Harz Mansion
"Bos , kereta dah siap.. bos keluar sekarang ke ?" kata Leo selaku pembantu peribadi Tengku Harzan.
Lupa nak bagi tau,Leo merupakan personal asistant Tengku Harzan dan merupakan sahabat baik Nick dan Alex .
Leo juga merupakan orang yang paling dipercayai oleh Tengku Harzan.
"hurm..jom" Tengku Harzan melihat orang suruhannya itu lantas mencapai briefcasenya yang terletak di sofa panjang berbentuk "L" itu.
Dia hanya memakai baju Polo berwarna biru gelap dan dipadankan dengan seluar yang jeans yang sama warna dengan baju nya .
Dia melangkah masuk ke dalam kereta Ferrari nya berwarna hitam. Dia lebih selesa duduk di belakang berbanding di sebelah driver nya.
Sebab apa? Sebab dia tak suka duduk depanlah. And I'm not telling a joke, I'm telling you the truth about him.
Kereta dipandu perlahan-lahan sehingga keluar daripada pekarangan Harz Mansion.
Sepanjang perjalanan, Tengku Harzan hanya sibuk menyemak dokumen-dokumen yang berkaitan dengan hal syarikatnya iaitu Harz Capital Holding.
Al-maklumlah Tengku Harzan seorang manusia yang 'Workaholic'. Jadi tak heranlah jika dia selalu sibuk dengan kerjanya.
Alex yang duduk di sebelah pemandu itu memandang tempat duduk belakang. Dia memandang Tengku Harzan. Nick pula hanya fokus memandu tanpa hiraukan Alex.
"Bos"
"Kita nak pergi mana dulu ?"
"Tempat biasa"
Gulp!
Alex berdehem menghapuskan suasana janggal yang kian mencengkam diri nya sekarang. Dia memandang Nick yang menjadi driver pada hari ini.
"Lain kali jangan tanya soalan bonus. Understand?"
"Maaf bos , saya janji tak kan tanya soalan bonus lagi"
"Hurm"Tengku Harzan hanya mengumam perlahan.
Nick yang melihat adegan tersebut hanya mampu ketawa di dalam hati. Kalau ketawa keluar suara nanti tak pasal-pasal kena tembak pulak!
Alex berasa malu kerana ditegur sebegitu rupa oleh bosnya. Malu kot kena tegur depan Nick lagi!
Dia memasang earphone di telinga untuk menghilangkan rasa ingin tidur.
Tengku Harzan hanya tersenyum sinis melihat kelakuan tidak matang Alex. Dia menyandarkan kepala di tempat penyandar kepala yang sudah tersedia di belakang.
Alex memandang Nick yang tersenyum-senyum melihatnya. Alex menjengilkan matanya kepada Nick.
'ek eleh..macam lah kau tak pernah buat salah..hmm' getus Alex setelah melihat reaksi sahabatnya itu.
Biasanya Tengku Harzan akan memandu keretanya sendiri. Tetapi memandangkan hari ini ialah hari Sabtu tapi disebabkan moodnya tidak berapa baik jadi terpaksalah Nick yang menjadi sukarela driver pada hari yang mencabar ini.
Heh!
Lebih kurang 15 minit perjalanan , barulah mereka tiba di Fays Cafe iaitu kafe sepupu Tengku Harzan yang bernama Tengku Arden Fareys. Nama gelaran Tengku Arden Fareys pula ialah Den. Tengku Arden Fareys berumur 28 tahun.
YOU ARE READING
POR SU CULPA
ActionCover by@IvoryCarmia Adreene Cynthia Rose Seorang gadis cantik yang sangat baik hati dan suka menolong irang yang berada dalam masalah. Dia seorang gadis berkacukan Sepanyol dan keindahan paras rupanya itu mewarisi kecantikan ibunya. Dia merupakan s...