Baju nikah cantik tersarung di tubuh Puteri Dhia Adira..mak su mengambil berus untuk meratakan sedikit blusher yang ada di pipi...
"Done..cantik nya anak buah mak su hari ni"kata Puan Dafina
"Thanks mak su tolong solek kan Dhia hari ni"kata Dhia
"Sama sama.."balas puan Dafina lalu mengemas segala barang solek yang berterabur di atas meja solek
Dhia perhatikan diri nya di dalam cermin sambil membetulkan awning tudung ....'perfect' getus hati Dhia
Seseorang mengetuk pintu lalu masuk ke dalam bilik..
"Cantik nya anak mama hari ni"kata Datin Dayana
"Thanks ma"balas Dhia
"Dah jom..pengantin lelaki dah sampai dah tu"kata Datin Dayana
"Ok ma"kata Dhia lalu memegang tangan Riana untuk memimpin turun tangga
Dhia turun perlahan lahan bagi tidak jatuh..Dhia melihat ramai tetamu yang datang..Dhia terpandang seseorang yang berpakai baju melayu putih..segak nya bakal suami aku ni..melalut pulak
Dhia berjalan dan duduk bersimpuh di atas kusyen yang khas di sediakan buat pengantin..
"Putera Fariz Haziq bin Putera Firaz"kata tok kadi
"Ye saya"balas Fariz
"Aku nikah kan dikau dengan Puteri Dhia Adira binti Putera Hakimi dengan mas kahwin nya 2000 ringgit tunai"
"Aku terima nikah nya Puteri Dhia Adira Binti Putera Hakimi dengan mas kahwin nya 2000 ringgit tunai"lafaz Fariz
"Sah?"tanya tok kadi
"Sah"
"Sah"
"Alhamdulillah"semua yang berada di situ mengucap kan kata syukur..
Perlahan lahan air mata Dhia mengalir..tak tahu nak rasa sedih ke gembira..Datin Dayana memeluk Dhia sambil air mata tak henti henti mengalir
"Tak sangka Dhia dah jadi isteri orang"kata Datin Dayana
"Tu lah Dhia pun tak sangka.."kata Dhia..selepas habis drama air mata kini upacara pembatalan air sembahyang..
Perlahan lahan Fariz bangun dan berjalan ke arah Dhia dengan senyuman yang sangat manis..peluh di dahi terasa dingin..Fariz pandang Dhia yang sangat cantik pada hari ini..
Fariz duduk di hadapan Dhia..Fariz mengambil cincin yang berbatu biru itu dan di sarung kan di jari Dhia..kini Dhia pula yang mengambil cincin yang hampir sama dengan nya dan sarung di jari kasar Fariz
Fariz menghulurkan tangan nya..aku pandang tangan itu dengan perasaan yang bercampur baur
"Dhia salam suami kamu"kata Datin Dayana..Dhia menyambut huluran itu dan cium tangan Fariz..kini Fariz pula mencium Dahi Dhia...
"Dah jom makan"kata Datin Haziqah
Semua makanan yang terhidang di atas meja cukup membuat semua orang terliur..
Setelah lama semua berada di rumah pengantin..ramai yang mula meminta diri untuk pulang ke rumah..ramai jugak yang hadir di majlis kecil kecilan ini..
"Mummy ada nampak Fariz tak?"tanya Dhia kepada Datin Haziqah..yelah sebab sejak tadi aku tak nampak Fariz
"Oh..dia kata dia nak naik bilik nak rehat..penat kata nya"balas Datin Haziqah
"Ok my..Dhia naik dulu"pamit Dhia lalu naik ke tingkat atas yang menempatkan bilik nya
Dengan lafaz bismillah Dhia memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik nya..Dhia menutup semula pintu bilik nya dan memerhati sekeliling..kelopak bunga ros ditabur di atas katil dan lantai..bilik nya yang berbau harum kerana semburan pewangi ros..dia mengeluh.dia tidak minta pun supaya orang tua nya buat begini..tiba tiba terdengar pintu tandas terbuka bermakna Fariz sudah keluar dari tandas..
Dhia memandang Fariz yang baru keluar dari tandas yang hanya bertuala paras pinggang sahaja..cepat cepat Dhia menutup mata nya menggunakkan kedua belah tapak tangan nya..
"Kau kenapa?"tanya Fariz pelik
"Yang kau ni kenapa?tak boleh ke pakai baju dalam tandas ha?"tanya Dhia balik..Fariz tersenyum nakal.perlahan lahan dia jalan mendekati Dhia..
"Kau tergoda ke dengan badan aku?"tanya Fariz dengan nada yang agak menggoda
"Eii,tolong lah tak de masa aku nak tergoda dengan badan kau tu"kata Dhia lalu menolak sedikit dada Fariz supaya jauh dari nya..
Dhia bangun dan membuka satu persatu jarum peniti nya di kepala..penat..mak su ni pun satu yang pergi letak banyak banyak peniti kenapa?perlahan lahan Dhia menanggalkan tudung nya dan anak tudung..selepas itu ikatan sanggul di buka dan terjuntai lah rambut Dhia yang panjang paras pinggang..
Fariz yang lihat terpaku..sungguh cantik apabila melihat Dhia tak bertudung di depan nya..Dhia yang melihat Fariz merenung nya membuat kan dia naik seram..cepat cepat dia mengambil tuala serta baju yang hendak di pakai dan masuk ke dalam bilik air..
Selepas Dhia selesai mandi,Dhia dan Fariz solat isyak berjemaah
Setelah solat,Dhia mengaminkan doa yang fi baca oleh Fariz..setelah itu Dhia menyalam tangan Fariz dan mencium nya dengan penuh syahdu manakala Fariz pula mencium Dahi Dhia..selepas itu mereka mengemas sejadah dan sebagai nya..
Dhia merebahkan badan nya ke atas katil setelah selesai mengemas telekung..
"Kau nak tidur mana?"tanya dhia apabila melihat Fariz yang terpacak sebelah katil nya
"Sebelah kau lah"kata Fariz
"Ikut kau lah"kata Dhia..setelah mendapat keizinan daripada Dhia Fariz terus naik ke atas katil..dhia baring membelakangkan Fariz
"Tak baik belakang kan suami"kata Fariz sengaja bagi Dhia sakit hati
"Ok aku tidur hadap kau"kata Dhia lalu memusingkan badan menghadap Fariz
Mereka merenung antara satu sama lain..akhirnya setelah penat merenung diri masing masing mereka pun terlena..
#DhiaRiz
#HaRul
#SyaLiff
#LiManStay tuned for next bab ok:)
Bab ni khas untuk Dhia dan Fariz je..
Promote
Suamiku abang tiriku
atikahika02Cinta untuk mr garang
jnnh_yhyaDendam dan cinta
edwardcullens12_Cinta tidak sempurna
atikahika02
YOU ARE READING
You're Mine Forever
RomancePuteri Dhia Adira seorang yang sangat cantik dan manis..di sekolah dia tersangatlah dingin sehingga pelajar di sekolah itu turut gerun terhadapnya..tetapi apabila di luar sekolah dia dan group nya iaitu (Bad Girl)tersangatlah sporting..seperti bidad...