SM - 14

1.8K 126 5
                                    

WAIZ menutup mulut yang menguap. Warda yang rancak bercerita dihadapan dia dipandang dengan pandangan yang biasa-biasa. Pagi tadi, tiba-tiba saja Warda hubungi dia semata-mata mahu mengajak dia joging bersama. Sudahlah semalam dia pulang lewat dari pejabat. Niat di hati mahu tidur sepuas-puasnya dirumah. Hairan juga, dia seakan tidak mampu berkata 'tidak boleh' bila gadis itu mengajaknya.

"Encik Waiz dengar tak apa yang saya cakap ni?" Warda menegur. Dapat dia lihat wajah lesu Waiz itu. Tetapi dibiarkan saja kerana dia teruja mahu bercerita tentang kursus yang dia sertai sebelum dia pulang ke Pahang.

"Ya, dengar."

Warda mengeluh. Tiba-tiba rasa berkecil hati. Waiz seperti tidak suka saja keluar dengan dia pada hari ini.

"Encik Waiz nampak macam tak suka saya ajak keluar. Kenapa tak cakap awal-awal?"

Lantas Waiz meluaskan mata yang terasa kantuk. Badan ditegakkan. Dia bukan tidak suka tapi dia penat.

"Tak ada lah. Bukan macam tu. Cuma...penat sikit."

Hati Warda diserbu serba salah. Dia nampak wajah Waiz yang lesu itu. Tapi, dia fikir lelaki itu sengaja berlakon dihadapan dia saja.

"Sorry. Kalau Encik Waiz cakap penat tadi saya tak ajak Encik Waiz datang joging dekat sini."

Senyuman cuba Waiz gariskan. Sungguh dia penat. Jam 3 pagi baru sampai di rumah. Hanya berapa jam saja dia lelapkan mata sebelum bangun untuk solat Subuh. Dah habis solat, dia mahu sambung tidur semula. Namun, baru berapa saat dia rasa lelapkan mata, Warda pula menghubungi dia.

"No, it's okay. I'm fine. Dah lama juga tak joging macam ni."

Ketika ini, rasa terharu menyerbu hati dan jiwa Warda. Rasa dirinya dihargai Waiz. Secara kasarnya, lelaki itu seperti malas, penat dan tidak mahu melayan dia. Tetapi bila diamati secara betul, wajah dan kata-kata Waiz tampak yang lelaki itu ikhlas bila keluar bersama dia walaupun acuh tak acuh.

"Boleh saya tanya?"

Waiz sekadar mengangkat alisnya. Urat leher dibetulkan sedikit seraya urat-urat lengan juga dibetulkan.

"Kenapa Encik Waiz nampak lain sekarang?"

"Nampak lain?" Dahinya berkerut. "Lain macam mana?"

"Iya. Dulu, masa mula-mula saya cuba nak dekat dengan Encik Waiz, Encik Waiz tolak saya mentah-mentah. Buat tak layan lepastu macam sombong. But now...lain. Lain sangat. Encik Waiz dah tak kesah kalau saya yang ajak Encik Waiz keluar." Jelas Warda satu persatu dengan rasa ingin tahu.

Dia perlu tahu tujuan kenapa lelaki itu berubah. Tentu ada asbab yang menjadi punca Waiz melayan dia seperti ini. Tak mungkin kerana lelaki itu sukakan dia. Sangat tak mungkin! Dan dia pun tidak berharap. Tetapi dia mahu berkawan dengan Waiz biarpun dia mahukan hubungan yang serius dengan lelaki itu.

Hati orang tak boleh dipaksa, bukan? Jadi, dia kena terima dengan hati terbuka. Mungkin Waiz melayan dia seperti ini kerana turut ingin berkawan dengan dia dan tidak lebih daripada itu.

Yakin.

Waiz terjeda. Berkira-kira mahu menjawab soalan itu dengan jawapan apa yang sesuai. Buat masa ini, tak akan sekali pun dia luahkan rasa suka pada Warda. Dia tak akan luahkan perasaan dia pada gadis itu. Dia ada perancangan sendiri. Dan dia juga ada prinsip tersendiri.

Bahu dijongket. Dia berpaling menghadap tasik. Kaki dibiarkan tergantung memandang dia dan Warda bersila di atas pondok sebentar tadi untuk berehat.

"Saja."

Keluhan terlepas dari bibir Warda. Gadis itu tertunduk. Tidak puas hati dengan jawapan Waiz. Rasa dia dimain-mainkan. Dia tak suka!

Warda yang tertunduk dipandang sekilas. Waiz gariskan senyuman tipis.

Setia Menanti (𝑬-𝑩𝒐𝒐𝒌)Where stories live. Discover now