PROLOG

62 1 0
                                    

Di ruang tamu sebuah rumah banglo mewah. Dan beberapa susuk manusia yang sedang berkumpul dengan wajah yang sugul. Ada seorang lelaki remaja yang sedang terduduk bersandar dengan mata yang terpejam. Tubuhnya bernodakan dengan darah yang sudah kering.

Ada empat perempuan yang berambut auburn juga, tapi salah seorang dari mereka sedang terbaring dalam keadaan yang tidak sedarkan diri di luar pintu masuk rumah, diawasi oleh seorang lelaki berketurunan Afrika yang berbadan tinggi dan besar.

Ketiga-tiga perempuan yang berambut auburn ini semuanya sedang mengerumuni sesusuk tubuh seorang lagi perempuan yang juga sedang terbaring dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Perempuan yang berambut hitam itu sepertinya sudah mati dengan keadaan perutnya yang terbelah, bermandikan darah. Darahnya itu juga telah mengotori kesemua mereka yang ada di situ.

Dan di antara ketiga-tiga perempuan yang berambut ini, salah seorang dari mereka adalah anak kecil yang usianya tidak kurang dari 5 tahun.

"Mandra, aku mohon kamu terus tinggal di sini menemani Andrita selama kamu menjadi pengawalnya." Kata perempuan berambut auburn pertama yang berwajahkan seorang wanita Eropah keturunan Slavic.

"Di dalam rumah yang sudah jadi berantakan begini? Batra, dia itu sudah datang ke mari menyerang dan melukai Andrita. Kamu pasti rumah ini masih selamat untuk dijadikan perlindungan buat kami berdua selepas ini?" Balas anak kecil tadi, yang juga berwajah Slavic, sama seperti perempuan yang pertama tadi.

"Kalau Mandra kena tinggal kat sini, aku pun nak tinggal kat sini jugak. Aku tak nak terus tinggal kat rumah Zafira." Celah perempuan yang ketiga. Berbeza dengan Batra dan Mandra, dia pula berwajah Melayu.

"Erme, kamu harus terus tinggal bersama Zafira bersama Khairullah. Kamu berdua harus terus bersamanya. Memorinya harus kamu padam~"

"Batra, aku kau tau kan, aku tak reti nak main dengan memori~"

"Aku percaya yang kamu bisa melakukannya, kerana itu aku telah memilih kamu~"

"Aku dah tak nak lagi jadi hamba dia, mengikut telunjuk dia! Macam mana kalau aku kantoi lagi nanti? Mampuslah aku nanti Batra!"

"Erme, lihat di situ. Khairullah masih bingung dengan apa yang telah terjadi. Dia masih memerlukan kamu. Bukan hanya dia, malah aku juga memerlukan kamu untuk terus~"

"Untuk apa lagi Batra? Andrita dah jadi macam kita sekarang. Kau cakap dulu kita semua kena protect dia, tapi apa gunanya usaha kita selama ni? Sia-sia kan semuanya?"

"Dengan izin Tuhan, tidak akan ada usaha kita yang akan jadi sia-sia~"

"Apa sebenarnya yang telah kamu dan Pangeran Magalang saksikan pada masa hadapan Andrita, Batra?" Sampuk Mandra, si anak kecil.

"Mandra, diam dulu sekejap boleh tak? Aku punya soalan dengan si Batra ni pun tak settle lagi~"

"Kalian berdua, ini bukan masanya untuk kita semua berbalah. Aku mohon kamu berdua untuk terus membantuku, demi masa depan anak-anak Khairullah dan Andrita. Aku harus permisi sebelum subuh."

"Batra, are you for real?" Marah Erme.

CATATAN RUFUS HENUT TAWI BAHAGIAN PERTAMA; MAHKLUK GHAIB

Kewujudan makhluk penghisap darah di muka bumi telah wujud sejak sekian lama. Namun dengan terbitnya novel Vampire pada tahun 1897 karya Bram Stoker, menjadikan kaum dari makhluk penghisap darah ini menjadi popular dan seolah-olah baru wujud pada zaman itu.

INGENUEWhere stories live. Discover now