18 September 2020/ 16 September 2024
"Urutan aje? Wei, daripada dia minta kau urut dia, baik dia datang spa! Lagi berbaloi. Carilah hadiah yang berguna sikit, kau ni pun. Bagi apa yang dia nak, bukan apa yang kau fikir dia nak!"
Disebabkan teguran Azie itulah aku berusaha keras sekarang ni mencari apa yang Haziq nak sangat dalam hidup dia. Azie tu pun, suruh-suruh aku bukan main. Tapi bila aku minta dia idea, laju aje dia bagi alasan yang dia ada group discussion. Tak guna punya kawan! Dia mengelat pula. Itulah juga sebabnya petang kemarin aku tahan malu dengan menghubungi mummy, tanya ibu kepada lelaki itu apa yang paling Haziq suka. Bolehlah aku bantai teruk-teruk kad kredit dia tu lepas tahu apa yang diminatnya.
"Haziq tu, dia suka makan makanan yang sihat. Sesuatu yang mengenyangkan, dan tak menggemukkan. Tapi, kalau kamu tanya kegemaran dia, mummy boleh suggest European foods. Terutamanya makanan Italy. Lasagna paling dia suka." Aku urut-urut dahi lepas itu yang aku dengar.
Sudah semestinyalah mummy akan cakap pasal makanan kegemaran Haziq. Tapi malang sekali mummy, Unie nak sapu lantai rumah pun tak dibenarkan. Apatah lagi nak masak di dapur tu, Haziq tak bagi!
Jadi idea mummy tu terpaksa aku reject.
Rasa boring terus-menerus betapa di dalam bilik, aku keluar. Tampar-tampar muka sendiri untuk menghilangkan cuak bila tak mampu tentukan hadiah apa yang sesuai dengan pembayang yang aku beri hari tu. Hari ni dah masuk hari ke tiga Haziq berada di Sabah. Dua hari lagi dia akan balik ke rumah ni. Jadi aku masih ada banyak masa untuk sediakan apa-apa yang perlu.
Niat asal keluar bilik ni sebab aku nak turun ke tingkat bawah. Tapi bila sampai ruang tamu itu aku boleh pula menyimpang. Berhentinya pun betul-betul di hadapan pintu bilik Haziq.
"Apa benda yang kau suka, hah?" Aku bercakap sendiri. Tenung pula pintu tu macam aku tengah menentang anak mata lelaki itu. Ini kalau Kak Syaz atau Aurora naik ke tingkat ni, perasan aku cakap dengan pintu, mahu bergosip mereka berdua yang isteri tuan rumah dah gila. Baik aku angkat kaki sebelum benda tu berlaku.
Namun aku capai juga tombol pintu bilik Haziq itu. Saja-saja nak cuba nasib kalau-kalau pintu bilik tu boleh dibuka sedangkan aku tahu, bilik ini sentiasa berkunci. Namun tanpa aku sendiri jangka, usai sahaja tombol pintu itu ditolak sampai ke angle yang mencukupi, bunyi yang paling pencuri suka itu mula kedengaran.
Pluck!
Terkejut aku apabila pintu bilik ini terbuka dengan mudahnya sekali gus memberi keizinan untukku melihat isi di dalamnya. Apa ke hal dia biarkan pintu biliknya ini terbuka? Dia lupa nak tutup ke sebab nak cepat-cepat bertolak ke lapangan terbang hari tu? Atau... dia sengaja buat macam ni sebab nak uji tahap mana integriti aku? Memikirkan perkara itu, aku rasa boleh jadi. Pakcik tu kan penuh muslihat. Mesti situasi ni pun boleh dia gunakan sebagai teknik untuk memerangkap aku.
YOU ARE READING
MR. KING CONTROL (C)
RomancePOV1 (2017-2024) "Kerana dia lebih tahu..." Hanya kerana barang yang dituduh arwah ayahnya pernah curi, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada...