Bab 1

75 0 0
                                    


Sarafina

Sarafina merenung kotoran tanah hitam disebalik kuku jari kedua tangannya. Dia menyesal tidak memeriksa jarinya dan memotong kukunya terlebih dahulu sebelum menerima pelawaan Makcik Sally untuk menumpangkan dirinya pulang. Sekarang sudah terlambat kerana disebalik keramahan dan baik hati budi Makcik Sally itu, dia kekurangan kesedaran untuk menghormati kepentingan masa orang lain dan ruang peribadi mereka. Manakala Sarafina pula kekurangan sifat ketegasan untuk menolak pujuk rayu orang tua ramah seperti Makcik Sally yang berjaya memujuknya untuk singgah sebentar ke rumahnya melihatkan masalah tanaman kacang panjangnya yang terkulai kekuningan tidak bermaya.

"Kereta kamu rosak ke?"

"Tak rosak makcik, tak jauh sangat jadi macam tak berbaloi pula rasanya kalau saya bawak kereta. Kalau ada motor atau basikal tu mungkin juga"

Percaya atau tidak mukadimah perbualan ini sudah diulang untuk kali keempat dalam situasi yang sama termasuk yang terkini ini dan Sarafina terpaksa dengan sabar, mengulangi jawapan yang sama setiap kali bagi menjaga silaturahim dan hubungan tetangga. Serta mungkin sebuah keperluan dan usaha untuk menanam kefahaman dalam memori makcik Sally tentang pilihan hidupnya yang agak normal dan tidak begitu pelik untuk berjalan kaki sejauh 1.5km ke kedai runcit itu.

"Iyelah, bagus juga boleh eksesais sikit ye dak, hihihihi..."

"Emm.. iye makcik" Sarafina cuba membuat bunyi terhibur tetapi kurang meyakinkan.

Isi perbualan seterusnya selalunya ialah tentang barang keperluan apa yang Sarafina beli di kedai runcit tadi, untuk dibuat atau masak apa dan jika kreatif sedikit topik berkisar produk yang dinyatakan seperti harga terkini dipasaran, berita tular (bergantung kepada perkembangan semasa jika wujud) seperti ianya mengandungi bahan beracun, terlarang atau babi haram, ataupun mengapa ianya menjadi pilihan makcik Sally atau Sarafina. Mujurlah perjalanan ke rumah makcik Sally agak singkat dan 5 minit tidak akan cukup untuk merangkumi dan mengupas segalanya tentang mihun ataupun top up celcom.

Tiba di rumah makcik Sally, urusannya tidak pula straight to business. Tiada gesaan untuk melekaskan urusan tanaman kacang panjangnya yang hidup segan hampir nak mati itu. Namun walaupun Sarafina sedar gesaan itu adalah haknya yang hakiki tetapi seolah hak itu telah ditarik balik kerana sebagai balasan budi kepada makcik Sally yang telah menumpangkannya. Memandangkan rumah makcik Sally ini juga hanyalah sebuah persinggahan yang sementara (yang seperti selamanya) sebelum perjalanan menaiki Mitsubishi Triton Makcik Sally ke rumah Sarafina disambung. Maka tidak kira bertapa relevan alasan Sarafina seperti kipas dirumahnya tidak dipadam ketika keluar rumah, baju belum disidai di jemuran atau baju dijemuran belum diangkat walaupun langit kian mendung, ataupun kucing dan ternakannya belum diberi makan, ataupun biji benih labunya masih belum dikambus tanah ketika dia keluar rumah tergesa gesa tadi mahu memesan tong gas dan membeli top up kerana dia tidak dapat membuat pesanan melalui telefon bimbit yang kehabisan kredit. Tidak lupa juga kebarangkalian ada aktiviti susulan lain yang mungkin akan dicadangkan Makcik Sally seperti menolongnya mengelim karipap sebentar,nanti boleh digoreng dan dibawa pulang. Sarafina membayangkan kecemasan situasi itu sambil memikirkan tanah baja kompos organik yang terselit disebalik kuku jari mulusnya.

"Makcik letak baja apa ni, habis layu kacang ni semua. Saya tak nampak pun macam ada kesan perosak ni"

"Makcik pakai baja subsidi la"

"Baja subsidi? Saya tak tahu pun kerajaan bagi baja subsidi untuk kacang panjang"

"Makcik pakai baja tu" kata Makcik Sally sambil menunjuk ke arah timbunan guni plastik putih dicetak logo Risda dan perkataan 'pokok getah' diatasnya.


Kamarul

Kamarul merenung jari jemari isterinya, mungkin buat kali terakhir. Cincin pemberiannya sudah tiada menghiasi jari manis tangan kiri isterinya. Segala percakapan dari mulut isterinya itu hanya kedengaran seperti suara langau yang menghurungi bangkai lembu dilanggar lori dibiarkan ditepi jalan. Mendongak melihat wajah isterinya pun dia tidak mahu dan mampu. Setelah sekian lama bunyi bising sayap langau itupun senyap. Mungkin kepenatan kerana tidak difahami dan tidak diendahkan. Sepucuk surat disisipkan dibawah gelas minumannya oleh isterinya perlahan lahan. Isterinya bangun dari kerusi dan meninggalkan Kamarul masih tunduk termenung dengan pandangan matanya mengekori tangan dan jari isterinya berjalan keluar meninggalkan restoren. Dari luar jendela restoren barulah Kamarul berani mengangkat pandangannya dan melihat susuk isterinya dari belakang, memeluk seorang lelaki tegap berjaket denim, sebelum isterinya membonceng belakang motorsikal berkuasa tinggi milik lelaki itu dan mereka bersama sama meluncur entah ke mana.

Sudah seminggu hari itu berlalu. Kini isterinya bukan lagi isterinya. Kamarul cuba bersikap kental dan kelakian dengan tidak terperuk didalam rumah memeluk bantal yang dibasahi air mata, sebaliknya hanya terperuk didalam bengkel besinya cuba menghasilkan sebuah karya yang paling agung sebagai manifestasi perasaannya mengharungi keruntuhan rumah tangga.

Kamarul akhirnya selesai menyudahkan kemasan terakhir karya terkininya sebuah lampu chandelier, dikimpal dari besi besi terbuang dan terpilih. Sebuah seni yang berfungsi. Dia mengambil beberapa langkah mengundur untuk melihat hasil kerjanya dengan lebih jelas dan membayangkan dirinya seorang bakal pembeli yang tidak kisah membelanjakan ribuan ringgit untuk memiliki lampu hiasan unik dan satu satunya di dunia itu. Kamarul tersenyum dan berpuas hati.

Tidak lama kemudian telefon pintar miliknya berdering menandakan satu teks whatsapp diterima dari bekas isterinya.

"Tayar motor boyfriend I hilang dua hari lepas. You wouldn't have anything to do with it would you?"   

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 27, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lelaki Jurukimpal dan Gadis PertanianWhere stories live. Discover now