sana.

.
.
.

Tirai dibuka,

Mempersembahkan,

Hikayat sang panglima perang,
Yang teguh imannya lalu gagah perkasa,

Wazifah dipikul hingga ke titisan darah,

Namun,

Dia tersungkur dengan sang lawan maharaja ,

Lalu dipenjara dari dunia,

Dia tahu,

Allah ada untuknya,

Sedikit masa lagi,

Jeriji besi itu bakal jatuh menyembah bumi.

Saksikanlah,

Kisah si Panglima.
.
.

holla, i'm back !

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 24 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

QAIDWhere stories live. Discover now