part 1

70 6 27
                                    


Hi everyone,welcome to my world :-)



L
E
T

I
T

b
e

S E C R E T





QISTINA P.O.V

"Papa,nak pergi mana?" soalku sebaik sahaja melihat papa turun dari tangga menuju ke pintu keluar.Setahu aku,hari ini hujung minggu dan biasanya orang orang tidak bekerja.

"Aaaaaa...ppa..papa nak pergi office sekejap.Tadi cik ain call katanya papa tertinggal kertas kerja dekat pejabat.Petang ni ada meeting." balas papa.Walaupun aku perasan yang papa tergagap gagap tapi aku biarkan sahaja.Positif thinking je la.

"Papa pergi dulu lah.Jaga diri baik baik dekat rumah.Pintu,tingkap semua kunci.Bahaya duduk rumah sorang sorang ni." ujar papa sebelum bergerak ke kereta honda citynya.

Aku hanya melihat kaki papa meninggalkan rumah.Setiap hari sabtu je mesti papa akan keluar.Walaupun papa kata yang dia kena pergi office,tapi aku tahu bukan tu je.

TV yang memaparkan rancangan cartoon we bare bears itu dipandang sekilas sebelum aku mencapai iphone 7 plus berwarna red aku.Nombor telefon Mia dicari sebelum menelefonnya.

"hello? "

"Mia, cepat lah datang rumah aku.Tak de orang ni."

"Eh,aku tengah nak mandi ni.Ha ye la yela. Lagi setengah jam aku sampai."

Talian dimatikan sebelum aku bergerak ke atas untuk mengambil kerja sekolah yang berkambak di atas meja.

Setiap hari sabtu,memang inilah rutin harian kitorang.Kalau papa keluar rumah,aku memang akan panggil mia datang buat kerja rumah sama sama.

Baru sahaja aku menapak ke bawah untuk meletakkan buku buku tadi,lonceng rumah kedengaran.

Ting! Tong!

Pintu autogate aku buka sebelum menuntupnya kembali.Awal juga si mia ni datang eh.

"Assalamualaikum." jerit mia dari luar pintu masuk utama aku.Cepat cepat aku menjawab salam sebelum membuka pintu itu membenarkan dia masuk.

"Rumah kau,tak de orang kan?" soal mia tiba tiba.Dah kenapa dia ni.

"Kau nampak orang lagi ke dalam ni?" dia menggelengkan kepala sebelum tersenyum sumbing.Meja kecil dihadapan tv dituju sebelum duduk di lantai itu.

"hheheheh.Tak de lah aku segan lah kalau ada bapak kau.Kalau dulu ada arwah mak kau,aku okay sikit.Ye la dia selalu borak ngan aku kan..."tutur mia sebaik sahaja dia mengeluarkan buku buku dia.

"Papa aku tak de.Dia keluar pergi office.Katanya petang ada meeting.Entah lah.Aku dah malas nak masuk campur." buku buku yang aku bawak dari atas tadi mula aku buka mencari muka surat yang hendak dibuat.

"Tapikan sofya,aku peliklah dengan bapak kau.Setiap hari sabtu je mesti dia keluar."

"Jangan tanya aku.Semenjak mak aku dah takde kan.Papa aku berubah doh.Dia selalu keluar hujung minggu,selalu balik rumah lambat,kerja overtiming eh entah lah dia tu."

"Aku rasa bapak kau stres lah mak kau dah takde."

"Stres apenya kalau hari hari bawak perempuan masuk rumah." balasku.Memang tak boleh dinafikan,hari hari papa akan bawak perempuan masuk rumah.Hari hari tu jugak lah perempuan itu akan bertukar tukar orang.Apa yang diorang buat pun aku tak tahu.

"Jadi kau just biarkan bapak kau bawak masuk perempuan hari hari? Kau tak rasa nak tegur dia ke? "

"Bukan aku tak nak tegur tapi perangai dia sekarang ni berubah.Setiap kali aku nak bercakap dengan dia je mesti dia nak marah aku.Dia tu kalau nak bercakap kena ikut mood dia je." balas aku geram.

"Dan sebabkan dia lah aku hilang ramai kawan weh.Bukan satu,dua tapi ramai sangat." sambungku lagi.Kalau boleh aku rasa macam nak meraung je sekarang.Mia yang dengar luahan aku hanya memberikan pandangan simpati.

"Lepas je mak aku meninggal,perangai aku pun berubah.Aku sendiri tak tahu kenapa tapi aku rasa macam malas nak pergi sekolah,aku rasa macam..hidup aku dah tak berguna." dan sekarang air mata aku jatuh.Apabila teringat kisah dulu.

"Dah lah sofya.Relax okay?Tuhan nak uji kau sebabtu kau kena hadap semua ni.Aku tahu aku pun rasa diri ni macam tak berguna tapi aku tetap teruskan hidup macam biasa.Aku sebagai kawan kau,aku akan cuba untuk mengubah kau okay.." pujuk mia sambil mengusap belakang badan aku.

Aku memang rasa bersyukur sangat sebab tuhan jumpakan aku dengan mia.Mungkin tuhan nak gantikan mama dengan mia.

" Dah lah jangan menangis okay? Dah tak comel kawan aku ni.Okay macam ni,petang ni kita melawat kubur mak kau ye. " pujuk mia lagi.Aku tersenyum sumbing sebelum mengelap kembali air mata.


-LET IT BE SECRET-

"Kau dah jumpa siapa yang ceroboh mansion kita hari tu?" soal Dato Amer kepada orang suruhannya,fahmi.

"Belum dato tapi kami dah dapat trace sarang dia." balas fahmi sambil menghulurkan ipad pro kepada dato amer.

"Tch,jadi dialah anak anak buah si tua tak guna tu?Dasar tak sedar diri." ipad itu dipulangkan semula kepada fahmi sebelum menghalau fahmi keluar dari bilik kerjanya.

Kepala di picit sebelum kembali memandang imac dihadapan matanya.

"Kau nak buru anak aku lepas apa yang kau dah buat dekat dia?Kau memang shit kan Roslan."tutur amer sendirian sambil menatap gambar satu satu anaknya,Qistina Sofya yang terpapar di screen imac itu.

"Dont worry,you still have time before die."

🔭

"Baiklah sofya,apa jawapan kamu?" soal cikgu wani dihadapan kelas sambik memegang buku aktiviti bahasa melayu.

"Menanam merupakan senaman yang berkesan untuk mengeluarkan peluh."

"Bagus.Duduk terima kasih."hujung baju kurung ditarik sebelum duduk.Mia yang duduk disebelah aku pandang.

"Wei mana kau dapat siak jawapan dia.Jenuh aku cari tak jumpa jumpa pun." mia mengambil buku aku lalu diselak muka surat tadi.Dicari cari jawapannya sebelum meniru aku.

"Okay seterusnya,mia nat-" kata kata cikgu tadi terpotong apabila ada seorang lelaki mengetuk pintu kelas kami.

"Cikgu,pejabat nak panggil Qistina Sofya." ucap pelajar lelaki itu. Satu kelas dah berbisik bisik mengata aku.Mana taknya, biasanya,orang yang kena panggil dekat pejabat ni ada buat masalah dekat sekolah.Plus,aku ni kan budak introvert yang nampak macam sombong,berani tapi hakitnya lain.

Dengan keluhan panjang aku berdiri dari kerusi lalu mengikut langkah pelajar lelaki tadi ke pejabat.

Ting!

Butang loceng pejabat aku tekan sebelum menolak pintunya.

"Eh,ppa..papa?" soal aku terkejut tatkala melihat kelibat papa yang sedang mengisi sesuatu di kaunter pejabat.

"Cepat ikut papa." balas papa sebelum menarik tangan aku keluar dari pejabat itu.

"wait, wait kenapa ni?Asal tiba tiba papa jumpa qistina dekat sekolah?" aku menahan kaki aku dari mengikut langkah papa.Spontan papa berhenti dan menghadap aku.

"just follow me."

L E T it be SECRETTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang