EPISODE 1
"Annoying Enemy"══════ ∘◦❁◦∘ ══════
Haeyin termenung memandang kearah siling kelas. Sesekali dia meletakkan pensel di muncung bibir dan bermain dengan pensel itu.
Jiheon memandangnya pelik. "Wey."
Tiada reaksi, Haeyin tetap merenung siling. Keningnya berkerut membuatkan Jiheon bertambah geram. Terus dijentiknya dahi penuh jerawat milik Haeyin.
Duk!
"AAAHHHH SAKITLAH!"
"Kau fikir apa hah, khusyuk semacam?"
Haeyin mencebik. Digosok-gosok dahinya untuk hilangkan rasa pedih. "Eish, tengah sibuk hafal formula matematik dalam kepala ni. Lepas ni exam math kan?"
"Seriuslah?" Jiheon mengangkat sebelah kening tanda tidak percaya. Haeyin yang suka menyanyi lagu Didi and Friends ni sedang menghafal formula math? Wow, amajing. Kena rekod dalam buku sejarah ni.
"Haeyin, cakap pasal exam kan, Mimi mana eh?"
"Tulah, kau kata dia datang?" Ujar rakan mereka yang lain, Yeora.
"Kejap lagi datanglah tu-"
"YOW WASSUP!"
Semua mata tertumpu pada wajah Mimi yang sungguh berseri bagaikan disimbahi cahaya nur. Berkerut wajah mereka. Sepatutnya Mimi sendu kerana datang lambat ke sekolah, ini gembira pula.
"Ahh lepasni aku nak datang sekolah lambatlah! Boleh jumpa dia hari hari eeee!" Mimi bersuara kecil namun masih dapat didengari oleh mereka berempat.
"Kau dah kenapa?" Pertanyaan Minsoo hanya mendapat sengihan daripada Mimi.
Sambil meletakkan beg di atas kerusi, Mimi tersenyum-senyum sambil melihat kearah sekumpulan lelaki. Mereka pun pandang kearah tersebut dengan rasa curiga. Dah kenapa Mimi ni?
Terus Haeyin mencubit pipi Mimi sekuatnya.
"Aaaa aaaa aaaa sakitlah! Kenapa kenapa?" Soal Mimi geram.
Haeyin merengus sambil menggeleng kepala. Pensil tadi terus dihalakan ke hidung Mimi.
"Kau tu yang kenapa? Eyy dari tadi kitorang tanya, kau palau je eh?"
Mimi blur. "Kau ada tanya aku ke tadi?"
"Taklah, tahun lepas kitorang tanya." Jawab Jiheon selamba. Yeora yang geram terus menepuk bahu Jiheon kuat. Jiheon mencebik.
"Kitorang tanya tadi, kau dah kenapa masuk kelas terus sengih-sengih? Demam ke, kalau demam aku boleh panggil cikgu izinkan kau balik." Terang Yeora panjang lebar.
Mimi tersenyum lebar. "Oh yang tu! Ha, kau nampak tak lelaki pengawas tu?"
"Nampak nampak! Kenapa?"
"Tadi dalam bas, aku terjatuh lepas tu adalah seorang lelaki serupa syaiton ni sambut aku dari jatuh. Tapi, tiba tiba dia jatuhkan aku balik! Bangang betul lelaki tu. Bila aku dah jatuh, datanglah lelaki pengawas tu tolong AWW MY HEART MELT THO!"
YOU ARE READING
EYES OF DESIRE.
Fanfiction━━━ ꒰🍷ⵓ 방탄 손 여단 김석진 ꒱ does love at the first sight exist? ❲ ©TAEKISMIS 2020 ❳ status : on going