Prolog

206 11 8
                                    

Malam Sabtu yang diterangi cahaya bulan yang kelihatan indah. Seorang lelaki berbaju hitam merenung tepat bulan dan langit yang kian menggelap sesudah keluar daripada private jet nya yang berwarna hitam.

Jejaka itu hanya mempamerkan riak kosong ketika berjalan ke arah kereta Merchedes Benz berwarna merah yang diparkir elok berhadapan dengan private jetnya itu.

Dia melangkah laju ke arah kereta tersebut dan  lelaki bernama Nick pantas membuka pintu belakang untuknya.

Setelah memastikan ketuanya a.k.a bossnya sudah masuk ke dalam kereta, Nick terus membuka pintu hadapan kereta di bahagian kiri dan terus masuk ke dalamnya.

Manakala orang suruhan Tengku Harzan yang bernama Alexander ataupun Alex itu bersiap sedia untuk memandu meninggal kan lapangan terbang yang menempatkan beberapa private jet milik Tengku Harzan.

Sepanjang perjalanan itu,Tengku Harzan cuma berdiam diri sahaja kerana penat menguruskan masalah syarikat nya di negara Sepanyol.

Setelah 15 minit berlalu,akhirnya kereta Merchedes Benz telah sampai di pekarangan rumah yang dimiliki oleh bapa Tengku Harzan iaitu Tengku Haris yang terletak di Johor.

Nick segera membukakan pintu kanan seat belakang untuk boss nya itu.

Tengku Harzan keluar daripada kereta tersebut tanpa mempamerkan sebarang riak cuma riak kosong sahaja yang terpamer di wajah kacaknya itu.

Dia melangkah laju ke arah pintu utama rumah keluarga nya dan terus membuka pintu utama rumah tersebut .

Alangkah terkejut nya dia melihat pemandangan yang terpampang di hadapannya kini. Dia terpaku,terkejut malah badan nya sedikit pun tidak berkalih daripada melihat pemandangan di hadapan nya kini.

Malah Nick yang sedang memegang bagasi boss nya juga terhenti termasuklah Alex yang berada di sebelah kiri Nick.

Mereka juga tidak menyangka perkara sebegini berlaku kepada kepada ayah boss mereka. Nick dan Alex mengeluarkan pistol dari poket seluar belakang dan hanya menunggu arahan seterusnya dari boss mereka.

Tetapi sedikit pun Tengku Harzan tidak memberikan sebarang arahan kepada mereka.

Tengku Harzan tidak menyangka kejadian sebegini akan berlaku kepada keluarga nya. Sama sekali tidak!

Dia berharap semua yang dia lihat cuma mimpi belaka malangnya kejadian tersebut betul-betul berlaku dihadapannya.

Lelaki yang disangka akan menjaga ayahnya dengan sebaiknya telah membunuh ayahnya menggunakan pisau belati!.

Sungguh tidak dia sangka sama sekali!

Tengku Harzan menatap tajam Dato Adriz seolah-olah sedang memberi amaran kepada lelaki tersebut. Manakala Dato Adriz memandang Tengku Harzan dengan pandangan sayu.

Tetapi Tengku Harzan cuma mempamerkan wajah bengis  dan tanpa sebarang kata kaki nya laju melangkah ke arah Dato Adriz dan terus mengenggam kasar kolar baju Dato Adriz yang sudah dicemari dengan darah milik ayah nya.

"Ke..kenapa uncle.. bu..buat ayah saya macam nie,apa salah ayah saya uncle cakap pada saya..apa salah ayah saya pada uncle!!"tengking nya sambil mencengkam kuat leher Dato Adriz dengan tangan nya.

"Bu..bukan un..cle yang buat..uncle sampai sini je ter..terus uncle nampak ayah tengku..dah ter..terbaring lemah ma..macam nie,tolong lah percaya uncle"kata Dato Adriz sambil memandang Tengku Harzan dengan pandangan sayu.

"Tch..uncle fikir saya bodoh!!Dah terang-terang uncle yang pegang pisau tu dan uncle tak nak mengaku lagi. Tch..jangan harap uncle akan terlepas. Sekarang saya nak uncle keluar dari rumah nie. Keluar!!"jerkahnya sambil memandang Dato Adriz dengan pandangan yang sangat tajam. Seperti harimau yang sedia membaham mangsanya!

"Aku cakap keluar..kan..keluarlah!!tunggu apa lagi hah!!keluar!!"jerkah Tengku Harzan dan mencerlung tajam Dato Adriz yang masih berdiri di muka pintu.

Dato Adriz terus keluar dari rumah tersebut dengan perasaan yang berkecamuk.

~~~


Dia melangkah laju ke arah ayahnya yang sedang terbaring lemah di lantai ruang tamu. Dia memangku kepala ayahnya dengan lembut sambil menitiskan air mata yang tidak berhenti mengalir di wajahnya.

Dia hanya menatap sayu sosok tubuh yang berada dihadapannya kini..

'Mengapa..mengapa mesti ayah!!'

"Ayah, ke-kenapa ...kenapa dia bu-bunuh ayah,kenapa!! Har-Har
tak sangka..betul-betul tak sangka dia sanggup khi-khianati ayah..dia ti-tikam ayah dengan kejam...dia bunuh ayah..apa salah ayah..apa ayah dah buat pada dia, sam-sampai dia buat ayah ma-macam ni.."kata Tengku Harzan dengan nada sayu.

Matanya sedikit pun tidak terkalih daripada melihat ayahnya yang sudah tidak bernyawa. Dia berjanji akan cari Dato Adriz tersebut dan dia sendiri akan  membunuhnya dengan tangannya sendiri!

"Ayah jangan risau, Har akan seksa dia sampai mati! Dia tak berhak bahagia setelah apa yang dia lakukan pada ayah, Har janji akan balas dendam atas perbuatan dia terhadap ayah..ayah jangan risau"Tengku Harzan berkata seolah-olah ayah nya  masih lagi bernafas.

Adakah dia sudah gila?Jawapan nya 'Ya'

Kehilangan ayah yang sangat dia hormati telah membuatkan dia hilang kewarasan diri!!

'Kau tak kan bahagia orang tua!!'getusnya di dalam hati.

Tengku Harzan terus memanggil Nick yang berdiri tidak jauh darinya.
"Nick,ven aquí tengo trabajo para ti (Nick,come here i have job for you)" Tengku Harzan menatap tajam pisau yang terjatuh di lantai sewaktu dia mengenggam kasar kolar baju Dato Adriz.

"Sí(ya)..boss"

"Quiero que encuentres a ese bastardo y todo lo relacionado con él!
(Aku nak kau cari 'bastard' tu dan segalanya tentang dia)"kata Tengku Harzan dengan renungan yang cukup tajam diberikan kepada orang suruhannya itu.

"Sì boss, lo haré ahora
(Okey boss,saya akan lakukannya sekarang)"kata Nick yang sedang berdiri di tepi Tengku Harzan. Dia menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat dan patuh kepada arahan yang diberikan oleh ketua nya.

Dia terus berlalu pergi untuk melaksankan tugas yang diberikan kepadanya.

"Tch..crees que puedes huir de mí , te encontraré bastardo"
(Tch..kau fikir kau boleh lari dari aku,aku akan cari kau bastard)"

"Juguemos a este juego,estoy seguro de que qanaré y si gano déjame matarte,incluida tu familia
(Jom main permainan,aku pasti aku yang akan menang dan jika aku menang biar aku bunuh kau termasuk keluarga kau)"

"Hmm,no puedo esperar a ese día,ten cuidado porque siempre te estoy mirando"
(Hmm tak sabar tunggu untuk hari itu,berhati-hati di luar sana sebab aku di sini sentiasa memerhati kau)"

"Te daré tiempo para se feliz y crear un momento con tu familia pero no te dejaré feliz después de esto
(Aku akan biarkan kau gembira dan buat kenangan bersama keluarga kau tetapi aku takkan biarkan kau gembira selepas ini)"kata Tengku Harzan sambil menatap tajam gambar lelaki yang berada di tangan kanan nya.

Tunggu masa saja!Kerana dia akan menghancurkan kebahagiaan lelaki yang bernama ' Dato Adriz' yang telah menghancurkan keluarganya!

#plissvote
#seeyounextchap

POR SU CULPAWhere stories live. Discover now