PEOPLE COME AND GO

4 1 0
                                    

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN
.
.
(PEOTRY About u and me)
.
.

Mengenalimu merupakan satu hal yang sangat indah bagi dirinya. Tanpa dia sedar dan dia sangka, dia akan berhadapan dengan kisah -kisah manusia yang selalu dia dengari dan ternging-nging di telinganya.

Hal tersebut adalah berkaitan dengan kata-kata yang sering digunakan setelah selesainya dan tamatnya mereka yang bergelar pelajar tingkatan lima iaitu 'setiap pertemuan pasti ada perpisahan'.
.
.
.
Slogan ini sudah tidak asing lagi bagi mereka yang telah pernah merasainya. Kini, seperti yang telah dia katakan tadi dia tidak menyangka yang dia juga akan berhadapan dengan situasi sebegini. Ternyata ianya memang wujud dan dia baru percaya yang ianya akan wajib dirasai oleh semua umat yang bergelar manusia.
.
.
Namun hanya masa sahaja yang menentukan sama ada ianya cepat atau lambat. Situasi sebegini amat sukar untuk kita hadapi dan ubatinya. Lebih-lebih lagi bila ianya terjadi disaat kita masih berharap. Bagi yang meninggalkan memanglah mudah untuk mereka, namun bagi yang telah ditinggalkan amatlah susah dan sudah tentunnya akan mampu memberikan titik hitam kepada sejarah hidup mereka.

Titik hitam tersebut akan menjadi lebih pekat lagi apabila orang yang telah ditinggalkan itu masih ada perasaan kasih sayang dan juga harapan yang lebih. Kesetiaan yang dia jaga, kepercayaan yang dia berikan dan harapan yang dia inginkan telah dimusnahkan begitu sahaja. Semua janji-janji yang kononnya akan ditunaikan telah dilenyapkan begitu sahaja.
.
.
Semua senyum, tawa dan tangis hanya menjadi satu kenangan yang manis buat dirinya. Ya mengenalimu memang satu hal yang indah buat dirinya.Ianya memang sangat sukar untuk diterima dan akan memakan masa untuk diubati bila telah terjadinya beginj. Dan sampai bila-bila pun ianya akan tetap dalam ingatan dan tidak akan pernah terpadam. Terima kasih untuk segala-galanya.
.
.
Doanya sentiasa ada mengiringi liku-liku kehidupanmu....

You're my inspiration!
(Bestie)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 10, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PEOPLE COME AND GOWhere stories live. Discover now