Aku masih tak percaya tindakan aku ni.
10 Jun dah start bayar yuran. Serious lah aku nak teruskan langkah ni? Aku keep going, ikut je sistem on9, disuruh download dokumen, aku download.
Macam biasa buat medical checkup, acc bank settlekan document semua. Saaaaampai dah bayar yuran pengajian & kamsis.
Hari demi hari, rakan seperjuanganku beransur pergi dengan halatuju masing-masing :)
Takut, sedih, semangat.
Semua perasaan bercampur-baur.
Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah selalu bersama kita. (QS At Taubah 40)
Alhamdulillah dimana aku harini, doa kalian mengiringi aku. Doakan juga aku terus semangat dan kuat dalam menempuh ujian-Nya selepas ni. Tak manis lah kan kalau tak syukur, walhal ada lagi nasib orang lain yang kurang baik daripada aku.
Ya kena sedar juga sebaik-baik kita, ada lagi yang lebih baik dan sebaliknya.
Terima kasih untuk kalian. Semoga doa baik yang kalian doakan berbalik kepada diri kalian.
Waktu ini, detik ini aku dapat berlapang dada, terima segala ketentuan-Nya yang dah tersusun kemas. Cantik je :)
Angin tidak berhembus untuk menggoyangkan pepohonan, melainkan menguji kekuatan akarnya
Lebih kurang 5 hari lagi dari detik ini aku pergi sambung berjuang.
Dimana aku harini semua berkat doa kalian. Aku hargai sangat semua yang sentiasa ada time jatuh bangun aku.
Insya-Allah nanti aku sambung journal ni kat sana nanti. Doakan! ✨😢Jangan melibatkan hatimu dalam kesedihan atas masa lalu atau kamu tidak akan siap untuk apa yang akan datang. –Ali bin Abi Thalib
Wallahua'lam
YOU ARE READING
SEMANGATMU MERESTUI PERJUANGANKU
RandomKisah jatuh bangun aku suatu ketika dahulu - Jangan tangisi bagaimana permulaannya, tapi nantikan pengakhirannya :)