22 September 2020/17 September 204
"Felix, boleh hantar saya tak?" Felix yang baru sahaja mengambil beberapa surat daripada peti surat itu aku tanya. Aku ditenungnya seketika. Mungkin pelik kenapa hari ini aku boleh bersiap-siap macam nak keluar.
Ya, memang betul aku nak keluar pun. Dan aku perlukan khidmat Felix untuk hantar aku ke tempat tu sekarang juga.
Felix senyum, tangan yang memegang surat itu jatuh ke sisinya.
"Saya minta maaf puan. Saya tak boleh buat macam tu." Tolaknya.
"Kenapa?"
"Puan tahu kenapa." Senyumannya dilebar lagi. Mengingatkan yang aku tahu dia tidak boleh sembarangan mengikuti kehendaku tanpa izin Haziq.
"Tapi boleh ajekan kalau awak hantar saya senyap-senyap? Kita tak payah cakap kat tuan awak tu, and everything will be fine." Usulku, membawa dia untuk bersekongkol. Namun Felix cuma ketawa kecil. "Saya minta maaf puan, tapi saya tak boleh buat begitu."
Sinis pandanganku melekat di wajah lelaki itu. Baiklah... Kalau aku minta baik-baik dia tak mahu ikut, aku boleh guna cara paling brutal sekali!
"Ah, yalah kan. Awak kan nak jadi pekerja yang baik... Siapalah saya nak buat awak berpaling daripada tuan awak tu, kan?" Keluar dari ruang tamu itu, kakiku bawa menuju ke pasu-pasu yang menjadi hiasan di hadapan rumah ini. Aku matikan langkahku di pasu besar yang berada di tengah-tengah itu.
"Tapi apa agaknya tuan awak rasa lepas tahu satu pasu bunga dia ni awak dah pecahkan, hmm?" Air muka Felix berubah bila aku sentuh hujung pasu tersebut.
"Puan..."
"Awak ingat saya tak tahu?" ujarku mendatar. Dari hari itu lagi aku dah tahu ada yang tak kena bila dia tergagap-gagap cakap dengan aku. Aku cuma tak peduli waktu tu, tapi pada malam dia hantar Haziq ke lapangan terbang itu, aku periksa apa yang patut. Terima kasih pada rasa ingin tahuku itu, aku dapati belakang pasu ni dah retak sepanjang enam inci.
"Besar juga ni... Setahu saya, harga pasu bunga kecil yang ada di dalam tu lebih kurang seratus ribu lebih. Entah berapalah nilainya kalau besar begini, kan? Lima ratus ribu? Atau sejuta barangkali?" Naik anak mataku, menentang tajam anak matanya yang mula mengecut takut itu.
Aku tak tahu nilai sebenar pun. Main hentam aje agak-agak tu. Namun melihat Felix yang menelan liurnya beberapa kali itu buatkan aku gelak jahat dalam hati.
"Puan, saya..." Aku tepuk-tepuk pada tangan sendiri. Buang debu ilusi pada jari-jariku setelah menyentuh pasu berwarna perang gelap itu. Penyebab Felix berhenti daripada menjelaskan situasinya.
"Apa? Awak nak hantar saya ke?" Sengaja aku aku tanya dia begitu. Sekelip mata sahaja, perkara tadi aku buat-buat tak ingat sebaik aku mengetuk bonet kereta BMW yang selalu digunakan oleh Felix setiap tiap kali dia menghantar Haziq ke mana-mana.
YOU ARE READING
MR. KING CONTROL (C)
RomancePOV1 (2017-2024) "Kerana dia lebih tahu..." Hanya kerana barang yang dituduh arwah ayahnya pernah curi, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada...