NOVEL : PELAKON CINTA & MR.G

4.4K 86 20
                                    

BAB 1

Nama aku Tengku Marylin Myacella.Amboi..nama dah dekat-dekat macam Marilyn Monroe pulak.Hmph..ni mesti  ramai orang ingat mama aku minat mendiang Marilyn Monroe,sebab tu nama anak dia ni dah jadi macam nama anak orang putih.

Tapi..jangan salah faham pulak,sebenarnya nama aku langsung tak de kait mengait dengan nama artis seksi tu.Nama Marylin di ambil sempena nama arwah nenek aku,seorang wanita kacukan Jepun+Perancis yang menganut agama islam dengan nama Maryn Jasslina.Nama penuh aku di bentuk dari gabungan nama mama,papa juga arwah nenek.

Mama aku ialah seorang perempuan yang paling hebat dalam hidup aku.Nama mama aku ialah Zyya Adrianna Bella Tan Sri Iskandar.Pasti ramai yang kenal dengan mama aku sebab dia mempunyai dua karier yang sangat hebat.Mama aku merupakan pengarah utama  empayar paling berprestij di Asia iaitu Mapple Corporation.

Selain itu,mama juga merupakan ‘Peneraju Orkestra Termuda Antarabangsa’ ketika dia berumur 28 tahun dahulu.Walaupun umur mama sekarang sudah masuk 40-an,dia masih bergiat aktif dalam bidang orkestra juga perniagaan.

Lelaki yang paling aku hormat dan puja dalam dunia ini bernama Tengku Syamrein Ashraf Tengku Hariz.Siapa lagi gerangan lelaki itu kalau bukan papa aku.Papa merupakan anak kedua dari pasangan nenek dan datuk aku yang mempunyai darah kacukan british juga korea di kedua belah pihak.

Papa juga seorang ahli perniagaan terkenal di Asia.Papa menerajui Empayar Harizen Corporation yang diwarisi oleh datuk kepadanya.Bila mama dan papa berkahwin,dapatlah aku juga abang yang berdarah kacukan pelbagai ini.

Umur aku 23 tahun,aku ni agak terkenal sebenarnya..Ke mana saja aku pergi pasti orang sekelilingku akan cakap dengan berbisik bisik mengenaiku.Ha,ha,ha,perasan sudah.

Tapi..memang betul pun,aku bukan perasan.Mungkin sebab aku anak papa dan mama yang terkenal atau sebab rupa aku yang iras-iras Taylor Swift gitu.Tapi..Taylor Swift yang berambut hitam dan lurus lah ya,bukan Taylor Swift berambut blonde dan kerinting.

Sewaktu aku berumur 7 tahun,aku dan keluarga menetap di Amerika Syarikat kerana papa dan mama sibuk menguruskan empayar perniagaan mereka di sana.Masuk umur aku 19 tahun barulah kami kembali ke Malaysia.

Sekarang ini,aku baru je tiga tahun lebih berada di Malaysia dan sedang menuntut untuk mendapatkan segulung ijazah dalam bidang Bio Perubatan di Management and Science University,MSU yang terletak di Shah Alam Selangor.

Sepanjang berada di Malaysia juga menuntut ilmu di universiti,aku ditemani oleh Tengku Elma Dania.Elma ialah sepupu aku,anak bongsu kepada adik ayah aku,Tengku Atikah.Elma sebaya dengan aku juga mempunyai kepala yang sama dengan aku.Sebab itulah dalam masa 3 tahun bersama,aku dan dia dah macam adik beradik kandung.

Em..baiklah,berhenti bercakap pasal latar belakang aku.Sekarang aku nak bercakap mengenai hobi aku dengan Elma.Hobi kami berdua ialah buat aktiviti gila yang mampu mengembirakan hati orang lain tanpa mengira masa dan tempat atau apa jua jenis aktiviti itu..

Come on Mary,I cabar you,kalau you boleh buat apa yang I suruh,I upah you dengan Elma RM 1000 seorang.”

Elma dah tersengih-sengih memandang aku.Ah..minah sorang ni,pantang dicabar,nak je dia  buat.

Aku menghabiskan baki air pepsi yang baru dibeli di Pizza Hut Sunway Piramid, sebelum bangun memandang wajah Ikhram,pemuda yang mencabar aku dan Elma sebentar tadi.

Ikhram merupakan kawan baik aku dengan Elma yang entah macam mana boleh terkenal masa aku mendarat di Malaysia dulu.Muka Ikhram memang kacak,tapi perangai macam haram...tahu kenakan prank kat orang je.Ikhram menuntut di universiti yang sama dengan aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 06, 2012 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NOVEL : PELAKON CINTA & MR.GWhere stories live. Discover now