"Maafkan saya encik. Tetapi, anak encik menghidap penyakit kegagalan jantung dan memerlukan rawatan segera,"kata Doktor Kim Junmyeon, doktor yang merawat Dahee.
"A-apa rawatan yang khusus untuk anak saya?"tanya Baekhyun.
Doktor Junmyeon mengeluh lalu meletakkan dagu di atas tangan yang disulamkan pada meja. Lelaki itu berfikir sejenak lalu meneruskan kata-katanya.
"Tidak ada cara yang lain melainkan pemindahan jantung daripada penderma kepada anak encik,"kata Doktor Junmyeon.
Baekhyun diam.
"Tetapi, encik jangan risau. Kami akan pastikan bahawa anak encik sentiasa selamat semasa prosedur itu nanti,"kata Doktor Junmyeon.
YOU ARE READING
(C) Sacrifice | BBH
FanfictionKisah seorang bapa tunggal yang membesarkan anak seorang diri tanpa mengetahui anaknya itu menghidap penyakit kronik. +Just a simple sketch by me. Copycat is prohibited. All the similarities on this story are just coincidences only. GENRE: FAMILY...