1) Terlepas

11 0 0
                                    

"Kau nak lari mana haa budak!!! HAHAHA" kata dari seekor vampire yang bernama Jimin. Dia mempunyai sayap seperti kelawar yang besar dan mempunyai rupa paras yang agak menakutkan. Kelihatan gigi taringnya mempamerkan disekitar bibirnya. Hodoh sangat. "Kau tak kan dapat lari kali nihh! HAHAHAHA!! Aku cuma perlukan kau saja lagi! Dan selepas ini semua puak-puak vampire akan kebal! HAHAHA" kata Jimin sambil terbang mengejar seekor serigala jadian. Serigala jadian itu kepenatan tidak mampu untuk berlawan dengan vampire itu. Manakan tidak 4 adik beradiknya sudah ditangkap dan dikurungkan di istana vampire, menyukarkan dia untuk berlindung dan mempertahankan diri. Malah dia juga akan berlawan bukan seekor tetapi 3 ekor vampire seperti Jimin, Rose dan Jihyo. "Kita kena cepat sebelum matahari terbit. Kalau kita terlepas mesti susah kali nih" kata Jihyo. "Betul! Dia bukan macam adik beradik dia yang lain! Dia pantas dengan cemerkap!" kata Rose pula. Sementara itu serigala jadian tersebut masih gagah berlari walaupun kepenatan. Keselamatannya mesti dijaga. Dikhuatiri ditangkap dengan vampire. Ketiga-tiga vampire itu masih mengejar serigala jadian tersebut. Sesekali hilaian ketawa mereka kedengaran dalam ketebalan hutan belantara tersebut membuatkan serigala jadian itu kecut perut.

Jimin telah menyediakan busur panah yang diperbuat daripada logam perak. Busur itu diselitkan dibelakangnya. Bila-bila masa sahaja dia boleh melepaskan anak panah perak itu kearah serigala jadian tersebut. Serigala jadian mungkin kebal dengan semua senjata tetapi tidak bagi senjata yang diperbuat daripada perak. Dia masih berlari untuk menyelamatkan diri. Tiada langsung unsur putus asa didalam benak hatinya. Tiba-tiba bahu kanan serigala tersebut tertusuk dengan panahan Jimin. Panahan yang tepat! "AWWUUUUUU!!~" serigala jadian tersebut mengaum atau lebih dikenali sebagai menjerit kesakitan. "Yes HAHAHAHA.. Oppa Jimin memang hebat!" kata Rose gembira apabila melihat serigala jadian tersebut rebah sambil terguling-guling jatuh di dalam cerun bukit.

A Wolf's DescendantWhere stories live. Discover now