"APA BENDA LA DALAM KEPALA OTAK KAU NI? KAU NI MEMANG TAK LAYAK JADI MAK AKU!"
*pak!*
satu tamparan hinggap di muka abang.
abang menunding jari kepada mak, tanpa berlengah dia menyentap kunci motor dan menghempas kuat pintu rumah.
situasi ini bagai sudah lali pada pandangan aku. setiap hari, sejak kecil. ini lah yang disajikan kepada aku sebagai bekal untuk membesar.
dulu, ada la juga timbul perasaan takut dalam hidup aku, tapi saban hari perkara ini bagai sudah biasa.
"dah la mak, tak guna mak nak nangis lagi. anak mak tu dah tentu tentu ke neraka mak."
lantang sungguh mulut farha iaitu akak aku. saat ini aku lihat mak, sudah terduduk. sebak aku melihat keadaan mak. tapi apa aku mampu buat? aku cuma orang luar bagi mereka.
"aku risau kita semua ke neraka." sinis aku memandang farha.
"apa yang kau tak puas hati ni? aku ada kacau hidup kau ke ha?" jerit farha pada aku.
apa? salah aku cakap? kau pun sama dengan abang kau tu. dua dua ada je nak sakitkan hati mak. aku hanya diam. malas nak berdebat dengan pompuan ni depan mak.
setelah farha masuk ke dalam bilik, aku mendapatkan mak. dari tadi, mak tak bergerak. hanya air mata nya saja deras mengalir. tak sampai hati aku tengok mak begini.
"dah la mak.. biasa la dia." aku menepuk belakang badan mak. tubuh kecil mak aku peluk erat. mak membalas pelukan aku. makin kuat tangisannya.
dari aku kecil, sehinggalah umurku mencecah 17 tahun sekarang belum sekalipun aku tengok diorang salam mak. apa lagi nak cium mak. apa jijik sangat ke mak kau ni? hari hari pertanyaan yang sama aku ajukan tanpa jawapan.
biar aku kenalkan diri aku dahulu, nama aku arina fasyura. walaupun kebanyakan orang suka memanggil ku arina, tapi sejak kecil aku tegaskan utk semua orang memanggil aku syura. mungkin salah satu sebab aku benci nama arina adalah sebab aku berkongsi nama yg sama dengan akakku, arina farhani.
hidup dalam keluarga yang bermasalah bukanlah satu pilihan. tapi satu takdir yang perlu aku jalani. siapa saja sanggup ambil alih tempat aku? meh tukar dengan aku. apa saja ganjarannya tak ada satu orang pun yang mahu membesar dengan keluarga yang bermasalah.
ibuku diberikan Allah 3 orang cahaya mata yang aku tak tahu mengembirakan hati ibu. atau sebaliknya.
malang sungguh, aku ada abang. ya abang. farhan asfar. jujur aku tak kisah tak berabang. aku tak perlu ada abang kalau begini abang dilenturkan. kelahiran abang adalah anugerah terindah untuk ibu. mana tidaknya, putera sulung hasil cintanya bersama ayah. namun, keadaan sekarang berbeza. aku tak perlu gelar dia abang. cukup berkau aku. hormat aku dah hilang pada dia.
kakak aku pulak, arina farhani. cahaya mata kedua mak dan ayah. wah, pasti mak juga suka menerima kedatangan dia didalam keluarga kecil mak dan ayah. iyala, puteri sulungnya pula tiba. bagai menatang minyak yang penuh. mak dan ayah beri apa saja farha minta. sebut saja, mainan, buku, anak patung, kasut, baju, apa saja dia tak dapat. tapi sama juga, hasil yang tidak baik juga muncul dari farha.
kelahiran aku? herh. tak ada apa nak dibanggakan. setelah dua tahun farha menerima layanan seorang puteri aku diperkenalkan pula pada dunia. hidup aku tak seuntung mereka. mana tidaknya, ayah meninggal pada hari aku dilahirkan. sampai sekarang dua ekor tu cakap aku ni bunuh ayah. walaupun jelas ayah meninggal kerana kemalangan. dari aku kecil, mereka membuang aku dari adik beradik mereka. kelakar kan? aku masih dalam perut ibu, bersiap sedia melihat dunia dan saat itu ayah pergi buat selamanya. dekat mana aku bunuh ayah? sempat pulak baru lahir nak pegi bunuh ayah.
tapi apa kan daya, takdir meminta aku menerima semua ini. lahirnya aku bukan menyenang kan ibu. sejak lahir, ibu tak mahu sekalipun pandang muka aku. air susunya? setitik pun tak pernah aku dapat. mana tidaknya, takkan la dia nak beri kasih sayang pada "pembunuh" suaminya.
dari kecil, aku dijaga oleh cikpah. jiran aku. aku membesar dengan susu formula. cerita cikpah, meraung raung aku pada mulanya. tapi lama kelamaan aku sudah terbiasa. ibu? asfar? farha? sikit pun tak hingin tengok aku.
entah apa lah dosa aku. jika boleh aku atur hidup aku, aku juga mahu merasa selamat di sisi ayah. memegang erat jari jemari ayah. memeluk kemas tubuh ayah. tapi, aku tak mampu. Allah tak beri aku kesempatan itu. dan untuk semua ini, aku harus menanggung balasan atas kelahiran aku. iaitu dipulaukan keluarga sendiri.
"ya Allah bihaaa. apa kene dengan kau ni? anak kau ni perlukan kasih sayang kau. takkan la sampai ke besar budak ni aku kene bela?" tanya cikpah pada mak.
"budak ni kakpah, bawak sial jela. aku tak de anak pun takpe kalau budak ni anak aku. kau nak bela dia kau bela, taknak kau hantar je rumah anak yatim." ibu menunding jari kearah aku yang baru berusia lima tahun.
terasa dengan kata kata ibu, aku bawa diri ke bilik. sejak lahir, rumah ku adalah di rumah cikpah. ada juga aku dengar anak anaknya merungut tentang aku. tapi cikpah segera membela aku. sayangnya cikpah pada aku.
aku menangis sekuat hati. hanya itu yang aku bisa buat sekarang. nak balas kata kata ibu? apa saja lah budak lima tahun mampu buat. sedih tak terkata. aku dibuang keluargaku sendiri. orang lain pula terhegeh hegeh membela aku.
melihat keadaan aku, cikpah lari mendapatkan aku. lambat lambat langkah cikpah kepada aku. pelukan cikpah, itu saja pelukan yang pernah aku dapat sejak aku lahir. demi Allah, aku sayangkan cikpah. dia saja yang nak membantu aku sejak kecil.
"takpe takpe.. cik pah ada. nanti mak sedar salah dia mak mesti amik syura balik ya. syura jangan sedih sedih ya." cikpah mengusap rambutku. air mata aku makin laju mengalir.
"mungkin syura tak patut jadi anak mak" itu sahaja yang keluar dari mulut ku pada masa itu.
pelukan cikpah makin erat. penat menangis, akhirnya aku tertidur.
lamunan aku terhenti. kembali kepada realiti. realiti dimana memang ya semua buang aku. buang aku jauh dari hati mereka.
Allah.. bantu aku ya Allah.. bantu aku redha dengan takdir hidup aku yang kau cipta ini ya Allah. beri aku pelangi yang indah setelah kau datangnya hujan yang lebat menimpa diri aku ya Allah.
YOU ARE READING
Dunia
Randomsyura membesar dengan penuh kebencian yang dilemparkan kepada dirinya. kasih sayang yang dia dapat cumalah dari cikpah, iaitu orang luar yang menjaganya. boleh ke syura terus berjaya bila keluarga kandung sendiri buang dia? benci dia? ha baca jela.