Nama aku Aliya Alisya Binti Mohammad. Aku merupakan anak bongsu dari 5 beradik. Hari ini merupakan minggu ke 7 aku sebagai seorang guru. Masih lagi terlalu awal untuk menceritakan pengalaman aku. Tapi terlalu banyak yang aku belajar sebagai guru. "Aliya, jom pergi kantin" ajak Bongsiu. Bongsiu seorang guru yang berketurunan Kadazan yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris. "Kejap aku nak buat kerja ni sikit. Kau pergi dulu lah" kata Aliya. Bongsiu hanya mengangguk sebelum mengambil beg tangannya lalu melangkah pergi.
Nama aku Hakim Izzat Bin Raffi. Aku merupakan anggota bomba yang berpusat di Alor Setar, Kedah. Kehidupan bomba sememangnya mencabar kerana terpaksa bertugas tidak kira waktu. "Perhatian. Perhatian. Perhatian. Khidmat Khas ular di Taman Pandan. Semua anggota diminta bersedia." pengumuman itu menyebabkan kami berlari ke arah trak bomba. "Khidmat ular guys" kata aku. "Kau memang suka sangat dengan ular" balas Hanif. "Kalau boleh dia nak je jaga" sambung Nafiq pula. "Eh aku pulak. Aku bukan apa, kita sekarang hidup dalam dunia pembangunan yang semakin pesat. Sebab tu la, dia datang. Tempat ni, bangunan ni tempat asal dia tau." bebel Izzat sebelum mereka mengeleng kepala.
"Cikgu Aliya betul tak yang saya buat ni??" tanya Amran tingkatan 5. "Betul dah ni. Pandai Am" puji ckgu Aliya. Loceng pun berbunyi menandakan tamatnya waktu sekolah. "Okay yang mana tak siap tu tolong siapkan dirumah. Esok cikgu nak tengok. Siapa tak siap macam biasa. Diluar. Faham semua." kata Aliya. "Faham cikgu" jawab pelajar 5 Nilam. Langkah kaki Aliya laju menghala ke bilik rehat pekebun. "Assalamualaikum." kata Aliya lalu membuka pintu bilik tersebut. "Pakcik Hamid jom la makan dulu. Aliya dah beli ni" ajak Aliya. "waalaikumusalam, susah-susah je Ya.." jawab Pakcik Hamid. "Tak susah pun. Aliya bungkus je bukanny Aliya yang buat. Makcik Nab mana? Aliya beli dekat dia jugak" balas Aliya lalu tersenyum manis. "Makcik Nab pergi tandas katanya tadi. Nanti datang lah tu. Meh duduk" ajak Pakcik Hamid. Aliya sangat rapat dengan Pakcik Hamid dan Makcik Nab kerana mereka pernah menolongnya di taman. Ketika itu dia masih lagi seorang pelajar sekolah. Dia hampir diculik di taman tersebut pada musim cuti sekolah. Dia kemudian dibantu oleh Pakcik Hamid dan Makcik Nab. Tuhan sahaja yang tahu betapa bersyukurnya dia pada ketika itu. "Aliya, tak balik lagi?" soal Makcik Nab. "Makcik jom la makan." ajak Aliya. "Susah-susah je Aliya" balas Makcik Nab lalu mengambil tempat disebelah Aliya. "Tak susah pun. Kalau Makcik Nab dengan Pakcik Hamid tak tolong Aliya dulu mesti Aliya dah tak ada kat sini" balas Aliya. Makcik Nab hanya tersenyum.
"Weh aku balik dulu ye" kata Nafiq. Izzat hanya mengangguk. "Orang ada bini biasa la" kata Hanif sebelum mecebik. "Tah kau tu yang single sebenarnya." balas Izzat sebelum ketawa. "Eleh cakap orang. Kau tu? Ada ke?" sakat Hanif balik. "Aku dah biasa hidup solo. Yang kau tu, bukan baru lepas break?" soal Izzat. "Bunga bukan sekuntum guys." balas Hanif. "Bukan kau sayang sangat dekat dia. Kenapa boleh break?" soal Nafiq. "Dia kata aku tak ada masa untuk dia. Jadi dia pun curang" balas Hanif lalu ketawa. Izzat dan Nafiq saling berpandang sebelum menggosok bahu Hanif. "Rilek la. Macam kau cakap, bunga bukan sekuntum" pujuk Nafiq. "Sebab ni la aku tak nak bercinta hm. Sakit bila diduakan dalam senyap." monolog Izzat sendiri. "Perhatian. Perhatian. Perhatian. Pembakaran belukar di Tanah besar. Diminta semua anggota bersedia" pengumuman itu mengejutkan mereka lalu mereka berlari pantas ke arah trak bomba.
"Assalamualaikum." kata Aliya. "Waalaikumusalam. Nasib kau balik awal, aku nnak keluar dating nie dengan Alif." kata Bella. Aliya mencebik lalu mmenghempaskan badannya di atas kerusi. "Bestnya ada pakwe" katanya. "Tu la orang suruh cari tak nak" balas Bella sebelum ketawa. "Tak nak aku. Kalau dia nak dia datang cari aku bukan aku yang cari dia. Tu perigi cari timba namanya" balas Aliya. "Eh apa kata kau keluar date dengan cikgu Badrul tu" kata Bella. "Kau gila? Dia tu dah tua kot" balas Aliya. "Cinta tak mengenal usia weh" sambung Bella lagi. "Tapi aku kenal usia" balas Aliya sebelum melangkah ke dapur. "Agah la bena" sebelum tercetus ketawa Bella. Aliya hanya mengeluh.
"Anak mak dah balik" kata Asiah. "Mak dah lewat kenapa tak tidur lagi?" soal Izzat. "Mak tunggu Izzat la" kata Asiah. Tangannya diraih sebelum dikucup. "Ala tak payah tunggu la mak. Kalau izzat balik lambat macam mana? Bahaya tau duduk luar macam ni" bebel Izzat. "Yer, mak tak buat dah" kata Asiah. "Mak dah makan?" soal Izzat. Asiah hanya mengangguk sebelum duduk di atas sofa. "Izzat?" soal Asiah kembali. "Izzat pun dah. Tadi bini Nafiq hantar makan dekat kita orang" kata Izzat sambil membelek telefonnya. "Baguskan kalau ada isteri? Mak pun tak sunyi" kata Asiah. "Dah start dah" monolog Izzat. "Izzat bila nak khawin?" soal Asiah. "Nak khawin apa mak oii. Calon pun tak ada lagi" balas Izzat lalu memandang wajah Maknya yang semakin tua itu. Itu la perempuan pertama yang dicintainya. "Mak ada calon" kata Asiah. "Siapa pulak kali nie?" soal Izzat. "Tu la yang gilakan Izzat tu" kata Asiah lalu tersenyum. "Siapa? Sabrina? Ya Allah, mak orang dengan Sab tu kawan je. Tak lebih pun mak dan tak akan jadi lebih mak." kata Izzat. "Mak gurau je la. Stress sangat nie." balas Asiah sebelum ketawa. Izzat hanya tersenyum melihat maknya. "Dah la mak. Jom tidur" kata Izzat. "Esok sabtu, Izzat kerja?" soal Asiah. "Esok, Izzat cuti. Kenapa?" soal Izzat. "Kita pergi pasar. Mak nak beli barang dapur sikit" kata Asiah. "Boleh. Pukul 8?" soal Izzat. Asiah hanya mengangguk.
"Kau nak cari apa lagi Aliya? Aku dah penat la" kata Bella. "Baru jalan sikit je. Kau jalan dengan Alif 6 jam tak apa pulak?" marah Aliya. Bella akhirnya mencebik. Aliya membelek-belek sayur sawi lalu diambilnya. "Makcik dua ni yer" kata Aliya. "Izzat, kubis tu elok tak?" soal Asiah. "Okay mak. Nak?" soal Izzat. Asiah hanya mengangguk. "Terima kasih. Dah jom Bella" kata Aliya. Mata menangkap pergerakan mata Izzat ke arah wanita tersebut. Mulutnya automatik memuji wanita tersebut. "Siapa?" soal Asiah sebelum melihat sekeliling. "Izzat puji siapa?" soal Asiah. "Tak ada siapa la" jawab Izzat.
"Kau tunggu sini. Aku ambil kereta" kata Bella. Aliya hanya mengangguk. Mata Aliya melilau disekelilingnya, sebelum mengangkat barangnya ke arah pondok yang berhampiran. Mata menangkap susuk seorang makcik yang membimbit barang yang banyak, ringan sahaja langkah Aliya menunju ke arahnya. "Makcik saya tolong ye. Kita duduk dekat pondok sana" kata Aliya. "Eh tak apa la nak. Makcik tunggu anak makcik ambil kereta" jawabnya. "Panas ni makcik. Duduk la sana dulu teduh pun teduh. Jom saya tolong" kata Aliya sebelum menatap manis ke arah Asiah. Asiah akhirnya hanya menurutkan sahaja. "Anak dari mana?" soal Asiah. "Saya dari Alor Setar. Makcik?" soal Aliya. "Ouh, Makcik dari Pokok Sena." balas Asiah. Aliya hanya tersenyum sebelum telinga menangkap bunyi hon dari kereta Bella. "Tak apa la makcik saya pergi dulu yer" kata Aliya sebelum menyalami Asiah.