2) Bantuan

16 0 0
                                        

Seketika kemudian fajar menyinsing. Kelihatan cahaya matahari sedang memancar di kaki gunung. "SEMUA!!! BERUNDUR! BALIK KE ISTANA!" pinta Jimin. "Tapi oppa, serigala tuh macam mana?" kata Jihyo sedikit hampa. "KAU NAK MATI HANGUS KE?" tempelak Jimin menyebabkan Jihyo menjauhinya. "Kita balik dulu, nanti oppa akan bertanggungjawab dengan Chanyeol hyung". Ketiga-tiga vampire tersebut terbang meninggalkan hutan tersebut. Serigala jadian terpaksa dilepaskan. Misi mereka gagal.

Serigala jadian tersebut sedikit demi sedikit menjadi manusia. Anak panah berlogam perak masih terlekat dibahunya. Dia jalan terhinjut-hinjut. Disebabkan tersepak batu dia terjatuh di dalam lopak yang dipenuhi lumpur. Seluruh badannya diselaputi lumpur. Dia mengerang kesakitan sambil merangkak ke arah semak samun. Dia ternampak sebuah rumah dua tingkat. Harapannya ialah dia dapat bantuan daripada sesiapa di dalam rumah tersebut.

"Wahhh stamina Yuna sekarang dah meningkat. Oppa bangga dapat adik macam nih" kata Minho yang memuji adiknya, Yuna. Yuna seperti biasa beraksi berlagak. "Tengok la nihh Yuna okeeyhh bukan senang tau nak jadi "Yuna" katanya sambil melihat muka oppanya yang berkerut seribu. Meluat agaknya dengan sikap adiknya yang perasan itu. "Nyesal aku puji kau.." kata Minho perlahan. "Yuna boleh dengar laa", bidas Yuna. Mereka berdua baru sahaja pulang dari berjogging. Kini dua beradik itu tinggal bersama selepas 3 tahun ibu bapa mereka meninggal dunia akibat kemalangan. Sedang berjalan di perkarangan rumah Yuna mendengar suara seseorang mengerang. "ARGGHH!". Tetapi diendahkannya. Sekali lagi suara itu semakin jelas didengar. "Oppa.. Dengar something tak? Yuna dengar suara orang mengerang.. Dekat belakang rumah!" kata Yuna sambil berjaga-jaga. Buku penumbuk segera digenggamnya. Matanya melirik diseluruh pelusuk kawasan laman rumahnya. "I've an idea.." kata Minho sambil terus menyambar kayu besbol ditepi rak kasut. Dia juga mendengar suara tersebut. Mereka berfikir bahawa ada pencuri yang akan memecah masuk rumah mereka. Minho mengenggam kayu besbol tersebut dan berjalan ke arah semak yang kelihatan bergerak-gerak. Raut wajahnya agak serius. Yuna hanya berjalan di belakang Minho. "Oppa.. Hati-hati kekadang ade binatang buas dari hutan.." kata Yuna perlahan. Setapak demi setapak. Jarak mereka dengan semak tersebut semakin hampir.

Peluh dingin membasahi dahi dan baju Minho. Di dalam fikirannya terbayang jikalau sejenis makhluk pelik tetiba keluar dan menerkamnya. Lebih menakutkan lagi terkamannya tidak boleh dilepaskan. Genggaman semakin kuat. Dia memberanikan diri untuk menyelak daun-daun semak tersebut. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati sekujur tubuh yang berbulu kini beransur menjadi manusia. Tubuhnya tidak mengenai seurat benang malah hanya diselaputi lumpur. "Yahh!! tutup mata tak malu ke tengok orang tak pakai baju! Gatal la tuh tengok orang laki punye!" marah Minho apabila perasan mata Yuna asyik melirik ke arah bentuk tubuh orang tersebut. Yuna segera menutup matanya dengan tangannya dan memusing ke belakang. Sesekali dia tersenyum. "Oppa tolong la dia!" kata Yuna membelakangi Minho. "Ishh apa dah jadi dengan kau nih?? Sape yang buat kau macam nih? Dengan luka parah semua.." kata Minho sambil mendapatkan orang tersebut. Orang itu menghulurkan tangannya untuk meminta bantuan sebelum badannya rebah ke tanah semula dalam keadaan tercungap-cungap. Minho segera menanggalkan sweaternya lalu menutup badan orang itu yang tidak berpakaian. Dia terlalu lemah. "Tahan sikitnye. Kau dah banyak kehilangan darah nihh", kata Minho sambil mencabut anak panah berlogam perak dibahu orang itu. "ARRRRRGGGHHHHH!!!" jeritan terakhir sebelum dia rebah pengsan di dalam dakapan Minho. Kini badan serigala itu bertukar sepenuhnya dalam bentuk manusia.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 21, 2020 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

A Wolf's DescendantTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang