1

43 5 0
                                    

Zzzzzz.....

Buk!

Aduh! Sakit bontot aku!

Pintu bilik tiba2 dibuka dari luar

" Astaghfirullahalazim, Aulia! Kamu ni mimpi apa sampai jatuh atas lantai ni? " soal mama

Ish mama ni. Bontot aku yang sakit, mama pulak yang bising. Sabar lah bontot...

" Apa yang mama bising pagi2 ni? " soalku

" Kamu tu lah. Tak set alarm. Tengok sekarang pukul berapa? " soal mama

Aku melihat jam

Pukul 6.....











































































So? Ada masalah ke?

" Ha...kenapa? " soalku

" Kamu tanya kenapa? Kamu tu kan kena pergi sekolah " kata mama

Ouh, sekolah. Kenapa kau selalu kacau time tidur aku?

Lagi2 murid2 yang ada kat sekolah tu. Annoying😒

" Ok ma. Nanti Lia Turun " kataku lalu mengambil tuala mandi dan terus pergi ke bilik air

Aduh! Ni yang takde mood ni...

Selepas 30 minit...

Ada lagi 30 minit. So.....kita rilek ah

" Bye ma, pa. Lia pergi dulu " kataku sambil menyalam tangan mama dan papa

" Mama dan papa je? Aku ni macam mana kak? " soal Arif. Adik Aku

" Kat kau buat apa? Kirim salam je lah. Aku pergi dulu " kataku

" Eleh " kata Arif

Aku keluar dari rumah

Segarnya udara hari ni. Aku rasa macam nak tidur kat jalan ni pulak. Tapi nanti tak pasal2 kena langgar

Sedang aku tengah berjalan

" Phiwiittt!! Awek cun! "

" Adik. Mari lah kat abang "

" Cik adik nak pergi mana sorang2 ni? "

Aku hanya mengabaikan bisikkan2 syaitan yang berkeliaran selepas subuh

" Amboi! Sombong nya " kata seseorang dari mereka sambil memegang tanganku

Aku menepis

" Jangan sentuh lah. Tak tahu beza halal dan haram ke? " soalku kasar

Tak suka lah bila ada lelaki asing, tetibe datang pegang tangan aku dengan selamba badak nya

" Takpe. Aku dah ajak cara baik. Kau nak cara kasar eh " kata lelaki itu lalu menarik tanganku

Aku menendang dia punya ehem2

Dia menahan senak. Amacam? Hebat tak penangan aku? Sedap makanan tu?

Yang lain sudah kecut

Aku hanya jalan macam biasa menuju ke sekolah

Di sekolah

" Wei Lia " panggil seseorang

" Yo, Khai " kataku

" Awal kau datang? Biasa lambat " kata Khai. Ni kawan aku. Nama panjang dia Khairina but aku panggil dia Khai

" Iye2 je kau. Jom ah masuk " kataku

" Jom "

KRRRRIIINNNGGG!!!!!

" Ini ke yang kau kata awal? " soalku

" Hak alah. Wat lek wat pis lah ( buat rilek buat peace lah ). Kita sama2 lambat " kata Khai

Halamak! Ni yang aku tak berkenan ni

" Hah. Kenapa awal sangat korang sampai? " perli Amirul. Dia ni pengawas. Tak habis2 nak kacau Aku

" Nak perli2 nanti2 je lah, Rul. Shuh! Kitaorang nak masuk " kata Khai

" Cop cop cop cop cop! "

Aku pelik

" Apa cop2? Nak chicken chop? Kedai western tak bukak lah time macam ni " kataku

" Korang lambat. Mana boleh masuk macam tu je. Beratur kat sana sekarang! " arah Amirul

" Kau siapa nak arah2 kitaorang macam tu? " soalku dan Khai serentak

" Aku pengawas dan aku ada hak. So, dipersilakan beratur di sana " kata Amirul

Malas aku bertengkar dengan dia ni. Aku menarik tangan Khai pergi beratur

..........

Di kelas

" Aduh! Gila bosan siak kelas ni. Sunyi je " kataku

" Tu lah. Cikgu sampaikan apa2 pun aku tak faham " kata Khai

" Takde plan apa2 ke? " soalku

" Takde lah sis. Aku kering otak ni " kata Khai

" Otak pun boleh kering ke? " soalku

" Yelah. Aku lupa nak letak air tadi " kata Khai

" Kalau macam tu bukak kepala kau. Aku nak letak air " kataku

Khai menjeling ku

" Fikir lawak ah? " soal Khai

" Aik? Kau yang mula dulu. Aku tak cakap apa2 pun " kataku

" Apa2 je lah kau ni " kata nya

Aku memandang ke arah lain

Haih...bosannya

BOM!

Tetibe ada orang langgar meja aku

Mak oii! Dia punya bergegar tu, tak boleh bawak bincang

Aku memandang orang itu

Pulak dah

" Ops sorry. Terlanggar pulak "

Berebut CintaWhere stories live. Discover now