apa formula cinta ? ♥
Songjihyo , bergerak secara solo sebagai penyanyi di industri music . Baru sahaja berjinak-jinak telah mendapat tempat dihati para peminat dan orang industri .
Vocalnya yang menakjubkan dan visual yang luar biasa menjadikan dia tumpuan pelbagai lapisan peringkat umur peminat .
Saking popularnya , dia telah mendapat anugerah pertama yang besar iaitu best solo artist . Lagunya mendapat tempat pertama di music show dan carta lagu seperti melon .Jihyo seorang yang bekerja keras . Buktinya kerja kerasnya itu berjaya menjadikannya antara dikalangan penyanyi solo wanita yang paling popular walaupun usia baru 22 tahun .
Dia juga mendapat sokongan daripada oppa nya yang begitu menyayangi dia . Apa sahaja yang membuat Jihyo senyum dia akan sokong sehabis baik . Dan siapa sahaja yang buat Jihyo menangis akan berhadapan dengannya .Tapi siapa sangka , disamping sibuknya dia dengan kerjaya , tanpa diketahui umum Jihyo sangat meminati BTS iaitu salah sebuah boy group yang popular di Korea . Dan bias nya adalah maknae bangtan iaitu Jeon Jungkook .
Tiada siapa tahu Jihyo meminati BTS selain daripada oppa dan kawan baiknya .Bagaikan sudah tersurat dan tertulis rapi .
Jungkook juga dalam diam meminati Jihyo dan telah jatuh hati . Hanya members BTS yang mengetahui . Hyungdeul sangat support Jungkook sehinggakan dikala Jungkook ingin beranikan diri luahkan perasaan , hyungdeul setuju 100% . Dan berita paling mengejutkan , salah seorang ahli BTS adalah sepupu kepada Jihyo . Hanya umum tidak mengetahui . Alasan Jihyo tidak mahu diketahui umum kerana dia tidak mahu ada yang buka mulut mengatakan dia sengaja mahu menumpang nama bangtan .Mereka bukannya tidak pernah berjumpa .
Pernah tetapi tidak pernah bertegur . BTS dan Song Jihyo sudah kerapkali di anugerah yang sama dan sempat pula berlawan di music show .Apa yang pasti .
Jeon Jungkook tidak mampu beralih pandang dari Song Jihyo . Bukan sekadar minat , tapi dia cinta . Dia berharap formula cinta akan menyatu buat mereka .
Dan kekal selamanya .Tapi jangan terlalu rasa senang .
Kerana jika ada lautan , pasti akan ada badai melanda ....
C A S T . !