BAB 1

941 27 2
                                    

Aku memarkir kereta di sebalik semak samun di rumahnya memerhati.

Tepat jam tujuh setengah pagi jejaka kesayangan aku keluar dari rumah, di tangannya memegang sebuah beg berwarna hitam.
Aku mengulum senyum, terubat rindu bila memandang wajah kacak itu.

Angan-angan aku untuk menjaga dia, bersama dengannya walaupun dia sudah dimiliki orang.

Nampak sahaja dia masuk ke dalam kereta aku memulakan enjin, turut mengekori dia dari belakang.

Masuk jam 8:05 dia melangkah masuk ke dalam pejabat kecil yang menjadi tempat persinggahannya beberapa hari ini.

Aku senyum lega bila dia selamat sampai. Puas melihat dia masuk dan menyapa penyambut tetamu, aku memulakan enjin sedia untuk berangkat pergi. Perbuatan aku tergendala bila rasa diri seperti diperhatikan.

Detak Jantung aku terhenti seketika bila anak mata dia tepat memandang aku. Ah! Tak mungkin pasti cuma kebetulan sahaja. Tanpa berfikir panjang lagi aku keluar dari perkarangan syarikat itu.

Kerja hari ini seperti biasa, sangat membosankan tanpa dapat melihat wajahnya.

Kalau boleh setiap hari, setiap saat aku mahu bersama dia, tapi terbatas kerana aku juga perlu mencari wang untuk menyara diri.

"Ke Plaza ke cik?" aku bertanya kepada pelanggan yang ke-5 untuk hari ini.

"Ya betul" gadis remaja muda bersama seorang temannya itu menjawab.

Suasana sunyi menemani sepanjang perjalanan ke sana.

Selepas ini pukul 1:30 aku harus menemani dia makan tengah hari di De Light Restoran

"Terima kasih kak"

Aku mengangguk tanda hormat kepada pelanggan tersebut ketika sudah sampai ke lokasi yang dipinkan.

Jari aku menekan butang menutup aplikasi pemandu grab. Aku mula memandu ke restoran kegemaran dia, tidak sabar mahu menatap wajahnya puas-puas. Kereta aku parkir di tempat yang sama. Kelibatnya dicari. Lima minit berlalu, akhirnya dia muncul tapi tidak bersendirian dia bersama teman wanitanya berjalan bergandingan tangan. Mereka kelihatan sangat secocok bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan.

Aku ketatkan pegangan di stereng kereta. Hati aku remuk melihat dia ketawa bahagia bersama perempuan itu.

Amyra Adeline, itu pemilik nama teman wanitanya.

Perasaan cemburu dan marah bercampur. Tapi aku tak mampu berbuat apa-apa kerana Aiden Lee tak mungkin boleh jadi milik aku.

Aku cuma boleh perhatikan dia dari jauh tapi untuk mendekati dia aku tak mampu. Dia bukan untuk aku.

Air liur ditelan payau bila Amyra memeluk pinggang Aiden menunjukkan seolah-olah mereka lah orang yang paling bahagia di dunia.

Sakit hati memandang aku tundukkan kepala menunggu sehingga kelibat mereka masuk ke dalam restoran.
Mataku dikaburi air jernih bila adegan mereka bermain-main di fikiran aku.

Aku sayangkan dia. Hanya nama dia yang terpahat dalam hati aku.

Aiden umpama berlian mahal yang terserlah, menjadi idaman ramai tapi tidak semua orang mampu menyentuh bahkan mendekati dia.

Aku? cuma wanita biasa.
Buruk dan tentulah tidak layak berdampingan dengan dia.

Tapi tak apa.

Dapat memandang dia dari jauh pun sudah cukup. Bila aku nak berhenti?

Mungkin bila Aiden menikah dengan Amyra atau hingga nafas terakhir aku akan menjaga dia.

Siapa tahu?

SAYANG SAMPAI MATIWhere stories live. Discover now