Bab 37

5.9K 370 56
                                    

15 September 2020/13 September 2024

Awal-awal pagi lagi, kediaman ini riuh dengan suara memujukku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Awal-awal pagi lagi, kediaman ini riuh dengan suara memujukku. Seawal jam tujuh pagi, aku sudah berada di hadapan pintu bilik Haziq. Sebaik sahaja dia ternampak aku, Haziq mengeluh berat. Mana taknya kalau dia yang menuruni anak tangga pun tak senang dikacauku. Aku masih berusaha semampu yang boleh untuk meraih keizinannya agar Azie dibenarkan bertandang ke rumah ini.

"Encik Haziq Huzaif bin Hadeem Taqzim, bolehlah. Bagilah kebenaran itu." Tak ada respon. Haziq angin-anginkan sahaja rayuanku tu.

"Kalau encik tak benarkan saya sebab encik tak dapat pulangan balik, apa kata kita buat deal? Saya janji, encik tak akan rugi apa-apa kalau encik berdeal dengan saya." Aku keluarkan senjata yang aku fikir sampai tak cukup tidur semalam. Mengharapkan yang Haziq tertarik, namun hambar. Haziq pusing belakang pun tidak, apatah lagi nak balas apa-apa. Méi yǒu!

"Saya tak akan berhenti kacau encik selagi encik tak nak dengar cakap saya!" jerit lagi, kini berselit amaran.

"Good! I love it when you nag at me."

Sarkastik pula yang aku dapat! Macam aku nak terajang dia ni, biar bergolek-golek sampai ke tingkat bawah! Dia koma, bolehlah separuh harta dia tu aku miliki! Nauzubillah... Jangan doa yang bukan-bukan, Unierah! Marah atau tidak, Haziq tetap suami kau!

"Encik ni tak fun la!"

"Since when are you marrying me for fun?" Tersungging senyuman jahat di bibirnya saat dia berpaling kepadaku. Itulah benda yang paling menyakitkan mata dan hati aku tiap kali kena berurusan dengan dia ni.

Aku gigit bibir kuat-kuat. Menahan diri daripada meletus. Baik, baiklah! Aku tak dapat apa yang aku nak secara baik, aku akan tuntut perkara itu dengan cara paksaan! Setelah mengira dengan baik strategi yang aku pasang ni, dengan sengaja aku mendahului Haziq ketika kami menuruni tangga tingkat satu. Kunci kereta yang menyangkut di jarinya itu aku aim betul-betul sebelum aku rampas secara tangkas, kemudian aku berlari menuruni anak tangga. Meninggalkan Haziq jauh ke bawah.

"Unierah!" pekik Haziq. Nyaris-nyaris lelaki itu terjatuh, nasib baik tangannya laju memaut pada pemegang tangga itu untuk mematikan segala kemungkinan yang akan berlaku. Walaupun aku terperanjat melihat sikit lagi doaku tadi termakbul bila dia hampir-hampir jatuh bergolek ke bawah, tetap riak kemenangan itu tetap beraja di wajahku apabila jelingan maut Haziq bersatu denganku.

"Opss, sorry!" Aku buat-buat gedik Regina George tu.

"Tak kelakar, Unierah!"

Kemarahnya itu kubalas dengan tawa sinis.

"Of course not! Since when am I marrying you for fun?"

Dan boom!

"Naik!" Melangit suara Haziq, tunjuk ke sebelahnya. Mengarahkan aku agar daki semula anak tangga itu.

MR. KING CONTROL (C)Where stories live. Discover now