×Ali-1×

497 34 3
                                    

MATA ACADEMY,
O n e Y e a r L a t e r •••

Kini Ali sudah menjadi ejen yang sangat pro dan dapat menjalankan semua misi dengan mudah. Dia tidak lagi dikutuk dan direndah-rendahkan seperti dirinya yang dulu. Seorang budak yang lemah! Selepas kejadian yang melanda Cyberaya iaitu president Cyberaya, Dato' Othman. Ali yang telah menyelamat kota itu dari pemberontak.

Dia juga semakin tinggi dan lebih kacak dari Ali setahun yang lepas. Ini semua berkat dia berlatih dengan bersungguh-sunguh dan menjadi lebih matang. Dia tidak lagi menjadi pengguna iris setelah menyerahkan iris kepada pihak mata dengan ikhlas dan hati yang terbuka. Walaupun, itu satu-satunya gajet yang ditinggal oleh mamanya pada Mata. Jujur, dia masih rindu dengan imej mama datang dari data terakhir iris sebelum dia dapat mengawal overide mode. Data mamanya dipadam.

*Author menangis time teringat dan dengar lagu tu*

Setiap hari, disekolahnya. Ali mendapat surat dari peminat. Dia juga tak menyangka bahawa dia telah menjadi seorang yang popular! Hahahah

"Hm, orang gila je suka dekat dia." Kata Alicia perlahan. Dia pula terasa annoying apabila pelajar perempuan suka usyar lelaki yang sering menjalankan misi bersamanya. Mereka juga kadang-kadang sukar untuk pergi ke akademi setiap kali mendapat panggilan dari Mata. Ini kerana pelajar perempuan ada yang sering stalk Ali ke mana sahaja dia pergi.

Sampai satu hari tu mereka terpaksa memengsankan satu pelajar perempuan kerana dia telah hampir mengetahui tentang ke mana Ali hendak pergi apabila masuk ke perpustakaan. Nasib baik Alicia sedikit lewat dan ternampak pelajar tersebut mengendap Ali.

"Kau punya peminat, kau urus sendiri lain kali. Kalau rahsia Mata terbongkar disebabkan 'admire' kau tu, nahas kau!" Kata Alicia tegas. Dia menyampah apabila dimata-matai seperti itu.

Disebabkan keakraban mereka, Alicia pernah mendapat ugut dari admire Ali. Yang berani sahaja boleh buat begitu. Yela, Alicia kan pengawas. Kalau dicatit nama, matilah kau. Apa Alicia nak takut? Bukan dia suka Ali pun. Mereka hanya rapat disebabkan mereka satu team.

"Kau pun sama. Yang pasal haritu pun kau tak boleh nak handle." Perli Ali yang baru sahaja keluar dari kelas hendak ke kantin. Dia menilai sedikit tentang Alicia dekat korang semua~

Alicia pun apa kurangnya? Semakin cantik! Ueww--- tak puji tapi kenyataan. Rambut hitamnya semakin panjang melepasi bahu diikat menjadi seperti ekor kuda. Rambut depannya dicepit ke kiri. Baby face juga Alicia ni. Ughh, dah dah! Jijik pula cakap pasal diri dia. Itu yang ada dikepala Ali setiap kali author bertanya dekat dia..HSHSHSHSHS

Ada ramai je yang minat dengan Alicia ni. Menipu lah kalau tak ade! Walaupun dia selalu bersikap dingin. Dia tetap cantik dan comel di mata pelajar lelaki yang lain.

Dua bulan lepas, seorang pelajar lelaki cuba memberi hadiah dan bunga kepadanya. Alicia menolak dan memandang lelaki itu dengan tatapan jijik. Lelaki yang juga dikenali kaya dan playboy disekolahnya itu. Dia adalah pelajar baru tahun ini. Wajahnya juga tak kalah tampan dengan Ali. Dia mendapat ranking utama sebab dia suka menunjuk kekayaan dia kepada orang lain. Lain lah Ali, dia hanya bersahaja tidak menunjuk kekayaannya yang lebih kaya dari budak itu.

Lelaki itu tidak bertupus asa, dia memegang tangan Alicia. Alicia bengang dengan tindakan pelajar lelaki yang bernama, Fahmi. Fahmi cuba mengajaknya keluar tengok wayang. Of course, Alicia menolak kasar dan mengugut jika dia tidak memberhentikan pelakuan buruknya itu Alicia akan mencatit namanya dan memberi hukuman berat.

"Alicia sayang, please. Aku cuma ajak kau tengok wayang. Aku hanya suka kan kau! Terima lah pelawaan aku ni!" Dia memujuk rayu Alicia. Namun tidak sedikit pun terkesan.

Ali yang lalu disitu berlari mencari cikgu Bidin untuk memberhentikan adegan romantis pelik tersebut.

"Fahmi, berhenti dengan apa yang kamu lakukan dan pergi ke bilik disiplin sekarang." Kata Cikgu Bidin dengan nada malas setelah sampai di belakang pelajar yang pernah dia ajar sebelum ini, sebagai cikgu ganti kelas tersebut.

Fahmi mendengus kasar. 'Cikgu ni potong line aku betul! Siapa pulak yang report kat cikgu ni? Siap kau aku kerjakan!' Dia menyumpah seranah dalam hati dengan muka bengis tak puas hati dengan seseorang.

"Terima kasih, cikgu." Kata Alicia. Cikgu Bidin hanya mengangguk tanpa bersuara.

"Siapa lapor?" Tanya Alicia pendek. Dia hanya mahu kepastian.

"Ali" balas pendek lelaki tinggi berkaca mata hitam itu lalu pergi meninggalkan Alicia sendirian. Dia menarik neck tie hitam kerana panas. Cikgu bidin tak pernah handsome dalam sekolah. Keh keh keh!

Alicia berjalan masuk ke kelas dengan mukanya yang tak reti nak senyum. Dia mendekati Ali yang sedang duduk dimeja berborak rancak dengan Viktor tentang game yang dimainnya.

"Thanks." Macam biasa. Alicia tak suka bersuara panjang lebar macam Ali. Ali pun hanya membalas 'OK'. Cikgu masuk dan mereka belajar seperti biasa.

Tak sampai 30 minit pelajaran bermula. Ali mendapat panggilan dari Mata. Dia menjeling tempat Alicia yang sudah kosong 2 minit sebelumnya kerana ingin ke tandas. So, Ali hanya memberi alasan seperti biasa dan keluar dari kelas tersebut.

Dalam perjalanan ke perpustakaan, Ali bertembung dengan Alicia yang juga bergegas ingin ke Mata. Mereka tak bergaduh macam dulu. Kedua-dua masuk dan pergi bersama.

×××××

"Ada beberapa penjenayah telah melarikan diri dari penjara. Dan kini mereka membawa lari alat yang dicuri dari makmal percubaan Cyberaya. Alicia, Ali dan Rizwan. Saya mahu kamu settle kan masalah ini sama seperti misi kamu semua seperti sebelum ini. Saya harap ia akan menjadi misi yang mudah untuk kamu semua, faham?

"Faham, general." Mereka bertiga membalas serentak.

"Bertindak segera!"

Bersambung...

VOTE

V O T E

V  O  T  E

V   O   T   E

V    O    T    E

Ali Last MissionWhere stories live. Discover now