T e n t h

31 8 1
                                    

"Appa minta maaf. Appa terpaksa rahsiakan penceraian appa dan omma daripada pengetahuan Sehun sebab kami tak nak Sehun kecil hati,"pujuk appa sambil mengusap belakang tubuhku.

"Kenapa baru sekarang? Kenapa baru sekarang appa bagitahu Sehun? Kalau dari dulu lagi appa bagitahu Sehun, Sehun dah lama maafkan."

Aku menghela nafas berat. "Maaf appa. Sehun minta diri dulu."

Aku meninggalkan appa seorang diri di taman memorial itu.

Aku sudah tidak mahu lagi mendengar apa-apa yang diperkatakan oleh mereka tentang hubungan keluarga kami

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku sudah tidak mahu lagi mendengar apa-apa yang diperkatakan oleh mereka tentang hubungan keluarga kami.

Walaupun appa sudah menyuruh aku untuk tinggal bersamanya, aku tetap tidak mahu.

Aku ada kerja sendiri. Aku dapat tanggung kos sewa apartmen ini.

Ketika aku sedang menenangkan diri pada kepala katil, mataku tertancap pada buku diari milik omma yang ditemui pada hari kematiannya.

Buku itu aku capai lalu dibelek satu-persatu sehinggalah mataku tertarik pada satu catatan yang agak panjang pada kertas itu.

Mataku mula berkaca sekali lagi.

(C) Memorabilia | OSHWhere stories live. Discover now