Keadaan di Melaka Raya pada ketika ini sangat sibuk. Aku memandang kosong ke arah bangunan biru di hadapanku. Terasa beratnya keluhan yang ku lepaskan. Gagal lagi, masuk kali ini sudah 5 temuduga kerja yang aku pergi dan inilah satu satunya yang Ayah beri keizinan untuk menghadirinya, namun aku gagal. Empat temuduga yang sebelum ini berjaya dan peluang pekerjaan telah pun terbuka luas namun kerana jauh dari tempat tinggal serta ayah tidak mempersetujuinya menyebabkan aku terpaksa menolaknya. Hanya temuduga kali ini ayah benar-benar setuju tetapi gagal pula untuk aku mendapatkan kerja ini. Kaki ini sekali lagi terasa berat untuk melangkah pergi. Aku merenung kembali sekolah swasta yang berada dihadapanku ini sebelum aku belalu pergi.
Aku gadis berumur dua puluh lapan tahun, baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat sarjana namun masih belum mendapat pekerjaan lagi. Poketku kosong tiada bergaji dan hidupku dalam masa empat bulan ini begitu membosankan. Hari—hari aku hanya melalui perkara yang sama; pagi, sediakan sarapan, kemas rumah kemudian di waktu tengahari aku perlu memasak, diselang selikan dengan membasuh dan di waktu petang waktu aku lapang melakukan aktiviti sendiri dan itulah yang kulalui berulang ulang kali. Aku benar-benar ingin mengorak langkah, aku ingin benar bekerjaya dan mempunyai duit sendiri, yang paling penting berdiri di atas kaki sendiri. Rakan-rakan sebaya sudah lama bekerjaya dan ada yang dah pun bekeluarga. Yang paling aku bosan ialah pabila memandang sesuatu tetapi tak mampu untuk memilikinya dan sudah tentu aku tak mahu meminta dari ibubapaku apatah lagi orang lain. Umur aku sduah hampir mencecah 3 siri dan aku terasa betapa menyedihkan kehidupan aku ketika ini. Tekanan mula terasa. Pada saat ini aku benar-benar bersyukur kerana ayah tidak menemaniku memandangkan aku ingin bermalam dirumah Diyana pada malam ini. Aku melepas keluhan panjang. Sudahlah, daripada berfikiran sedih begini ada baiknya aku pergi berjalan-jalan di pusat membeli belah Dataran pahlawan,dapat juga menghibur hati.
" Mak, nak beli CD ni mak, bolehlah.." rayu seorang gadis remaja bersebelahan denganku pada wanita disebelahnya. " Mahallah, lagipun mak tak suka artis-arits Korea ni." Aku sempat memandang sekilas ke arah CD di tangan remaja itu. Oh CD kumpulan Big Bang. Wanita tadi tidak mengendahkan permintaan anaknya lalu menarik tangan anaknya keluar dari kedai . Aku kemudiannya beralih ke CD yang dipegang remaja itu. Hmm memang mahal pun sampai dua ratus lebih harganya. Aku pun tak tahu kenapa mahal sangat CD itu. Dalam tu ada tandantangan ahli kumpulan Big Bang-kah? Sungguhpun ianya di import, bagiku CD itu terlalu mahal harganya. Pada ketika itu, tv LED yang berada di dalam kedai itu menayangan video musik 'Baby goodnight' oleh G.Dragon dan Top, artis dari kumpulan Bigbang. Entah mengapa aku terpana menonton video musik itu. Wajah G.Dragon dan Top di dalam video itu sangat menarik, lebih-lebih lagi Top. Kulit mukanya sangat licin dan terpesona aku melihatnya. Mcam mana seorang lelaki boleh begitu seksi sekali sedangkan perempuan pun belum tentu seksi sebegitu. Bagiku ianya nampak seperti wajah mereka di 'photoshop' untuk nampak cantik begitu dan bukannya asli. Hmm Mardiah, sudah tentu itu 'make-up!' terang benakku sendiri
Selesai sahaja tayangan video itu aku melangkah keluar dari kedai itu dan berjalan-jalan menyusuri setiap kedai di situ. Fikiran ku ketika itu turut menerawang memikirkan seribu satu benda termasuklah kumpulan kumpulan Kpop yang aku suka. Aku juga seperti gadis tadi, suka akan kumpulan k-pop dari Korea Selatan terutama Exo, GOT7,BTS dan lain-lain lagi. Big bang juga tidak terkecuali malahan Big Bang-lah kumpulan Kpop pertama yang aku minati. Nak di ikutkan aku hanya mengenali artis-artis ini bermula dari rancangan 'variety' yang menjemput mereka mucul dan bukanlah dari lagu-lagu mereka. Difikir-fikirkan sukanya aku dengan kumpulan Big Bang ini tidaklah sehingga menjadi peminat fanatik sehingga sanggup untuk membeli CD yang beharga dua ratus ringgit. Itu belum lagi barang barang yang berkaloborasi dengan kumpulan kpop ini. Bagiku cukuplah sekadar aku menonton di youtube dan di media sosial. Lagipun dari youtube sendiri macam-macam boleh dilihat, dari video musik hinggalah ke hidupan artis-artis ini sehari-hari. Itu lebih menguntungkan dan tak perlu mengeluarkan belanja yang banyak semata-mata untuk satu kumpulan k-pop ini.
YOU ARE READING
Pertemuan ini
FanfictionDi hari dia gagal mendapatkan kerja, hari itu jugalah Mardiah telah mengalami peristiwa yang tak disangka-sangka. Siapa mampu menduga hari yang biasa bakal menjadi kenangan yang luar biasa. Tiada siapa menyangka mahupun Mardiah sendiri bahawa tuahny...