chapter 4 .

458 64 37
                                    



Jihyo melihat sekeliling waiting room BTS . Tiada perbezaan pun dengan waiting room nya . Seakan sama sahaja . Cuma biasalah kalau waiting room boygroup , pasti berlainan sedikit kekemasannya tu . Dengan jacket tersidai di penyandar kerusi serta sofa serta ada juga diatas sofa . Dalam hati Jihyo rasa nak kemas saja . Tapi risau pula ada yang anggap dia mengada-ngada nak pegang jacket milik BTS .

Kesudahannya , Jihyo duduk sahaja diatas sofa tanpa buat apa-apa . Merenung persoalan demi persoalan yang bermain di fikirannya tentang Jungkook . Tidak tahu apa yang ingin lelaki itu perkatakan kepadanya .

Lagipula , sebentar lagi dia akan balik . Risau jika tidak sempat bertemu dengan Jungkook .
Manalah tahu lelaki itu ingin mengatakan hal yang penting kepadanya .

Jihyo sandarkan badannya . Kaki di gerak-gerak menandakan kebosanan yang teramat . Sesekali dia menyanyi kecil lagu sendiri .
Sehinggalah bunyi ketukan pintu dari luar memerajatkannya . Dia terus duduk tegak dan berpaling kearah pintu .

Terpancul muka Miyatosaki Riku atau lebih dikenali sebagai Riku .
Riku adalah salah seorang staff Starlight Entertaiment paling rapat dengan Jihyo yang berasal daripada Japan . Riku masuk dan menghampiri Jihyo .

" Jihyo belum jumpa Jungkook lagi ke ? "

Jihyo gelengkan kepala .
" Belum .
Kenapa dah nak balik ke ? "

" Nae , managernim kata 5 minit lagi kita bertolak balik .
Singgah Starlight dulu baru saya hantar Jihyo balik rumah "

" Tapi Jihyo tak jumpa dengan Jungkook lagi .
Dia suruh Jihyo tunggu sini "
Jihyo gigit bibir . Rasa cemas pula tiba-tiba .
Riku kelihatan berfikir .
" Erm . . macam ni , kalau Jihyo tak datang lagi dalam masa 5 minit saya bagilah alasan apa-apa .
Tapi kalau boleh 5 minit lagi memang kita akan bertolak balik . Riku tak nak CEO Hang syak apa-apa pula nanti kalau sampai lambat dekat Starlight . Risau dia tanya macam-macam "

Jihyo mengangguk faham .
Dia sedar tentang itu .

" Okaylah . . Riku keluar dulu .
Riku tunggu Jihyo dekat sana "

Riku keluar dari bilik tersebut meninggalkan Jihyo sendirian . Jihyo melihat jam di dinding waiting room BTS . Hatinya berura-ura mahu pergi sahaja . Risau pula apabila fikirkan CEO Hang yang memang tegas orangnya .


Di depan , seorang staff menghampiri Jungkook diam-diam . Jungkook yang sedang ralit melihat persembahan menoleh .

" Jungkook suruh Jihyo tunggu dekat waiting room ke ? " tanya staff tersebut separuh berbisik . Hyungdeul sesekali melihat kearah mereka .
" Jihyo ada dekat sana ? "
Tanya Jungkook kembali .

" Nae , tapi kejap lagi Jihyo dah kena balik dah .
Sempat ke ? "
Pertanyaan itu mengejutkan Jungkook . Dia terus merapat kepada Namjoon .
" Hyung . . aku nak ke waiting room kejap ye .
Jihyo tunggu dekat sana .
Risau tak sempat , dia dah nak balik dah "

" Pergi ajelah Kook .
Kesian dia "
Jawab Jimin sebelum sempat Namjoon menjawab .
" Kook , goodluck . . "
Taehyung menyampuk sengaja mengusik .
Jungkook tidak mahu menunggu lama terus bangun dan berlalu ke backstage .

Chaerim yang perasan berpaling memandang Jungkook . Perasaannya pelik kerana Jungkook masuk ke belakang pentas tanpa ahli BTS yang lain dan tampak tergesa-gesa .

Jungkook menapak laju untuk ke waiting room BTS menemui Jihyo . Dalam masa yang sama Jihyo mulai bangun dan menuju ke pintu . Lagi dua minit masa baginya untuk ke tempat Riku . Apabila fikirkan CEO Hang dia rasa seeloknya dia bertemu dengan Jungkook nanti sahaja .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 18, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[ OG ] formula • jjkWhere stories live. Discover now