Prolog : Gelap Tidak Tahu

2 0 0
                                    

" Sir, cepat sir kita dah lambat ni ! Cepat sir !"- detik cemas berlaku, tangan seorang sedang menulis pantas atas buku catatan yang hampir berterbangan dek angin yang kencang . Catatan ditahan sebelah kerana baginya perkara itu amat penting.Terutamanya adiknya yang ditinggal olehnya. 

Langit gelap disertakan gemuruh menggerunkan lagi suasana dua teman itu. Cahaya terpalit detik-detik cemas hanya memberi mereka sedikit waktu untuk menyelamatkan daerah Bireon .Tangan ditarik oleh temannya kerana waktu semakin singkat. Berdiri seorang tubuh melihat dari gunung itu.Tanda terakhir melihat dunia, dirinya berasa lega menjadi hero seketika. 

" Maafkan abang , abang harap adik boleh hidup dengan baik. Semoga abang dapat jumpa adik bila gunung menjadi biru. Abang tunggu disitu. Selamat tinggal, Adik.". Buku ditimbus ke tanah tidak meninggalkan jejak. Mengharapkan seseorang sahaja yang mampu menjumpai buku itu.

Dirinya melompat ke gelombang biru, Angin yang kencang semakin reda, Separa daerah dapat diselamatkan. Warga Bireon berasa syukur kerana mereka selamat.

" Abang? " , badan bersusuk tubuh kecil memakai pakai serba kekurangan sedang mencari abangnya. Tangannya menari satu per satu baju warga daerah tersebut. " Makcik, Nampak abang saya tak? " lalu makcik itu menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Adik kecil itu kelihatan gusar, tidak tahu mana hendak mencari abangnya lantas tangisannya mengalir di pipinya. Dia berlari ke kiri ke kanan tidak tahu hendak ke mana mahu di perginya.

Dirinya terasa seakan ada sesuatu di lehernya. Kelihatan sesuatu digantung pada lehernya. Ianya tertulis pada besi kecil berbentuk gunung, " J.S Bireon Blue ". Waktu itu, ramai sedang memandang ke arah gunung yang berubah separa biru. Adik kecil itu tidak tahu apa-apa. Yang ditahu, hanya abangnya sahaja tiada disitu. Lebih perit, tiada siapa disisinya. Tiada siapa yang mampu memeluknya. Dia sunyi dan keseorangan. Dia perlukan abangnya sahaja.

Suasana menjadi sunyi. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Abangnya hilang begitu sahaja. Tiada khabar setelah apa yang berlaku. Semuanya menjadi tanda soal yang ditanya dalam pemikiran adik kecil itu.

Gelap. Tidak Tahu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 11, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dream Diary ( BM )Where stories live. Discover now