" Anaknda , boleh bonda membuat perjanjian dengan kamu ?" pemaisuri cuba bertanya walaupun baginda tahu akan jawapan itu ." Apakah itu , bonda ? Silakan tetapi boleh anaknda tahu isi perjanjian itu ? kerna anaknda tidak suka sesuatu seperti kejutan dan luar jangkaan anaknda bonda ." katanya dengan tersenyum
" Bonda mahu carikan isteri buat anaknda . Bonda ingin kedudukan kamu tetap . Fahamilah hasrat bonda .. "
" Bonda ... "
Putera terus mendakap Pemaisuri disaat melihat baginda ingin menitiskan air mata . Putera tahu bondanya ingin menjaga takhta dan dihatinya .
Namun entah kenapa hatinya belum terjumpa seseorang yang mampu menawan hatinya ini.
" Anaknda setuju sahaja bonda . Buatlah apa yang bonda sukakan malah satu istana ini bonda ." balasnya sambil melihat tangan bonda .
"Apakah perwatakan yang kamu inginkan anaknda ? "
" sukar sekali ingin dikatakan oleh anaknda , bonda "
" kenapa anaknda bicara seperti itu? "
" Terlalu sukar ingin dikatakan menurut hati , bonda . Namun anaknda takut tiadayang serupa seperti anaknda inginkan . "
Putera bangkit dari sebelah bonda . Baginda berjalan ke tingkap sambil melihat pemandangan . Menutup mata membayangkan seseorang namun disangkal agar bonda tidak menyedari akan ia.
" katakannya anaknda nescaya bonda akan mencarinya dengan sepantas angin ." cukup manis sekali senyuman Pemaisuri . Ibaratkan ada bulan yang diterangi bintang di malam waktu.
" Seorang gadis yang sungguh jelita dan cantik "
Terbayang akan seorang gadis yang sedang tersenyum dan menari dibawah bulan yang ditemani alam yang sungguh indah sekali.
" dirinya nampak seolah - olah dia sangat miskin namun ia hidup di dalam kehidupan yang cukup sederhana . Tak kaya dan tak miskin. "
Terbayangkan seorang gadis yang memakai baju apa sahaja namun orang tetap melihatnya.
" orangnya nampak sahaja bukan seorang tersenyum namun dengan orang tertentu yang dia rasakan ingin diberikan pasti senyuman itu ibarat seperti laut yang memancarkan cahaya di atas permukaan "
Terbayang akan gadis yang memberi senyuman pada keluarga , sahabat dan orang yang memerlukannya .
" Anaknda ... Mengapa orang yang anaknda cari itu bukan di dalam kalangan Puteri - Puteri mahkota di Negeri lain ? dan kenapa orang yang anaknda inginkan itu hanya berpangkat biasa ?!"
berkerut dahi baginda bila mendengar setiap ungkapan yang di tuturkan oleh anaknda puteranya .
" kerna itu lebih baik daripada Puteri Mahkota lain . nampak sahaja dia seorang yang naif dan biasa tetapi dia pintar dan bijak . Siapakah dia? suatu hari nanti kita akan mengerti akannya ! cepat atau lambat sahaja .. "
Melihat seketika ke belakang sedikit melihat bondanya itu.
Pemaisuri masih tergamam mendengar bicara anakndanya.
" Sekiranya begitu , baiklah . Bonda akan mencarinya . Sebarang khabar akan bonda sampaikan buat anaknda Putera ! "
Pemaisuri terus memasuki dakapan anakndanya itu dengan erat . Matanya melihat pemandangan di sekitar kawasan istana bersama Putera sulungnya ini .
SKIP 🍒
" Riani !!!! "
" Ya , ibu ..! "
" Bangun , Riani . sudah petang ni! Mahu tidur sampai ke malam nanti ka?! "
Ketukan demi ketukan . Pintu itu langsung tidak dibuka dari dalam . Sudah bangun atau masih tidur ? tidak dia tahu kerna pintu itu di kunci oleh si anak bongsu .
Geram dengan anak bongsu ini . suka sahaja bangun lewat hari . Semua kerja tidak ingin dilakukan . Kecik besar kecik besar sahaja dia perhati .
Haih .. lah anak ..
" Hai ibu ! Hihihi
Pintu dibuka . sapaan si anak membuatkan si ibu bikin marah . sempat lagi bagi pakej senyuman sengih itu padanya ." Hai apa, Riani ?!"
" sudah mahu masuk waktu petang baru nak bangun ? Anak dara apa kamu ni ?! sian kakak dan abang kamu . cubalah jadi ringan tulang sikit ..."
' mula dah bebelan di petang hari . siapa suruh cari pasal . kes sebab terbangun lewat kalau tidak bukan kerna mahu siapkan tempahan takkan terjadi semua ini . habislah.. ' bisik hati riani dengan muka ala - ala manis bila kena bebelan si ibu .
--- 2 JAM KEMUDIAN ---
" ibu .. Riani pergi mandi dulu yea . minta diri dahulu ." terlalu penat menunggu bebelan ibu habis . dia terus memotong bicara ibu yang agak panjang itu .
" ibu tak habis lagi ni ... !"
Tak sempat ingin mengatakan lebih panjang . Si anak bongsu terus pecut masuk ke dalam tandas bersama ketawa yang sederhana . kerna berjaya melarikan diri daripada ibu .
Selepas sahaja siap mandi dan semuanya . Dia terus keluar untuk menghantar tempahan pelanggannya . Dia bersiap ala kadar sahaja namun cukup cantik dan ayu sekali.
" Ibu , Riani keluar dulu yea . Ingin menghantar barang sekejap. Lepas itu mahu jumpa abang di kedai kedua. Ibu mahu apa - apa tak ? "
" keluarlah tetapi hati - hati , riani! Suruh abang dan kakak pulang ke rumah nanti. " balas ibu." Baik , ibu ! "
#Jangan lupa like and komen 🤗
YOU ARE READING
CINTA BUAT RIANI
Fantasysinopsis Pada zaman dahulu , ada seorang gadis yang cukup jelita . Dimana sahaja dia berada , mesti namanya disebut oleh orang atau lebih tepat penduduk . Hidupnya cukup sederhana , tidak mewah walaupun tanpa insan bernama ayah . Namun semuanya...