"Weh Elle! Betul ke keputusan kau ni? Aku bukannya apa. Aku memang sudi bantu kau. Just cakap je. Kalau pasal duit, aku no hal. Tapi, yang kau nak ke UK sambung belajar tu... Aku tak berani lah tolong kau. Manalah tahu family kau datang jumpa aku" Gumam Syaza. Dapat ku lihat wajahnya yang agak gelisah itu. Maklumlah, family dia dengan family aku kan rapat. Jadi wajar lah family aku pasti akan jumpa dia jikalau aku pergi jauh dari Malaysia.
"Jangan risaulah babe... Diaorang takkan cari punya. Sebab diaorang benci gila dekat aku ni hah. So... Don't worry" Pujukku sambil tepuk perlahan bahunya. Pandanganku beralih kepada pemandangan lautan. Bunyi ombak air laut sememangnya boleh tenangkan hati yang sedang berkecai.
Namun ternyata pujukan aku itu tidak berjaya. Dia semakin resah. Peluh yang mengalir di bahagian dahinya itu dilap secara kasar. Aku mengeluh. Tidak tahu bagaimana hendak selesaikan masalahku sendiri. Aku tidak mahu menyusahkan siapa siapa. Tetapi, Syaza inilah yang sentiasa bersama dengan ku tak kira susah atau senang.
"Kau sure ke ni Elle? Are you sure you want to leave Malaysia?" Soalannya menyentap aku. Ya. Sememangnya aku keberatan untuk pergi dari sini. Tetapi, aku sudah tidak ada kekuatan untuk menghadapi semua ini. Jika aku terus berada disini, sudah pasti jantan itu akan mencariku. Dia takkan putus asa jika belum dapat jumpa aku.
"Baiklah babe. Aku sokong kau tapi aku ada satu syarat" Pintanya. Aku toleh, dia sedang senyum pahit.
"What is it?"
"Kau kena bawak aku sekali. Kalau daddy aku tanya, aku jawab yang aku nak ke UK to resume my delayed lessons. Boleh kan?" Soalnya sambil merenung tepat mataku. Aku gembira tak terkata. Syukur kepada Tuhan kerana dipertemukan dengan orang yang baik hati.
Aku segera peluk tubuh gempal itu sekuat hati aku. Ternyata Syaza hanya ketawa kecil melihat reaksiku. Tiba tiba, aku terdengar kata kata yang agak menyakitkan hati. Air mataku bergenang. Tuhan... Kuatkan hati aku yang lemah ini...
"Eh! Cuba tengok pompuan tu! Pompuan yang tak tahu malu lah hahaha!!!"
"Yake? Mana mana???"
"Adalah! Itu! Yang pakai t-shirt warna hijau tu! Dah lah muka hodoh! Mata sepet! Hahaha ada hati lagi nak goda Airil!"
"Oh maksud kau video yang disebarkan tu ke? Yang pompuan tu elok elok saja peluk si Airil tu ke?!"
"Ish yalah! Kau ni pun! Banyak tanya!"
Syaza yang perasan reaksi aku yang sememangnya dah berubah itu, terus saja dia berdiri dan menuju kearah gadis gadis itu.
"Woi betina! Kalau ya pun nak fitnah orang, boleh slow sikit suara bitch kau tu?! Kacau ketenteraman aku lah sial!" Marah Syaza. Aku berpaling kearah mereka manakala kedua dua gadis itu hanya sekadar mengangkat bahu lalu senyum sinis padaku sebelum berlalu pergi meninggalkan kami.
Syaza kembali kearahku lalu melabuhkan punggung di atas kerusi kayu. Tangannya naik menggengam erat tanganku. Seolah olah memberikan kekuatan padaku.
"Sabarlah babe. Pompuan sial gedik memang camtu. Harap muka je cun. Perangai kalah mama ayam!"
Dia ni kan. Kalau dah marah tu dahsyat juga. Aku ketawa kecil sebelum tepuk perlahan peha nya. Dia mampu membuatkanku tertawa. Sedangkan aku sedih, dia mampu buat aku senyum. Inilah yang dikatakan sebagai best friend forever until the hereafter.
"Dah dah dah... Simpan je kau punya api dalam hati tu. Nanti kalau dah ada pakwe, boleh lah sembur api tu padanya kalau dia buat hal" Gurauku. Syaza menjegilkan mata sebesar-besar nya. Juga bergurau. Tidak lama kemudian, Syaza menghambur tawa.
YOU ARE READING
SUFFERING › HIATUS
Short StoryPejam celik. Pejam celik. Dah lima tahun. Lima tahun bukan sekejap baginya. Dia dah berubah. Menjadi seorang gadis yang rupawan. Dia berkerjaya sebagai model tempatan. Dan tidak ada sesiapa yang tahu kewujudannya. Namun, segalanya berubah dengan sek...