PROLOG
"Shameful Incident."══════ ∘◦❁◦∘ ══════
"Ya Tuhan, habislah aku!"
Sambil menuju kearah perhentian bas, aku memerhati jam di skrin telefon. Detik jam bergerak dengan pantas seiring dengan nadi jantungku yang berdetak laju. Sudah pukul tujuh setengah pagi namun bas masih tiada kunjung tiba.
"Mana bas ni? Aku dahlah ada peperiksaan harini, matilah aku kalau lambat. Mesti sir marah!"
Aku mengigit hujung jari akibat cemas. Bukan apa, tapi ini pertama kali aku datang lewat. Kalau bukan sebab nak melayan kawan baik aku tengok drama Sebulan Hari Mencintaiku episod terakhir semalam, mesti aku dah tidur awal.
"Ugh, ni semua salah si galah tu! Dasar member hanat-"
TRUT...TRUT!
Terus percakapanku terhenti apabila mendapat panggilan. Melepaskan keluhan, aku berdecit melihat nama yang tertera di skrin. Haih, panjang betul umur si Jung Haeyin ni.
Lepas mengangkat panggilan, tanpa belas simpati telinga aku terus menjadi sajian bebelan Haeyin.
"Kau dekat mana, Yoomi! Kau tau tak, exam akan start berapa minit lagi. Kau jangan cakap kau tak datang eh, aku putuskan kepala patung RJ kau nanti! Dah janji kan nak teman aku jawab exam sama sama kan, kata sahabat sampai matilah apalah eii sembang kencang jelah kau-"
"Kau sabar boleh tak, Yinyin? Aku nak datang sekolah lah ni, takkan aku tak datang pulak."
"Kau, kau datang? Wait wait, kau datang lambat? Weh seriuslah! Kena catat dalam sejarah ni dowh sebab kau tak pernah datang lambat sebelum ni! Kejap eh kejap aku nak bagitahu geng lain jap!"
Aku hanya mampu mengeluh sambil memerhati kelibat bas yang menghampiri. Ah sudah, bas nampak sarat dengan penumpang pula. Tanpa buang masa, aku terus menyelit sambil menahan bauan yang tidak enak dalam bas tersebut.
Telefon yang masih setia di tangan dihiraukan. Aku biarkan sahaja Haeyin membebel panjang, malas aku mahu menyelit. Tunggulah nanti sampai sekolah, aku kepit-kepit mulut dia tu dengan ketiak aku. Beruntung harini aku tak sempat pakai deodorant HAHAHAHA!
"Dey macha, kau dengar tak apa aku cakap ni Yoomi? Kau ni tak pernah-pernah datang lewat-"
"Aku datang lewat sebab kau tau, wey. Kalau bukan sebab kau suruh aku teman tengok drama dekat rumah kau semalam sampai pukul 12 tengah malam confirm aku dah tidur awal tau," Ujarku separa berbisik. Takkan aku nak menjerit dalam bas pula kan?
"Eeeeeeeehhhh salahkan aku pulak kau nih! Dah kenapa salah aku pulak, salah kaulah sebab tak minum kopi ginseng awal awal!"
Dan Haeyin terus-terusan membebel sementara aku berusaha menyelesakan diri apabila semakin ramai penumpang menghimpit. Eish kalau ada yang kentut dalam ni, sumpah aku taubat taknak naik bas lagi.
Sedang kusut kepala aku dengan bebelan Haeyin, tiba-tiba bas berhenti dikala aku tidak sempat bersedia. Tubuh mula tidak seimbang dan tanpa sempat aku memegang tiang untuk bertahan,
"Arghh!"
Pejam mata, Yoomi. Pejam mata! Ya Tuhan, malunya aku jatuh dalam bas ni!
YOU ARE READING
EYES OF DESIRE.
Fanfiction━━━ ꒰🍷ⵓ 방탄 손 여단 김석진 ꒱ does love at the first sight exist? ❲ ©TAEKISMIS 2020 ❳ status : on going