Cinta Musim Luruh 1🍂

275 27 38
                                    

Pada pagi sabtu di musim luruh itu, Qasha mengikut kawan-kawannya mendaki bukit di Gunung Korbu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pada pagi sabtu di musim luruh itu, Qasha mengikut kawan-kawannya mendaki bukit di Gunung Korbu. Dia sangat teruja dengan aktiviti seperti itu. Mereka mula mendaki sambil berbual dan menikmati suasana sekeliling hutan itu. Beberapa lama mereka mendaki, ketua bagi kumpulan itu menoleh ke belakang dan bersuara.

"Kalau ada yang letih beritahu, kita akan berhenti rehat di tempat yang selamat," ujar Johan selaku ketua yang menjaga mereka sepanjang hiking di dalam hutan tersebut.

Melihat semua masih bersemangat dan teruja, Johan mengambil keputusan meneruskan perjalanan. Sehinggalah masing-masing ada bersuara sudah keletihan. Perjalanan dihentikan buat seketika. Qasha dan kawan baiknya turut melabuhkan duduk di suatu tempat yang berdekatan batu-batu besar.

Qasha mengambil botol minuman yang dibawanya. Sekali teguk tekak yang kehausan itu terasa nyaman apabila air yang mengalir menerusi kerongkong begitu menyejukkan. Tegukkan yang sekali itu menjadi berkali-kali, apabila terasa lega baru dia menutup kembali botol airnya yang sudah tinggal separuh. Dahi yang berpeluh dilap dengan kain tuala kecil yang dibawanya.

"Qasha nak air lagi? Abang ada bawa untuk Qasha," tegur Amir.

Amir datang mendekati Qasha sambil menghulurkan botol air. Qasha mengerling sekejap kemudian dia memusingkan kepalanya ke arah kawan-kawan perempuannya.

"Air Qasha cukup lagi. Hidayah tu dah habis. Abang bagilah dekat dia," jawab Qasha tanpa melihat Amir.

Amir mengawal riak mukanya. Dia terasa dengan kata-kata Qasha.

"Abang buat apa dekat sini?" soal Atikah dengan muka bengang melihat tunangnya rapat dengan perempuan lain.

Qasha menoleh sedikit dan membuang pandangan pada sekeliling hutan. Tiba-tiba dia merasa sedang diperhatikan. Dia melihat susuk tubuh dibalik pokok-pokok hijau itu yang masih memandangnya tanpa senyuman.

"Qasha! Qasha!" Aina mengemam bibir geram apabila gadis itu masih tidak mendengar panggilannya.

"Qasha!" panggil Aina sambil menepuk perlahan lengan gadis itu.

Qasha tersentak.

Matanya terkebil-kebil melihat Aina. Dia melihat sekeliling kawan-kawan yang lain sudah mula gerak meneruskan perjalanan.

"Kau tengok apa sampai aku panggil kau tak dengar?" bebel Aina. Dia turut memandang arah Qasha melihat tadi.

Qasha garu kepala.

"Tak ada apalah. Jom nanti kita kena tinggal jauh pula," tutur Qasha sambil mengambil barang-barangnya.

Aina menggeleng kepala.

Qasha menoleh semula ke arah susuk lelaki itu kosong. Dahi dia berkerut.

"Sekejapnya hilang," gumam Qasha perlahan.

Aina mengerling Qasha.

"Apa yang hilang?" soal Aina dengan kening bercantum.

Qasha hampir tersedak air liur.

'Alamak! Dengar pula minah ni. Telinga lintah agaknya,' bisik hati Qasha.

"Cinta. Seseorang itu mudah melafaz kata cinta, bila dah dapat tidak dihargai. Malah, dicarinya yang lain. Tidak cukupkah apa yang mereka miliki? Bila pasangan itu sudah tiada baru dia ingin menyesal."

Jeda.

"Hari ini cakap sayang, rindu. Tahu-tahu esok dah ada perempuan lain."

Qasha menggeleng kepala. Aina tertawa kecil mendengar bebelan dari bibir mungil itu.

"Qasha... Qasha ada sahaja kau ni. Jangan terlalu benci lelaki. Nanti bila dah jatuh cinta, baru kau tahu susah nak melepaskan orang yang kau sayang tu," pesan Aina dengan senyuman.

Qasha terpinga.

"Sejak bila aku ada kesayangan?" soal Qasha dengan dahi berkerut.

"Teka sahaja. Mana tahukan? Tengok kau sejak kebelakangan ni happy semacam aje," sakat Aina.

"Itu perumpamaan. Contoh macam tadi tu. Dah tunang, masih terhegeh-hegeh dekat perempuan lain," ujar Qasha dengan nada sebal.

Aina ketawa kecil. "Oh... untunglah ramai orang minat," sakat Aina. Qasha menggeleng kepala.

"Ada makan penampar aku kang," ugut Qasha dengan muka masam.

Aina memujuk sahabatnya, akhirnya ketawa mereka bersatu. Figura itu muncul kembali dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

****

Seperti biasa dia akan ke hutan untuk mencari ayam hutan atau ikan di sungai. Dia juga mencari herba-herba untuk perubatan. Sedang dia mencari herba dia ternampak sekumpulan manusia yang sedang bergelak ketawa. Anak mata berwarna biru cair itu tertunak pada wajah seorang gadis yang membuatkan hatinya berbunga-bunga. Bibir dia spontan mengukir senyuman. Tetapi, tidak lama apabila gadis itu melihat ke arahnya. Dia terkaku!

'Alamak! Malu aku tertangkap curi-curi pandang anak dara orang,' desis hati Luth.

Luth tersedar.

"Dia nampak aku?"

Lelaki itu merenung dalam anak mata gadis itu. Sehinggalah si dia dipanggil oleh kawannya.

'Kacau daunlah!' bentak Luth perlahan dan menghilang.

Luth tersenyum sambil memegang barang yang diminta oleh ibunya.

"Dia datang lagi hari ini. Dah lama tak tengok dia," gumam Luth riang hati.

Sudah berbulan lamanya dia memerhati gadis itu yang suka datang ke hutan ini. Tetapi sejak beberapa hari yang lalu tiba-tiba gadis itu tidak kelihatan ke mari. Sehinggalah, hari ini dia dapat melihat wajah itu kembali.

***

725 patah perkataan

CikMimpiOfficial

CikMimpiOfficial

Hai gaiss... Sorry rasa komen macam larikan. Sebenarnya kita buat last minit dan niat nak banyakkan bab. So dah tanya admin kata boleh. Itu kita pecah-pecahkan nampak banyak bab. Hehe.

CINTA MUSIM LURUH [ COMPLETED STORY ] Where stories live. Discover now