"Memandangkan kita berada diawal tahun jadi acara yang paling penting untuk kita ialah demo pemadaman pembakaran disekolah. Jadi kerjasama setiap anggota sangat saya hargai" kata ketua balai. "Baik tuan" ucap anggota bomba. "Baris, keluar baris" ucap Pian. "Eh dengar kata kau ada jumpa dengan pompuan? Blind date?" soal Izzat sebelum mengetawakan Hanif. "At least aku ada perempuan nk jumpa. Kau?" soal Hanif kembali sebelum cetus ketawa anggota lain. "Padan muka. Kena sebijik" kata Pian. "Aku ni limited okay" puji Izzat sendiri. "Ha limited sangatkan. Sebab tu tak ada orang nak" balas Nafiq. Izzat akhirnya senyap.
Kaki Aliya laju melangkah ke kantin apabila kelibat cikgu Badrul menghala ke arahnya. "Cikgu Aliya!" panggil Badrul. Aliya akhirnya mengeluh. "Ye cikgu Badrul. Maaf saya tk dengar ckgu panggil tadi" balas Aliya. "Ouh tak. Saya nak tanya, hujung minggu ni free tak? Saya ingat nak ajak ckgu keluar" balas Badrul. "Saya tak pasti lagi. Kenapa yer?" soal Aliya. "Saja. Keluar, tak kan tak bolehkan?" soal Badrul sebelum ketawa. Aliya hanya mengeluh didalam hati sebelum berkata "Okay" lalu kaki melangkah dengan laju meninggalkan cikgu Badrul.
"Kenapa? Cikgu Badrul ajak keluar kut, pergi la Aliya" pujuk Bella. "Tak nak aku. Kau tahukan dia tu macam mana. Dah la tua, gatal aish tak sedar dirinya" kutuk Aliya. "Tak baik kau cakap dia macam tu. Dia pun nak jugak ada perasaan disayangi" balas Bella. "Kalau macam tu, apa kata kau je yang bagi dia kasih sayang tu" kata Aliya sebelum melangkah ke tangga. "Eh aku dah ada okay!" jerit Bella.
Lagu Kesetian dari Siti Sarah itu diputar Aliya berulang kali sebelum peristiwa dahulu menerjah kotak ingatannya. Nafas dihela sebelum dia menangis. "Kenapa mesti aku ingat? Kenapa mesti kau? Kenapa aku tak boleh buang kau dari hidup aku?" monolog Aliya sebelum menghembur tangisan. Kenangan yang telah mengubah dirinya. Sungguh tak disangka, perjuangannya meraih cinta seseorang hancur kerana seorang perempuan yang baru dikenali. Begitu juga dengan persahabatan yang telah lama dibina. Semua hilang dengan pantas. Bantal ditarik bagi menutup mukanya, semua tangisan dihemburkan. Sungguh dia tak mampu melupakan Firdaus. Impak yang amat besar dalam hidupnya.
"Semalam kau nangis pulak kan?" soal Bella. Aliya hanya mengeleng kepala. "Tipu. Semalam aku dengar lagu tu. Lepas tu aku dengar kau nangis" kata Bella sebelum duduk disebelah Aliya. "I am okay la" kata Aliya sebelum tersenyum memandang Bella. "It is okay untuk melupakan seseorang. Tak ada guna nak ingat kenangan yang buruk dalam hidup tau" kata Bella. "Tak apa la.. Hantar aku" balas Aliya. Setibanya Aliya di sekolah, Badrul menyambut kedatangannya. "Assalamualaikum" kata Badrul sebelum tersenyum. "Waalaikumusalam cikgu" balas Aliya sebelum tersenyum tawar. "Jadi? Cikgu free tak?" soal Badrul. "Ish dia ni" monolog Aliya. "Tak cikgu. Saya ada kerja yang tak boleh dielakkan" balas Aliya. "Kerja?? Kerja apa?" soal Badrul. "Busybody pulak" monolog Aliya. "Privacy?" kata Aliya sebelum memandang Badrul tajam. Badrul hanya mengangguk dan peluang diambil oleh Aliya untuk lari.
"Woi Izzat teman aku kejap" kata Hanif. "Pergi mana?" soal Izzat. "Pergi SMKC jap" balas Hanif sekali lagi sebelum mengemas barangnya. "Buat apa pergi sana pulak?" soal Izzat sebelum mengeluh. "Eh dia ni. Kan nak pergi meeting pasal nak buat pemeriksaan lepastu pasal demo pemadaman pembakaran tu" sambung Hanif. "Ouh.. ha boleh je." kata Izzat.
"Cikgu Aliya lepasni free tak?" soal Nurin. "Kenapa ye?" soal Aliya kembali. "Tak saya ingat nak suruh awak teman saya untuk meeting dengan bomba lepasni. Tu pun kalau awak free" balas Nurin. "Maaf la. Saya ada kelas lepasni." kata Aliya sebelum meminta maaf sekali lagi. "Okay. Tak apa la kalau macam tu" kata Nurin sebelum mengemas dokumen untuk meeting. "Sorry tau" kata Aliya sekali lagi sebelum melangkah keluar. Kelas 5 Nilam menjadi destinasi. "Kenapa pulak? Ala tak boleh Nurin, awak kena pujuk dia jugak. Tak kesah la dia ada kelas ke apa, dia kena ada situ jugak. Awak dah janji nk ejas dia dekat saya" suara Badrul menyapa telinganya. "Tak boleh Nurin. Aliya kena pergi jugak meeting tu" marah Badrul. "Patutla ajak aku. Rupanya dia ni yang suruh. Tak guna punya Badrul" kutuk Aliya dalam hati sebelum melangkah pergi.