Part 1/1

33 2 0
                                    

Nama aku Gianna. Berusia 19 tahun dan merupakan seorang pelajar Prauniversiti. Walaupun orang kata aku cantik, menawan, tapi aku tak ramai kawan. Mungkin sebab sikapku yang tak reti nak bergaul dan memulakan perbualan. Tambahan pula, aku jarang menunjukan ekspresi muka aku. Jadi orang tak tahu sama ada aku marah, gembira, atau sedih. Sebenarnya, aku ambil praunivesiti ini sebab aku tak tahu bidang pengajian apa yang patut aku ceburi, tambahan pula keputusan SPM aku yang tak berapa nak cantik membuatkan banyak permohonan aku untuk ke universiti ditolak. Jujur aku cakap, aku sangat tekun dan rajin belajar semasa aku di praunivesiti. Aku tak rasa jemu menghadap buku-buku yang tebal, menulis esei yang panjang, dan menghafal nota-nota. Tapi, ada satu sahaja perkara yang membuatkan aku kurang senang dengan praunivesiti ini, iaitu subjek Perniagaan. Mungkin sebab guru yang mengajar Perniagaan hendak pencen membuatkan aku rasa bosan akan subjek ini, tambahan pula gaya mengajar yang kurang menarik. Setelah guru Perniagaan aku pencen, tiada siapa yang mengganti tempat beliau untuk mengajar Perniagaan. Kami sekelas terpaksa belajar subjek tersebut secara sendirian. Pada suatu hari, ketika aku hendak ke sekolah dengan berjalan kaki, aku hampir dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang kelihatan berusia lewat 20-an. Aku cuba mengelakkan diri lalu terjatuh di tepi parit. Aku pun rasa meradang lalu mencarut kearah pemuda itu. "Sial haramjadah punya jantan nak langgar aku. Bodoh betul!" Puas sungguh aku dapat teriak kepada lelaki itu walaupun aku tahu dia tak mendengarkannya. Aku pun bingkas bangun dan meneruskan perjalananku ke sekolah sambil mengibas-ngibas kain ku. Semasa aku sampai di sekolah, aku perasan bahawa kereta yang hendak melanggar aku berada di perkarangan sekolah. Aku berasa hairan dan ragu-ragu. Tak kan lah cikgu aku hendak melanggar aku. Aku pun malas hendak memikirkannya lalu aku terus menuju ke kelas dan pemuda yang hendak melanggar aku berdiri di hadapan aku. "Dik, pejabat Pengetua dekat mana ya?" tanya dia dengan nada yang tak rasa bersalah kepadaku. Disebabkan aku masih geram dengan insiden yang berlaku, aku pun menjeling lalu meninggalkan pemuda itu kebingungan. Biar padan dengan muka dia. Walaupun sebenarnya aku hendak memaki dia, tapi aku masih mengawal emosi aku.

Rringgg!!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat dan tiba waktunya untuk subjek Perniagaan. Disebabkan tiada guru mengajar, aku pun ke makmal komputer untuk melengkapkan kerja kursus aku. Lebih kurang setengah jam aku di makmal, rakan sekelas ku, Vincent menyuruh aku untuk kembali ke kelas kerana sudah ada pengganti untuk guru Perniagaan. Semasa aku sampai ke kelas alangkah terkejutnya aku apabila melihat lelaki yang ingin melanggarku rupanya guru Perniagaan baru aku. "Mana awak pergi?" tanya lelaki itu. Aku terus berdiam diri kerana rasa malu. "Kenapa tak jawab? Besar kepala? Kurang ajar eh kau" laung lelaki itu kepada ku. Aku sangat terkejut dengan kata-katanya. Kenal pun tidak lagi, tapi sesuka hati melabelkan aku besar kepala dan kurang ajar. Walaupun hati aku tak rela, tapi aku terpaksa menghadap muka dia sepanjang waktu Perniagaan. Sebelum dia beredar dari kelas, dia berpesan kepada semua pelajar untuk membuat sedikit ulang kaji keran dia ingin menjalankan mini-quiz pada hari esok. "Bangun. Terima kasih Cikgu Zane". Oh, Zane nama dia. Muka boleh tahan handsome tapi kurang ajar.

Keesokkan harinya, aku pun menduduki mini-quiz seperti yang dijanjikan oleh Cikgu Zane. Aku tak membuat sebarang persediaan kerana subjek Perniagaan bukanlah subjek kegemaranku, tambahan pula Cikgu Zane, lelaki yang kurang ajar, mengajar subjek tersebut. Aku yakin markah aku untuk mini-quiz itu merupakan markah yang terendah dalam kelas. Tepat sangkaan aku, aku cuma memperoleh 3 markah sahaja. "Alex dan Gianna, mulai esok saya nak awak berdua stay di sekolah sampai pukul 4. Saya akan buat kelas insentif untuk awak berdua. Rendah sangat markah awak ni. Macam orang tak pernah belajar." Arahan Cikgu Zane itu membuatkan aku terkedu. Dah la aku tak suka subjek tu, kena menghadap muka jantan tu sampai pukul 4 petang. Boleh gila jadinya. Nak tak nak aku kena stay juga sampai petang. Nasib baik ada Alex, boleh la juga buat teman borak dalam kelas insentif bodoh tu.

Keesokkan harinya selepas tamat sekolah, aku pun tinggal di dalam kelas. Aku menunggu Alex. Katanya hendak ke tandas, tapi sampai sekarang tak balik-balik. Begnya pun tak ada. Sah, mesti Alex cabut lari ni. Aku pun ambil keputusan untuk balik. Tapi, aku boleh pulak terserempak dengan Cikgu Zane dekat tangga. "Nak pergi mana Gianna? Lupa ke ada kelas?". "Eh cikgu, mana ada lupa, saya baru ingat nak panggil cikgu kat bilik guru, tup-tup cikgu ada kat tangga pula, bila kelas kita nak start ye cikgu. Tak sabar dah ni nak belajar." Aku pun jalan kembali ke kelas. Sampainya di kelas, Cikgu Zane menanyakan di mana Alex. Aku cakap aku tak tahu walhal aku tahu yang Alex poteng. Kemudian, Cikgu Zane pun memulakan kelas dengan mengajar topik-topik yang aku tak dapat jawab semasa kuiz. Cara dia mengajar aku, memang nampak keikhlasannya. Badannya pun berbau harum, wajah yang kacak, dn suara macho sudah tentu milik orang. Aku melihat Cikgu Zane dari atas hingga ke bawah dan menilai dirinya sama ada sudah berpunya atau belum. "Kenapa awak tenung saya macam tu Gianna? Ada apa-apa yang tak kena ke dengan saya?". Aku ketika itu sedikit khayal melihat Cikgu Zane berkata "Perfect nya Cikgu ni". Cikgu Zane bertanya apa yang perfect tentang dirinya sambil tersenyum kecil. Kemudian aku baru sedar yang aku cakap dia perfect. Muka aku menjadi merah padam. Tiba-tiba, Cikgu Zane mendekatkan wajah nya dengan wajah aku. Mungkin dia hendak kucup bibir aku. Aku pun memejamkan mata aku sambil memuncungkan bibir aku untuk kucup bibir Cikgu Zane. "Cantik tahi lalat bawah mata awak ni Gianna". Damn! dia tak kiss aku, and kenapa aku pejam mata and muncungkan bibir. Eii gila betul lah aku ni. Tapi entah kenapa hati aku rasa berdegup kencang. Mungkin sebab tak pernah lagi ada yang buat begitu pada aku. Jam menunjukkan pukul 4 petang, maka kelas pun tamat. Sebelum aku melangkah keluar kelas, Cikgu Zane memanggil nama aku. Aku pun berhenti dan menoleh ke belakang. "Jumpa esok okay." itulah yang diucapkan oleh Cikgu Zane.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 02, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Blue Sunset - Take off my skirtWhere stories live. Discover now