☆Pelawat istimewa☆

1.3K 57 1
                                    


Kring!!!

"Ugh...dah pukul berapa?....."kata seorang lelaki yang masih mamai setelah dikejut secara tiba-tiba.Lelaki itu mempunyai seulas warna putih di rambut hadapannya.Kawan-kawan dia mengelarnya Boboiboy.

Boboiboy terus bangun dari katilnya. Dia merengangkan badannya.Setelah selesai dia melihat jam yang mengejutnya dari tidur.

7:32 a.m.

Tiba-tiba.....

"Alamak!!!!Aku dah lambat!!!Habislah!!Mesti kena marah dengan laksamana nanti!!"kata Boboiboy dalam hati.Dia dengan lajunya bersiap . Dia juga sempat membetulkan rambutnya yang bersepah dihadapan cermin.

Setelah dia bersiap dia segera ke bilik mesyuarat. "Mesti diorang marah aku nanti!aduh...."bisik hati Boboiboy.

~Time skip~

"Ma-maaf kan sa-saya komender..." kata Boboiboy sambil menarik nafas .Dia telah lari selaju yang dia mungkin untuk ke bilik mesyuarat.

"Wah...'awalnya' kau. "kata Fang .

"Heheheh..."kata Boboiboy sambil menggaru pipinya yang tidak gatal.

"Takpe Boboiboy."kata Yaya.

"Baiklah , mari sambung mesyuarat tadi."kata Komender Kokoci.

"Pada minggu akan datang,kami akan dilawat oleh dua orang pelawat istimewa-""Eh?Dua orang pelawat?istimewa?kenapa diorang istimewa komender?"belum sempat komender cakap, Gopal dah mula menyampuk.

"Diam boleh tak?..."kata Fang sambil menekan perkataan 'Diam' . Fang juga sempat memberi tenungan maut kat Gopal.

"Dey !Maaflah aku cuma nak tahu kenapa pelawat yang datang kali ni istimewa sangat...."kata Gopal sambil berasa sedikit takut.

"Ehem!....Seperti yang Gopal tanya tadi...diorang istimewa kerana diorang akan datang untuk melatih awak semua."kata Komender Kokoci.

"Apa?!?!?!"jerit Boboiboy,Gopal,Yaya,Ying.

"Kenapa diorang datang untuk melatih kita pulak?!"kata Gopal.

"Komender kita orang kan dah kuat,buat apa nak kena berlatih ??"kata kata Yaya.

"Ya,saya memang mengaku yang awak  semua kuat...tapi awak semua kuat pun hanya dengan kuasa . Pelawat yang akan datang kali ni akan melatih awak semua untuk menjadi kuat tanpa kuasa awak semua."jelaskan Komender Kokoci.

Semua orang dalam bilik tersebut terdiam buat sementara.

"Faham?"kata Komender Kokoci secara tiba-tiba.

"Ah...faham ,komender!"kata semua orang kecuali Komender Kokoci dan Fang.

"Jika begitu awak semua boleh berehat dan sambung balik kerja yang awak  buat sebelum datang kesisni."kata Komender Kokoci.

Boboiboy dan kawan-kawannya terus keluar dari bilik tersebut.Boboiboy telah mengajak mereka untuk ke cafeteria,untuk melepak dan berbincang pasal pelawat istimewa yang dicakap oleh Komender Kokoci.

~Di Cafeteria~

"Wei , korang rasa....siapa agaknya pelawat tu?"tanya Gopal.

"Entahlah...."cakap Boboiboy.

"Mungkin boleh jadi Tok Hang Kasa...."cakap Yaya dengan tenang.

"Wei, kenapa Fang senyap semacam je ?"bisik Ying .

"Entahlah...tak ada mood kot ...."kata Yaya.

"Fang?"kata Boboiboy .

"Hm...apa?"jawab Fang.

Behind The Mask ( Cancelled )Where stories live. Discover now