Bab 36

6.6K 344 59
                                    

10 September 2020/12 September 2024

10 September 2020/12 September 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Buz... buz... buz...

Telefon yang ditelengkupkan itu aku capai. Angkat kepala daripada mendagu kemudian lihat mesej yang dihantar itu.

So? Masih tak boleh ke? – Azie BFF

Cepat ibu jariku menekan-nekan pada skrin telefon.

Mana boleh. Haziq busy minggu ni. Kelmarin dia tak balik rumah sebab banyak urusan kat office. Aku pun tak berani call dia. – Unierah

Send!

Baru nak melingkup kepala, niatku itu terkubur apabila notifikasi berbunyi lagi.

Tak berani? Excuse me? Kau tu dah jadi isteri dia kut! Tanya ajelah. Bukan dia makan kau pun! Tanya-tanya! – Azie BFF

Ayat dia macam aku dengan Haziq tu kahwin atas dasar cinta aje. Bukan dia tak tahu hubungan kami macam mana sebelum kahwin. Buz... buz... buz... Belum aku jawab apa-apa, Azie hantar lagi mesej.

Kau tak kesiankan kawan kau ni ke? Aku dahlah terhingin sangat tengok kediaman di Kenny Hills tu. Tengok dari gambar yang kau send tak cukup buat aku! Kau pujuk la dia, eh? – Azie

Aku mengeluh kecil sebelum balas mesej itu.

Yalah. Nanti aku cubalah. Tapi aku tak janji apa-apa, tau! Kalau dia cakap tak boleh, tak bolehlah maknanya itu. – Unierah

Hehe... Thanks, Unie! Aku tunggu tau keputusannya. Kita jumpa seminggu daripada sekarang, ya? Miss you, Bff! – Azie.

Selesai perbincangan antara Best Friend Forever Till Jannah aku tu, kepalaku langkupkan kembali di atas permukaan konkrit meja island itu. Boringnya hidup...

"Puan, kenapa tidur kat sini ni?" Mendengar sapaan itu, aku angkat tubuhku. Betulkan dudukku bila apabila Aurora dan Kak Syaz yang baru masuk dapur ini. Masing-masing tayang wajah risau. Aku senyum setakat nak jaga hati sahaja.

"Ini bukan tidur. Saya tengah bermeditasi ni." Jaranglah mulut aku ni tak bersarkastik dengan orang. Sampai mereka pun terkena sekali.

"Zaman sekarang ni pelik-pelik, ya? Melingkup kepala atas meja makan pun boleh bermeditasi?" Kak Syaz gelak dengan jawapan polos Aurora itu. Terus Aurora tenung Kak Syaz semacam.

"Puan bergurau aje tu, Aura. Kau ni pun, janganlah pembaris sangat!" Mereng senyumanku mendengarkan teguran Kak Syaz. Hampir tiga minggu menjadi majikan kepada mereka berdua, aku dapati bahawa Aurora memang sejenis manusia yang lurus. Syukurlah Kak Syaz tidak begitu. Walaupun boleh dikatakan Kak Syaz tu agak berumur, namun gaya-gayanya seperti orang muda. Mudah mesra dan senang betul nak dibawa bergaul. Tak adalah aku kekok sangat nak jadi yang ketiga setiap kali masuk ke dapur ini.

MR. KING CONTROL (C)Where stories live. Discover now