Imperfect Erina: Eeee Sidebab ni!

207 13 2
                                    

Hai geng !! Long time no see 🥴 setelah lama ollena tidak menulis, today ! Akhirnya ! Ollena akan keluarkan cerita baru.

Okay let's discuss a little bit about this novel. Buku ni sebenarnya ollena tulis untuk membina, ecehwah !! This story of course for girls and boys yang struggle with self flaws. I have been through all the stages but...... Follow this story, i ensure that it will be close to your heart ❤️❤️. This novel is not entirely about how my life goes. It is just a little bit about what i've been through.

Also Aku akan share how bad i used to be just as reference tau! Tgok tajuk ada yang cakap puji diri sendiri! P/S: it is okay untuk puji diri you sendiri kadang kadang😝

Thank you sangat for people that really love my work. This is for all of you !!

*********************************************

Erina berlari lari anak mengejar waktu persekolahan yang akan bermula tidak sampai 5 minit lagi. Langkahnya dilajukan khuatir pagar sekolah akan ditutup oleh Pak Ali, pak guard sekolah yang sangat tegas dalam menjaga disiplin murid-murid SMK SDASA.

'Mampus aku, tak lama lagi tutup pagar ni! Cepat Eri, Cepat!'

Takut terlambat, erina dengan pantas mengangkat kain baju kurung sekolahnya, Dia terus berlari pecut kearah pintu pagar sekolah. Inilah sebabnya dia selalu memakai seluar track di bawah uniform sekolah! Senang baginya untuk berlari ke mana mana.

"Haih kau ni Erina! Pak Ali pelik la, mesti muka kau jugak yang lewat datang kesekolah ni. Dah cepat masuk. Aku tutup pagar ni karang!"

Erina yang tercungap cungap menarik nafas hanya tersenyum kambing melihat Pak Ali berleter. Dia tidak menjawab banyak dan terus melangkah ke dalam sekolah.

Erina merupakan pelajar kelas 2a2 yang merupakan kelas elite sekolah. Hebatkah seorang Erina? Tidak. Dia hanya berbakat mengulangkaji pelajaran disaat akhir, selain itu.... boleh dikatakan hampir semua mata pelajarannya mendapat markah yang cukup cukup makan sahaja. Erina memang dilahirkan pintar tetapi dia digelar PPU 'Pemalas Paling Ulung'.

Kalau sahaja sudah pintar walaupun pemalas, perfectkah seorang Erina ? Tidak. Erina mempunyai fizikal yang agak kurang menarik. Dia sedikit tembam dan wajahnya agak berjerawat. Dia tidak cantik seperti heroin heroin novel yang lain kerana let's be real, hidup tak patut hanya dipenuhi orang yang cantik dan mempunyai figura artis. Persoalannya akankah Erina mengubah dirinya? Kita lihat saja bagaimana.


Ya! Tahap keyakinan Erina memang boleh dikatakan sangat teruk dan selalu sahaja dia membandingkan dirinya dengan orang lain. Semua teman rapatnya sudah mulai mempunyai pasangan masing masing seawal tingkatan 2! GILA! Tapi jauh di dasar hati Erina cemburu melihat teman teman rapatnya yang sentiasa dilayan baik oleh pasangan mereka. Siapa yang tak cemburu, kalau temannya semua mendapat hadiah yang cantik cantik?

Sejak sekolah rendah lagi Erina terus terus dijadikan bahan ejekkan teman-teman lelaki disekolahnya kerana figura yang tidak menepati standard kecantikan mereka. Down ? Sudah semestinya. Siapa yang suka diejek dan dikatakan bulat seperti ubi keledek?

Terimbas kembali dua tahun yang dulu...

"Weh Erina, ada budak ni dia kirim salam kat kau doh! Nama dia Hafiz Adam !" Ujar seorang budak perempuan yang agak membekas dihatinya hingga kini, NurSufieyna.

Erina hanya tersenyum dan mengiakan sahaja. Tiada perasaan ingin mempersoalkan saat itu kerana dia tahu tidak mungkin ada lelaki yang menginginkannya. Namun saat itu, hatinta agak kembang kerana tidak pernah lagi ada lelaki yang mencuba untuk memikatnya. Seawal itu, hati remaja mana yang tidak merasakan kebahagiaan jika ada lelaki yang cuba untuk mendekati?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 14, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pujaanku Imperfect ErinaWhere stories live. Discover now