Cinta Musim Luruh 2 🍂

156 25 30
                                    

Melihat semua masih berehat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melihat semua masih berehat. Qasha bangun dan ingin melihat sekeliling kawasan hutan itu dan mengambil pemandangan yang sungguh mendamaikan jiwa itu.

"Aina!" panggil Qasha perlahan.

Aina mengangkat wajah melihat kawan baiknya itu.

"Apa?"

"Aku nak jalan ke sana kejap. Ambil gambar. Kau nak ikut?" soal Qasha dia memandang Aina yang tercungap-cungap mencari nafas.

Aina pantas melambaikan tangannya tanda dia menolak. "Nyawa aku rasa nak tercabut dah ni. Kau pergilah ajak budak yang lain," ujar Aina dan sempat memberi cadangan.

"Tak apa aku pergi seorang je," ujar Qasha dan terus berlalu.

***

Qasha menghirup udara. Tenang dan damai dia rasakan tatkala itu. Senyuman dia lebar apabila melihat pemandangan yang mengasyikkan di depan mata.

"Subhanallah, sungguh cantik ciptaan Allah," gumamnya perlahan.

"Hati-hati."

Melingas anak mata Qasha memandang kiri dan kanan. Dia menoleh ke belakang. Kosong tiada siapa. Bulu romanya mula meremang. Suara itu kedengaran jelas menjengah pendengarannya.

Saat Qasha berpusing dan melangkah. Dia rasakan sudah berasa lain. "Ini bukan jalan tadi ni," gumam Qasha kerisauan.

Terasa deruan angin menampar wajahnya. Dingin. Qasha mencari jalan yang dia lalu tadi tetapi tidak jumpa! Dia turut menjerit memanggil nama kawannya tetapi perbuatan dia hanya sia-sia.

"Aku tak boleh putus asa. Apa pun jadi aku kena cari mereka, aku nak pulang ke rumah aku!"

Dia menenangkan diri. Sudah jauh dia berjalan, tenaganya juga sudah berkurangan dia sudah tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan. Pada masa itu, dia melihat seorang lelaki sedang memegang seekor ayam yang tidak jauh darinya. Dia tersenyum.

"Encik tolong saya. Saya sesat dekat dalam hutan boleh tunjukkan jalan keluar?" pinta Qasha dengan nada lemah.

Qasha berkata dengan termengah-mengah tanpa berfikir dengan siapa dia bercakap. Serta bahaya yang akan menimpa.

Luth yang agak terkejut disapa seseorang terus menoleh sedikit memandang gadis tersebut. Wajah Luth serta merta kemerah-merahan dan hati dia berbunga riang.

Sepi.

"Tak kira pada siapa saya bercakap. Saya tidak ada niat apa-apa saya cuma mahu pulang," ujar Qasha lagi sekali. Dia cuba menahan sabar.

Setelah agak lama Luth beranikan diri bersuara.

"Kamu sudah masuk ke tempat kami. Agak sukar untuk kamu kembali ke dunia kamu. Mari saya bawa kamu ke rumah saya," jawab lelaki itu sekian lama berdiam diri.

CINTA MUSIM LURUH [ COMPLETED STORY ] Where stories live. Discover now