Cerpen : Grannies

4 0 0
                                    

Tangannya memegang rapi telefon pintar berjenama iPhone SE, matanya memerhati satu persatu ruang pada skrin telefon sambil jari-jarinya berlumba-lumba untuk mendapat anugerah keyboard warrior. Senyuman diukir tanpa dia sedar, begitulah rutin seorang 'Sakha' setiap hari, membalas mesej yang tertunggak daripada WhatsApp group mahupun personal. Tidak tahulah apa yang disibukkan, gelagatnya sering diperhatikan secara rahsia daripada bucu dinding,

"Abang buat lagi? hmm", mendengusnya perlahan lalu pintu bilik ditutup dengan perlahan kerana tidak mahu mengacau aktiviti si lelaki itu.

Jarinya berhenti menaip dan wajahnya bertukar ekspresi selepas mendengar bunyi pelik dari arah belakang, tetapi berfikir itu hanya khayalan semata-mata, dia menyambung semula scroll down perbualan.

Sudah menjadi norma kepada Puan Syila dan anak-anaknya untuk sama-sama melipat kain yang diangkat dari ampaian bersama-sama. Tidak ada yang lebih penting daripada kasih sayang seorang ibu yang baru kehilangan suami, melainkan untuk memberi fokus lebih membesarkan anak-anak seorang diri.

"Pernah sekali Ila putus asa bang, Ila tak kuat tapi Ila fikir ni semua takdir yang Allah dah tetapkan untuk Ila, walaupun anak-anak ini bukan dari Rahim Ila tapi Ila sayang mereka macam darah daging sendiri", mengeluh Puan Syila ketika keseorangan selepas menunaikan solat, potret arwah suaminya itu dipeluk erat.

Sumaiyyah dan Iskandar memang sudah diketahui oleh jiran tetangga bahawa mereka hanya anak-anak angkat yang dijaga oleh Puan Syila dan suami sejak mereka masing-masing berumur 2 tahun, adik-beradik kembar yang terlibat dalam kebakaran besar suatu masa dahulu.

"Ummi, kakak terjumpa duit la dalam poket abang, banyak pulak tu!", kata Sumaiyyah keriangan semasa melipat seluar abangnya.

"Ambiklah dik, beli kacang kalau nak sangat", cetus Iskandar kerana sudah masak dengan perangai adiknya, namun dia gemar saja untuk melayan kerenah Sumaiyyah.

"Hahaha aduhai korang dua ni, lepas ni bersiaplah, ummi nak ajak pergi Teluk Cempedak, boleh beli kacang kan Maiyyah?", tangan Puan Syila sambil-sambil mengusap lembut kepala Sumaiyyah.

"Nak!"

"Semua boleh beri perhatian sebentar? Saya bercadang untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi program yang kita akan laksanakan nanti."

Gerun dan terdiam semua orang di kelas tersebut setiap kali Kaisara mengeluarkan suara, nampak sangat berkarisma.

Tepat jam 9.15 pm iaitu masa yang paling menjadi kegemaran setiap orang di dunia untuk mula memenuhkan kerusi-kerusi di Student Centre. Satu persatu susuk badan tiba.

"Assalamualaikum. Terima kasih kerana berkorban masa untuk sertai mesyuarat hari ini. Saya selaku Programme Manager, Kaisara nama diberi. Setiap tahun, memang satu kebiasaan untuk kita buat program turun kepada masyarakat, jadi setelah semua bersetuju, nampaknya kita akan teruskan ke Rumah Orang Tua"

"Saya setuju dan saya yakin yang lain juga begitu. Apa aktiviti yang kita akan buat di sana?", tiba-tiba Sumaiyyah memecahkan keheningan. Soalannya disambut baik oleh makhluk yang tiba-tiba muncul dari tepi,

"Daging orang tua sedap jugak, juicy juicy gitu kan?", sambil mencoretkan senyuman sinis di bibir.

"Excuse me, you're Aqil right? Where is your manner?", Kaisara seolah-olah terkejut dengan jawapan yang dikeluarkan olehnya.

"Lek lek sudah. Aku gurau je pun"

Iskandar cuba mengawal keadaan. Sempat memberi jelingan tajam ke arah Aqil tapi tiada siapa yang perasan. Bijak

CERPEN : GRANNIESWhere stories live. Discover now