BAB 1💥

25 4 0
                                    


            " Anaknda , boleh bonda membuat perjanjian dengan kamu ?" pemaisuri cuba bertanya walaupun baginda tahu akan jawapan itu .

            " Apakah itu , bonda ?  Silakan tetapi boleh anaknda tahu isi perjanjian itu ? kerna anaknda tidak suka sesuatu seperti kejutan dan luar jangkaan anaknda bonda ." katanya dengan tersenyum

           " Bonda mahu carikan isteri buat anaknda . Bonda ingin kedudukan  kamu tetap . Fahamilah hasrat bonda .. "

             " Bonda ... "

           Putera terus mendakap Pemaisuri  disaat melihat baginda ingin menitiskan air mata . Putera tahu bondanya ingin menjaga takhta dan dihatinya .

            Namun entah kenapa hatinya belum terjumpa seseorang yang mampu menawan hatinya ini.

          " Anaknda setuju sahaja bonda . Buatlah apa yang bonda sukakan malah satu istana ini bonda ." balasnya sambil melihat tangan bonda .

          "Apakah perwatakan yang kamu inginkan anaknda ? "

         " sukar sekali ingin dikatakan oleh anaknda , bonda "

        " kenapa anaknda bicara seperti itu? "

         " Terlalu sukar ingin dikatakan menurut hati , bonda . Namun anaknda takut tiadayang serupa seperti anaknda inginkan . "

         Putera bangkit dari sebelah bonda . Baginda berjalan ke tingkap sambil melihat pemandangan . Menutup mata membayangkan seseorang namun disangkal agar bonda tidak menyedari akan ia.

         " katakannya anaknda nescaya bonda akan mencarinya dengan sepantas angin ." cukup manis sekali senyuman Pemaisuri . Ibaratkan ada bulan yang diterangi bintang di malam waktu.

          " Seorang gadis yang sungguh jelita dan cantik "

          Terbayang akan seorang gadis yang sedang tersenyum dan menari dibawah bulan yang ditemani alam yang sungguh indah sekali.

        " dirinya nampak seolah - olah dia sangat miskin namun ia hidup di dalam kehidupan yang cukup sederhana . Tak kaya dan tak miskin. "

         Terbayangkan seorang gadis yang memakai baju apa sahaja namun orang tetap melihatnya.

        " orangnya nampak sahaja bukan seorang tersenyum namun dengan orang tertentu yang dia rasakan ingin diberikan pasti senyuman itu ibarat seperti laut yang memancarkan cahaya di atas permukaan "

          Terbayang akan gadis yang memberi senyuman pada keluarga , sahabat dan orang yang memerlukannya .

          " Anaknda ...  Mengapa orang yang anaknda cari itu bukan di dalam kalangan Puteri - Puteri mahkota di Negeri lain ?  dan kenapa orang yang anaknda inginkan itu hanya berpangkat biasa ?!"

           berkerut dahi baginda bila mendengar setiap ungkapan yang di tuturkan oleh anaknda puteranya .

           " kerna itu lebih baik daripada Puteri Mahkota lain . nampak sahaja dia seorang yang naif dan biasa tetapi dia pintar dan bijak . Siapakah dia?  suatu hari nanti kita akan mengerti akannya ! cepat atau lambat sahaja .. "

            Melihat seketika ke belakang sedikit melihat bondanya itu.

            Pemaisuri masih tergamam mendengar bicara anakndanya.

          "  Sekiranya begitu , baiklah . Bonda akan mencarinya . Sebarang khabar akan bonda sampaikan buat anaknda Putera ! "

            Pemaisuri terus memasuki dakapan anakndanya itu dengan erat . Matanya melihat pemandangan di sekitar kawasan istana bersama Putera sulungnya ini .

SKIP 🍒

             " Riani !!!! "

             " Ya , ibu ..! "

             " Bangun , Riani . sudah petang ni!  Mahu tidur sampai ke malam nanti ka?! "

              Ketukan demi ketukan . Pintu itu langsung tidak dibuka dari dalam .  Sudah bangun atau masih tidur ? tidak dia tahu kerna pintu itu di kunci oleh si anak bongsu .

            Geram dengan anak bongsu ini . suka sahaja bangun lewat hari . Semua kerja tidak ingin dilakukan .  Kecik besar kecik besar sahaja dia perhati .

              Haih .. lah anak ..

            " Hai ibu !  Hihihi

   
             Pintu dibuka . sapaan si anak membuatkan si ibu bikin marah . sempat lagi bagi pakej senyuman sengih itu padanya .

               " Hai apa,  Riani ?!"

            " sudah mahu masuk waktu petang baru nak bangun ? Anak dara apa kamu ni ?! sian kakak dan abang kamu . cubalah jadi ringan tulang sikit ..."

               ' mula dah bebelan di petang hari . siapa suruh cari pasal . kes sebab terbangun lewat kalau tidak bukan kerna mahu siapkan tempahan takkan terjadi semua ini  . habislah.. ' bisik hati riani dengan muka ala - ala manis bila kena bebelan si ibu .
      

         --- 2 JAM KEMUDIAN ---

              " ibu .. Riani pergi mandi dulu yea . minta diri dahulu ." terlalu penat menunggu bebelan ibu habis . dia terus memotong bicara ibu yang agak panjang itu .

              " ibu tak habis lagi ni ... !"

             Tak sempat ingin mengatakan lebih panjang  . Si anak bongsu terus pecut masuk ke dalam tandas bersama ketawa yang sederhana . kerna berjaya melarikan diri daripada ibu .

             Selepas sahaja siap mandi dan semuanya . Dia terus keluar untuk menghantar tempahan pelanggannya . Dia bersiap ala kadar sahaja namun cukup cantik dan ayu sekali.

                " Ibu , Riani keluar dulu yea . Ingin menghantar barang sekejap. Lepas itu mahu jumpa abang di kedai kedua. Ibu mahu apa - apa tak ? "

        
              " keluarlah tetapi hati - hati , riani! Suruh abang dan kakak pulang ke rumah  nanti. " balas ibu.

               " Baik , ibu ! "






#Jangan lupa like and komen 🤗

CINTA BUAT RIANIWhere stories live. Discover now