28

39.5K 2.7K 58
                                    

                     Perlahan-lahan tubuh Hana diletak ke atas birai katil. Telekung yang masih tersarung lengkap pada kepala Hana dibukanya dengan berhati-hati. Dia tidak mahu wanita itu terjaga secara tiba-tiba dengan tindakannya. Rambut Hana yang agak sedikit serabai disapu rapi. Lihat wajah Hana sahaja sudah jelas untuk mengatakan wanita itu kepenatan malam semalam. Hampir setengah jam juga dia merayu agar Rayden membuka semula pintu itu, namun semakin lama suara Hana semakin perlahan dan terus membisu. Apabila dia membuka sahaja pintu bilik, dia sudah melihat Hana tertidur di atas lantai.

Rayden menarik senyuman kecil dibibirnya. Hati dia kembali tenang sedikit hari ini. Tidak serabut seperti malam tadi. Entah mengapa mimpi itu membuatkan dirinya jadi seperti orang gila. Agaknya aku masih trauma dengan tragedi tiga tahun lepas...

"Im sorry, Hana." desisnya perlahan. Walaupun dia tahu wanita itu tidak mendengar rayuannya. Cukuplah dia sudah meminta maaf tentang hal semalam. Ya, dia memang ego. Sekilas pandangan dialihkan ke arah jam dinding yang sudah menandakan pukul 8 pagi. Eloklah jika dia beredar sekarang daripada bilik Hana, sebelum wanita itu terjaga.

Kain selimut tebal ditarik hingga menutup ke paras dada Hana. Dia mencapai rimut kontrol penghawa dingin lalu mengubah suhu bilik itu kepada sederhana laju sebelum berlalu keluar meninggalkan bilik itu.







             
                          ITIK salai dihidangkan ke atas meja bersama dengan lauk-pauk yang sudah tersedia dimasak oleh pembantu rumah itu. Leo segera menolak kerusi roda Uncle Chong ke ruang makan. Kelihatan Kwan terlebih dahulu sampai di meja makan besar mereka. Dia melabuh punggung di sebelah kanan Uncle Chong, manakala Leo pula di hadapan orang tua itu.

Mangkuk berisi nasi putih dihulurkan pada Uncle Chong terlebih dahulu. Kwan menghulur tangan, menantikan wanita itu untuk memberi pula nasi itu kepadanya malah dibalas dengan jelingan sinis. "Nak, ambil sendiri. You sihatkan? Bukannya kudung tangan pun."

"Memanglah wa tak cacat tapi tak salah pun kalau lu tolong sendukkan nasi untuk wa, Leo."

"Salah tu memang tak salah tapi I tak nak. Lainlah kalau you tu Rayden." sinis Leo. Kwan menjuling anak matanya ke atas dengan membuat mimik muka menyampah. Tak habis-habis dengan mamat tu lagi! Walhal, lelaki itu sedikit pun tidak menunjukkan yang dia sukakan Leo. Aku yang sudah berada di hadapan mata yang asyik mengambil berat tentang dia langsung tidak dipandang. Entah apa yang menarik sangat dengan Rayden Lee Hwan tu pun tak tahulah.

"Rayden... Rayden... Rayden... lu ni memang suka syok sendirikan? Boleh tak kalau sehari lu jangan sebut fasal dia?"

"Eh, suka hati I lah. Tak lama lagi I akan kahwin dengan dia juga, bukan dengan you!"

"Hei, Rayden tu... "

"Sudah!" cantas Uncle Chong. Nada suaranya agak sedikit meninggi . Tak tenang dia ingin menjamah makanan apabila dua orang itu asyik bertikam lidah daripada tadi. Leo menjeling tidak puas hati. Dia menggunakan chopstik untuk mengepit nasi lalu disua ke dalam mulut. Nasi itu dikunyah perlahan-lahan. Kwan tidak berkata apa. Dia mencapai mangkuk kecil yang berada di atas meja lalu disenduk sedikit nasi ke dalamnya.

Dia dan Leo saling berbalas jelingan mata. Kalau mulut berkunci, kini mata pula sedang bertikam antara satu sama lain.

"Good morning." sapa Rayden yang baru sahaja tiba dimuka pintu utama. Sepasang kasut kulit hitam miliknya disusun pada rak sebelum dia melangkah masuk menuju ke ruang makan meja besar mereka. Leo berubah riak wajah teruja. Terus dia meletakkan chopstik itu ke atas mangkuk, lantas bangun berlari anak mendapatkan Rayden. Kwan sudah menjuih bibir. Menyampah pula aku tengok.

Lengan kiri Rayden dipaut dengan erat. Leo menayang senyuman lebar. Rayden tidak bertindak apa-apa. Tepis tidak, tolak pun tidak. Yalah, Uncle Chong dah ada depan mata takkan nak tepis pula? Nanti dia syak bukan-bukan mampus aku! Kalau tidak dah lama aku sikukan sahaja minah ni.

Sampai sahaja di ruang makan, Leo melepaskan lengan Rayden. Kerusi yang berada di sebelah kiri Uncle Chong menjadi tempat dia melabuh punggung.

"Lama tak nampak batang hidung. Kau pergi mana sejak dua hari ni?" soal Uncle Chong. Dia menoleh memandang Rayden.

"Err... Tolong tengokkan pekerja dekat tempat casino." ujar Rayden. Dia terpaksa berbohong kali ini. Padahal, dia sudah lama tidak jejakkan kaki ke tempat itu. Apa yang berlaku di casino pun langsung tidak diendahkan. Entah-entah dah jadi tongkang pecah tempat tu.

Uncle Chong mengangguk perlahan. Dia percaya sahaja bulat-bulat.

"By the way, tahun baru cina dah nak dekat. Tuan Darren ada jemput Kau ke majlis fashion untuk butik dia seperti sebelum ni."

"Tak ada orang lain lagi ke yang boleh pergi ke majlis tu? Kwan ada. Dia boleh pergi sana. Aku sibuklah, Uncle." keluh Rayden. Dia memang malas sekali jika diarah untuk pergi ke malis Fashion Tuan Darren. Suasana tempat itu agak bising dengan sambutan tarian cina dan bunga api. Lagipun bukannya dia buat apa-apa pun di sana. Hanya duduk dan memerhati model wanita yang mengenakan baju tradisional cina di atas pentas mengikut kreativiti masing-masing.

"Tak ada. Kwan harus buat kerja dia. Kau sahaja yang free sekarang. Fasal casino kau tak perlu risau. Aku akan arahkan anak buah aku untuk jaga tempat tu. Janji kau pergi ke majlis Tuan Darren. Aku tak nak kecewakan hati dia. Tanpa dia, kau takkan kaya macam ni tahu tak?"

Rayden mengangguk sahaja. Dia pun tidak nafikan semua itu. Sememangnya Tuan Darren yang telah membangunkan casinonya dahulu dengan duit butik hasil kerjanya. Banyak jasa Tuan Darren pada aku. Sebab itulah aku tak pernah sekalipun terlepas ke majlis fashion yang dia anjurkan pada setiap tahun baru cina. Tempat itulah kali pertama aku berjumpa dengan...

"Dan lagi satu,".

Rayden berhenti mengelamun. Dia mengalih pandangannya ke arah Uncle Chong. 

"Jangan kau terpikat pula dengan perempuan muslim di sana. Aku tak suka." pesan Uncle Chong memberi amaran. Rayden tergamam sejenak. Dia mula resah apabila Uncle Chong berkata begitu. Mampus aku kalau dia tahu fasal Hana.





Dalam Jagaan Devil [NOVEL]Where stories live. Discover now