Bab 40

7.4K 357 46
                                    

27 September 2020/18 September 2024

Salam yang aku laungkan daripada luar itu merendah tatkala aku perasan ada satu kasut stiletto berwarna merah garang di tepi pintu rumah masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Salam yang aku laungkan daripada luar itu merendah tatkala aku perasan ada satu kasut stiletto berwarna merah garang di tepi pintu rumah masuk. Haih, kasut tinggi siapa pula ni? Ada tetamu yang datang ke? Masuk sahaja ke dalam rumah, kaku langkahku apabila perasan ada seorang wanita cantik yang duduk di salah satu sofa ruang tamu. Bila dia menyedari kepulanganku, wanita itu terus bangkit daripada duduknya.

Nak tak nak, aku kena juga dekati wanita itu. Tetamu kut. Walaupun tetamu tak dikenali, mahu pun diundang.

"Puan Unierah, kan?" Bersoal pula dia. Aku tak terus jawab. Apatah lagi menyambut tangannya yang dipanjangkan untuk bersalaman denganku itu. Entah kenapa, aku rasa perempuan ni bawa aura yang mencurigakan.

"I Sofea. Kenalan Haziq."

Menegang kulit wajahku. Terpanar! Kenalan Haziq? Wah! Pucuk dicita, ulam mendatang ni!

"Bekas girlfriend dia ke?" Laju aku bertanya. Dan laju juga aku sambut tangan wanita itu. Genggam erat-erat dan tak mahu dilepaskan. Ada keteragakan pada wajah Sofea, tapi dia cuba selindung dengan tawa ayunya.

"Kalau betul I ni girlfriend Haziq, puan marah ke?"

Makin marak rasa syukurku! Baru aku suruh Hazif carikan girlfirend Angah dia tu, tup-tup petang ni seorang dah datang dengan sendirinya. Bagus-bagus! Aku suka sangat bila kerjaku dimudahkan yang Maha Esa.

"Marah?" Naik keningku tinggi. "Ya, saya marah sangat-sangat ni! Dah macam gunung berapi dah kepala saya ni panas! Sikit lagi saya nak rejam awak dengan batu sebab datang sini! Cari siapa? Suami saya?" Aku buat-buat garang. Ni bukan sebab aku marah pun, tapi sengaja nak berlakon. Tak mahulah aku tunjuk gembira sangat lepas jumpa dia ni. Karang mengundang aib kepada perkahwinan kami pula kalau aku suka ex girlfriend suami aku datang rumah ni.

Cuak muka Sofea. Risau betul lepas aku bagi amaran begitu. Alamak, terlebih mendalami karakter aku ni. Ada lebih baik aku tanyakan perkara yang aku ingin tahu itu. Namun baru sahaja aku mahu mengajak dia untuk duduk semula, bunyi lif yang bergerak ke tingkat bawah itu penyebab aku berpusing ke belakang.

Alangkah terkejutnya aku bila yang keluar dari lif itu merupakan sekujur tubuh yang dah empat hari aku tak jumpa. Mengeras aku macam patung bila Haziq berjalan penuh gaya di ruang tamu ini. Naik gigilan kecil itu bila panahan matanya itu bertemu dengan pandanganku.

"Baru balik?" Hanya itu yang Haziq tanya ketika dia melintasi aku. Namun soalan itu tak perlukan jawapan pun. Kedinginannya itu pula menghantar seribu satu rasa gerun kepadaku. Dalam masa yang sama, aku juga rasa bersalah.

Tak hiraukan aku, Haziq utamakan tetamu kami itu. Atau nak lagi tepat, tetamu yang dijemputnya.

"Serius you nak buat sekarang ni? You tak nak rehat dulu?" Dengar sipi-sipi sahaja perbincangan mereka itu usai Haziq menyerahkan beg kertas sederhana besar kepada Sofea. Daripada percakapannya pun, Sofea tahu yang Haziq baru balik daripada perjalanan yang panjang. Bermakna Haziq dengan Sofea berhubung selama ini.

MR. KING CONTROL (C)Where stories live. Discover now