Coretan aku kali ni bermula seminggu sebelum keputusan SPM diumumkan.
"Kalau hidup sekedar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekedar bekerja, kera juga bekerja"—buya Hamka
Dalam masa seminggu ni aku rasa resah, kadang rasa excited, kejap rasa sedih. Aku selalu risau, hari² akan ada sorang dua kawan aku yang jadi tempat aku luah rasa runsing tu. Takut sangat.
Sampai satu tahap, yang mana dua malam sebelum keputusan diumumkan, aku nangis sepuas-puasnya. Aku pun tak tahu apa yang aku nangiskan. Tapi lepas nangis tu rasa lega sikit, rasa risau tu kurang. Tapi bila waktu siang, datang balik rasa yang aku cuba elak tu. Ya memang susah. Aku terus letakkan harapan pada Allah supaya dia beri apa yang terbaik untuk aku. Bila Keluarga aku cuba cakap dengan aku pun, aku tak rasa aku ada dalam situasi tu. Aku rasa macam dekat alam lain.
Sampai waktunya, hari result diumumkan. Pukul 9.59 aku dah tunggu masa utk tekan je link tu nak check result. Tepat 10.00 aku tekan link, masukkan no.kp. Keputusan yang keluar buat lagi aku rasa "Apa diri aku ni. Apa yang aku dah buat". Padahal bukan lah teruk sangat. Tapi dari saat tu rasa down.
Kenapa aku down? Sebab result tak se cantik Trial :) tu je.
Ya. Aku akui. Result tu tak seindah result dua tahun lepas juga :) sakit. Pedih bila harapan yang diletakkan terkubur macamtu jaa.
Bila otw nak pergi sekolah amik slip, okay masih boleh senyum. Masih excited :) even dalam hati, Allah je yang tahu.
Aku plan nak pergi sekolah dengan Una. Sampai je aku kat rumah dia, sebelum otw ke sekolah, dia tanya "Dpt berapa ja"Masa ni aku cuma mampu senyum. Sampai sekarang even kawan rapat aku sendiri pun cuma tahu gred certain subjek je. Result full aku memang aku tak bgthu. Sebab aku taknak ingat and taknak rasa diri aku ni tak berguna :)
Dua minggu lebih aku kalah dengan mental aku sendiri. Bukan setakat emosi, macam² benda aku fikir. Aku rasa dah takde harapan nak capai impian aku, rasa macam masa depan aku dah gelap.Mesti yang baca ni ada yang terdetik "Ala SPM je pun" ya memang SPM je, tapi aku tak pernah kecewa seteruk ni. Tapi kali ni Allah nak uji aku. YES :) sakit sangat rasa tu.
YOU ARE READING
SEMANGATMU MERESTUI PERJUANGANKU
RandomKisah jatuh bangun aku suatu ketika dahulu - Jangan tangisi bagaimana permulaannya, tapi nantikan pengakhirannya :)