BAB 1

1.1K 26 1
                                    

Aku, Sarah dan Aryan menapak ke cafeteria, ingin mengalas perut. Sarah dan Aryan pergi beli makanan manakala aku pula pergi cop meja. Memang kami selalu begini sebab biasanya cafeteria ni tak pernah tak ramai orang. Beberapa minit kemudian, Sarah dan Aryan dah siap beli makanan.

"Nah Eva, aku beli nasi goreng cina ngan milo ais untuk kau, macam biasa." Aku dah tersengih. Makanan dah sampai! Dengan rakus, aku terus mencapai sudu untuk makan tetapi....

"Eva, kot ye pun lapar sangat bacalah doa dulu. Bukannya panjang pon," tegur Aryan yang duduk bertentangan dengan aku. Aku koyak senyuman, tayang barisan gigi aku yang putih tu. Guna la ubat gigi Colgate Expert White kalau nak gigi yang putih macam aku ni.

"Hehe sorry Aryan. Lapar sangat sampai terlupa nak baca doa. Thanks sebab nasihat aku. Sayang kau!" aku koyak senyuman lagi. Aryan geleng kepala tengok aku. 'Perangai macam budak-budak,' getus hati Aryan.

"Wei Eva, kau kan nak balik rumah mak kau hujung minggu ni. Boleh tak aku dengan Aryan ikut kau?" Sarah tiba-tiba bersuara. Licin dah roti canai dia. Haishh kaki makan betul. Sarah memandang Aryan. Aryan pun mengangguk laju.

"Eh korang ni macam la tak biasa balik rumah aku. Aku baru ingat nak ajak korang" balasku. Aryan dan Sarah bersorak riang. "Tapi kau drive boleh Aryan? Aku malas nak drive." Tanyaku kepada Aryan. Aryan membuat thumbs up. "Tak kisahlah. Aku memang suka drive, tak macam kau. Naik kereta aku la" Aku dan Sarah mengangguk. Selepas itu, kami meneruskan makan, kecuali Sarah. Kan roti canai dia dah habis. Tiba-tiba...

"Hai Eva! Cantik Eva hari ni dengan baju kurung" sapa seseorang. Aku malas nak mengangkat muka pandang si empunya suara ni. Macam la aku x kenal dengan si empunya suara ni, malaun yang hari-hari tegur aku tanpa bersebab. Pernah hari tu dia bagitahu dia suka aku dan nak jadikan aku makwe dia. Memang tak la aku nak terima. Lagipun couple tu HARAM!

Aku meneruskan suapan tanpa menghiraukan dia. Lantak kau la.

"Rayyan , mood Eva tak berapa baik hari ni, so baik kau blah sebelum dia smackdown kau," kata Aryan sambil menepuk bahu Rayyan. Baru Rayyan ingin membuka mulut, tetapi geng-geng MPP dia dah panggil. Fuhh selamat aku. Ceh, sempat lagi dia kenyit mata kat aku, kurang asam!

Tengku Faris Rayyan, presiden MPP Universiti Malaya. Cukup handsome tapi entah kenapa aku langsung tak excited bila jumpa dia. Tak macam perempuan lain yang tergila-gilakan dia ni. Siap ada fanclub sendiri tau! Sarah kata aku ngan dia sepadan sebab aku ada darah British, dia pun sama. Cuma mata aku warna hazel. Mata dia hitam je tapi ada biru sikit. Lagipun dia ni anak Tan Sri. Tan Sri mana entah aku pun tak tahu. Aku pun anak Tan Sri jugak. Eva Natasha binti Tan Sri Faizal. Tapi Sarah dengan Aryan je tahu pasal ni. Aku malas nak heboh. Lagipon yang kaya nya ayah aku, bukan aku. Setakat tumpang nama je.

"Assalamualaikum! Mama oh mama!" laungku sambil menekan-nekan loceng rumah. Alhamdulillah kami selamat sampai di kediaman mama ngan papa aku. Sekarang baru tengahari. Aryan yang drive dari uni kami yang kat KL tu hingga Bukit Istana, Kuantan ini. Aryan jugaklah yang tengah angkut beg-beg kami. Hailaaa.. kesian dia.

Pintu terbuka dari dalam. Tersembul wajah mama yang bertudung. Mungkn sebab mama dah tahu kot yang Aryan ada sekali.

"Mama!" aku separuh menjerit. Mama memelukku. Aku dan Sarah salam mama. "Ya Allah, mama rindu Eva! Dah-dah jemput la masuk." Aku dan Sarah masuk ke dalam rumah. Aryan pun dah siap bawa keluar beg.

Kmi bertiga duduk di ruang tamu sebentar. "Eva, mama ada hal penting nak discuss dengan kamu. Sebab tu la mama suruh kamu balik ni. Tapi kamu bertiga pergi naik atas, mandi dulu. Pastu kita makan tengah hari sama-sama. Lepas tu kita solat Zohor Jemaah" beritahu Mama. Aku yang bersandar di sofa terus menegakkan badan. "Pasal apa pulak, mama?" aku tanya mama tapi mama cuma tersenyum. "Nanti kamu tahulah. Dah, sekarang kamu bertiga naik atas dulu. Aryan, kamu duduk bilik yang kamu selalu kamu duduk dulu" kata mama sebelum berlalu ke dapur.

Sarah mencuit paha aku. "Apa yang mama kau nak bincang tu? Penting sangat bunyinya," tanya Sarah dalam separuh berbisik. Aryan pun turut mendengar. "Entahlah. Tapi aku rasa, mama dengan papa nak kahwinkan aku se..." aku belum habis cakap tapi Sarah dah memintas. "Kahwin!? Kau jangan main-main wei..." Sarah menggoncang-goncang pahaku dengan mata terbeliak. Aryan yang tengah minum air turut tersedak. Aku membetulkan duduk . "Betul, sebab minggu lepas aku terdengar mama ngan papa aku cakap pasal ni. Diorang cakap diorang nak kahwinkan aku dengan anak kawan mereka. Tapikan, kalau betul sekalipun, aku tak kisah pun kena kahwin sebab aku nak mama ngan papa aku happy" balasku dengan yakin. Aryan dan Srah dah geleng kepala...

Betul, aku tak kisah pun kalau kena kahwin. Sebab aku tahu mama dengan papa mest pilih yang terbaik untuk aku. Laagipun aku anak tunggal. Jadi, aku je lah harapan mama dengan Papa.

Alahai.. awak suami saya?Where stories live. Discover now